[VIDEO] Pegawai Agama Daerah Kota Setar & Tun M ‘Bidas’ Dakwaan Mak Teh Si Anti Vaksin
Janganlah sebar berita palsu, Mak Teh oi.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Umum sedia maklum, satu video kini telah tular di media sosial di mana seorang individu yang digelar ‘anti-vaksin’ juga dikenali sebagai Mak Teh telah ditegur oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar dan juga Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mak Teh dikatakan telah menyebarkan satu pesanan suara (audio message) melalui aplikasi WhatsApp yang dipercayai mempunyai kaitan dengan golongan anti-vaksin dan dikatakan telah cuba untuk mempengaruhi orang ramai agar menolak dari mengambil suntikan vaksin.
Audio berdurasi 2:48 minit oleh Mak Teh itu kononnya menyatakan bahawa seramai 40 orang jururawat telah meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin. Malah, dia juga mendakwa terdapat doktor yang mengesahkan vaksin Covid-19 adalah racun dan pesakit Covid-19 boleh minum air kelapa sahaja untuk sembuh.
Pegawai Agama Daerah Kota Setar dan Tun M tampil beri penjelasan
Susulan tularnya audio tersebut, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Tuan Syeikh Faisol Haji Omar dan juga Tun M tidak melepaskan peluang untuk memberikan penjelasan mengenai audio tersebut.
Perkongsian video penjelasan itu telah dikongsikan oleh Menteri Hal-Ehwal Agama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui satu rangkaian tweets pada 25 Mei lalu dan pada ketika ini telah meraih lebih 2,392 retweets.
Saya suka dengan penjelasan Tuan Syeikh Faisol Hj. Omar, Pegawai Agama Daerah Kota Setar berkenaan nota suara Mak Teh yang tular di Whatsapp. Boleh muat turun di https://t.co/stCwzPWEzY@JKJAVMY #LindungDiriLindungSemua
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) May 25, 2021
Mak Teh [1/4] pic.twitter.com/OORLdXifsA
Mak Teh [2/4] pic.twitter.com/bnY39RzMAS
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) May 25, 2021
Mak Teh [3/4] pic.twitter.com/72LGG34C6R
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) May 25, 2021
Mak Teh [4/4] pic.twitter.com/trNDp7dQIe
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) May 25, 2021
Menurut Tun M, sekiranya ramai rakyat Malaysia enggan mengambil vaksin COVID-19, golongan yang menyebarkan fahaman tidak betul harus bertanggungjawab dan menanggung dosa.
Malah, Tun M turut memberitahu bahawa beliau dan isteri telah pun mengambil suntikan vaksin jenis Pfizer pada 7 Mac lalu dan kini masih sihat walafiat.

Ini satu dakyah yang tiada asas. Ia sebenarnya menghukum mati orang yang tidak dapat vaksin. Mereka yang tidak divaksin akan kena penyakit ini dan mati. Kalau mati, mak teh lah yang bertanggungjawab. Kalau dosa, dosa mak teh lah.
Tun Mahathir.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.