“B40, M40 & T20” – Ini Maksud Sebenar & Kiraan Baru Tahun 2020
Kumpulan B40, M40 & T20 ini wujud bertujuan untuk mengklasifikasikan pendapatan isi rumah kepada 20% (atas), 40% (tengah) dan 40% (bawah).
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Umum sedia maklum, topik mengenai B40, M40 & T20 ini sering menjadi perbualan hangat di Malaysia. Terutamanya ketika pihak kerajaan membuat pengumuman bagi penerimaan bantuan buat rakyat sewaktu pandemik Covid-19 melanda.
Walau bagaimanapun, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan angka terbaru yang memberikan gambaran lebih realistik untuk difahami oleh rakyat.
Ukur kekayaan anda
Kumpulan B40, M40 & T20 ini wujud bertujuan untuk mengklasifikasikan pendapatan isi rumah kepada 20% (atas), 40% (tengah) dan 40% (bawah).

(Kredit: Department of Statistics Malaysia)
Angka tersebut adalah jumlah pendapatan untuk isi rumah yang dihitung dengan menambahkan pendapatan setiap anggota isi rumah.
Ia boleh dikira sebagai satu individu atau sekumpulan individu (samada bersaudara atau tidak) namun tinggal bersama dan membuat peruntukan bersama untuk makanan dan perbelanjaan hidup yang lain.
Berdasarkan laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, ini merangkumi pendapatan dari pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, harta tanah & pelaburan serta pemindahan semasa yang diterima.
Kategori Baru
Walaupun klasifikasi B40, M40 & T20 masih ada, Jabatan Perangkaan Malaysia telah memperluaskan klasifikasi isi rumah ini kepada 10 kategori berdasarkan 10 persentil.

(Kredit: TRP)
Pendapatan isi rumah berjumlah RM 2,208 sebulan dianggap sebagai pendapatan yang sememangnya begitu rendah.
Ketua Statistik, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menunjukkan bahawa kumpulan B40 merangkumi 2.91 juta isi rumah, sementara kumpulan M40 terdiri daripada 2.91 juta isi rumah dan kumpulan T20 1.46 juta isi rumah.
Berdasarkan angka terbaru ini, pendapatan isi rumah rata-rata adalah RM5,873 tetapi hampir 30.3% isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

(Kredit: Department of Statistics Malaysia)
Lebih menarik, walaupun mempunyai bilangan terkecil, isi rumah T20 menyumbang 46.8% daripada pendapatan negara yang menunjukkan ketidaksamaan pendapatan yang semakin teruk di Malaysia.
Oleh itu, jika anda tertanya-tanya kenapa anda merasa seolah-olah berpendapatan rendah je akhir-akhir ni, sekarang anda tahulah kenapa.
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.