Jual Biskut Untuk Tampung Kos Perubatan RM10,000 Lepas Disahkan Kanser Darah
Wanita berusia 24 tahun ini juga sebelum ini pernah menjual biskut untuk menampung kos chemo.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tidak dinafikan, Allah telah menentukan takdir manusia akan bernasib baik atau sebaliknya.
Malah, dalam tafsir Fidzilalil Qur’an, Said Quthb – menjelaskan bahawa Allah selalu mengikuti manusia dengan memerintahkan malaikat untuk mengawasi apa sahaja yang dilakukan oleh manusia ketika mereka berusaha mengubah diri dan keadaannya.
Yang penting, sentiasa berada di jalan Allah untuk menerima keredaannya.
Baru-baru ini, telah tular di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Wee Nur Ailin Farissa Mohammad Nawi Cheng, 24 tahun yang berkacukan Cina kini sedang bertarung nyawa selepas disahkan menghidap kanser darah, Anaplastic T-Cell Lymphoma tahap empat pada awal Januari tahun lalu.

Kisah tentang dirinya telah diceritakan melalui satu rangkaian tweet di laman Twitter. Ianya telah dimuat naik pada 7 Jun 2021 dan kini berjaya meraih lebih 35.6K retweets ketika artikel ini ditulis.
Bismillah, Assalamualaikum. Aku nak try ni walaupun follower aku tak banyak tapi aku percayakan kuasa twitter. Aku pesakit cancer Anaplastic T-Cell Lymphoma, aku memerlukan 6k lagi utk bayar chemo transplant aku. Sebelum ni aku tak pernah raih simpati dari sesape or mintak –
— aa (@qifailins) June 7, 2021
Sebelum ini pernah menjual biskut untuk tampung kos chemo

Dia turut menjelaskan bahawa sebelum ini pernah menjual biskut untuk menampung kos chemo, tapi kali ini dia akui sudah tidak larat untuk berbuat sedemikian. Oleh kerana itu, dia meminta orang ramai supaya memberikan sumbangan bagi menampung kos perubatan yang diperlukan.
So aku kena bayar sendiri since aku dah tangguh lama sangat. Aku takut tumour aku membesar balik. So please kalau sesiapa tengok ni tolong rt. Terima kasih in advance. Aku akan selit bukti dibawah. Thankyou ❤️
— aa (@qifailins) June 7, 2021
Apa yang lebih menyentuh hati, kini orang ramai dilihat berpusu-pusu untuk membantu meringankan bebannya dengan mendermakan sedikit sebanyak sumbangan yang mampu.
sedikit sumbangan dari saya.
— azu ! 🏄🏻♂️ (@azu_ke_sana) June 9, 2021
Always remember Allah takkan bagi ujian yang melampaui batas kemampuan hambanya.
Semoga cepat sembuh. Doakan juga semoga segala impian saya tercapai pic.twitter.com/fiFH5w1wwW
One of the strongest, positive and cheerful angel 🤍 i already bank in to your account love. Semoga Allah berikan kesembuhan to you and your friends. Amin yra 🤲🏻 keep fighting 💪🏻
— Nadiah (@nadiahrosdin_) June 8, 2021
Hi, this not much from me tapi saya doakan awak terus kuat, moga Allah beri awak kekuatan untuk cepat sembuh. in sha Allah pic.twitter.com/lX08MyuMBl
— ayinnn (@nrainarff) June 9, 2021
Alhamdulillah setakat yang mampu . Stay strong sis ! pic.twitter.com/E8NNOSELLU
— ikml (@ikhmalibra) June 8, 2021
Alhamdulillah.
Anak mual tegur, “kenapa Umi tak ada rambut? Tak cantiklah tak ada rambut”
Dalam satu temu bual khas bersama Sinar Harian Plus, Ailin menceritakan serba sedikit tentang kisah hidupnya setelah disahkan menghidap kanser. Dia menjelaskan bahawa rambutnya keguguran dan dirinya bukan seperti dahulu lagi sehinggakan ditegur oleh anak kecilnya kerana ketiadaan rambut.
Sebak, tapi terpaksa menahan dan hanya mampu senyum.
Tambahan pula, meskipun badan lemah akibat sisa rawatan kemoterapi, namun dirinya tetap optimis untuk mencuba pembedahan transplant.
Doktor kata, prosedur itu menjadi opsyen terakhir buat saya untuk kembali sihat seperti dulu. Buntu sebenarnya mahu cari duit untuk membiayai kos, namun saya percaya dengan rezeki Allah. Insya-Allah jualan biskut raya ini dapat membantu saya untuk mencukupkan kos pembedahan yang sepatutnya dijalankan esok, namun ditangguh kerana duit masih belum cukup.
Ailin, dalam temu bual bersama Sinar Harian.
Buat anda yang ingin membantu dengan membeli produk biskut Ailin yang dijual, di sini kami sertakan nombor akaun serta nama penerima.
No akaun Bank Islam: 14032021639372
Nama pemegang bank: Wee Nurailin Farissa.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.