Pelajar IPT Berang Pihak Koperasi Caj Barang Kiriman Ikut Saiz & Berat
Mungkin ada juga pihak yang bercanggah pendapat mengenai isu ini. Tapi yang pasti, janganlah sampai lupuskan barang orang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum bahawa pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan penutupan penuh sektor social dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 30 hari bermula 1 Jun lalu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
BACA SINI: [DIKEMASKINI] SOP PKP ‘Total Lockdown’ Oleh MKN Berkuat Kuasa 15 Jun 2021
Untuk sektor pendidikan, menurut SOP yang dikeluarkan oleh MKN – Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
Tak boleh keluar beli barang, tapi dikenakan caj setiap parcel yang diterima?
Namun begitu, baru-baru ini tular satu isu di laman Twitter selepas satu tweet telah dimuat naik oleh Injang Nation menyuarakan hal di mana pelajar IPT telah dikenakan caj untuk setiap parcel yang diterima oleh pelajar susulan tidak dapat keluar dari asrama untuk membeli barang keperluan.
Pelajar IPT tak boleh keluar beli barang, bila beli online or waris pos barang keperluan, IPT yang tak sedia kemudahan untuk terima parcel caj pelajar sekian-sekian harga untuk setiap parcel, ada yg siap caj denda if lambat ambil parcel. Ada logik ka?
— InjangNation (@InjangNation) June 16, 2021
Tweet tersebut dimuat naik pada Rabu (16 Jun) dan telah meraih lebih 3,368 retweets serta 4,132 likes ketika artikel ini ditulis.
Di mana logiknya perkara ini?
Malahan, seorang lagi pengguna Twitter telah membalas tweet tersebut dengan satu helai nota yang ditampal di sebuah koperasi di IPT yang tidak disebutkan.

See our level, world class only, DUIT BERKEPUK KEPUK HA KO SEKOLAH TAK?
iqmalhakimizz/Twitter
Tambahan pula, nota tersebut turut mengatakan, “Barang yang tidak dituntut dalam tempoh 30 hari akan dilupuskan.”
Perkara tersebut membuatkan pelajar bertambah berang kerana menurut mereka, pihak kurier juga akan memulangkan parcel kepada penghantar jika tak dapat mengesan pihak penerima.
Sebelum itu, pelajar-pelajar telah mendedahkan IPT mana yang tidak menyediakan kemudahan untuk pelajar terima parcel dan membuat keputusan untuk mengenakan caj bagi setiap parcel yang diterima.
So IPT mana lagi yang tak sediakan kemudahan untuk students terima parcel tapi decide untuk charge student for every parcel received? Boleh reply nama uni dan jumlah caj yang dikenakan.
— InjangNation (@InjangNation) June 16, 2021
Antaranya:




Siap kena bayarr………. Kemain pic.twitter.com/nBj0SKMLFn
— InjangNation (@InjangNation) June 16, 2021
Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.