Rakyat Malaysia Kini Mula Kongsi Timeline #PengalamanVaksin Di Twitter
Lain orang, lain timeline untuk kesan sampingan ini mula ‘menyerang’. Tapi apa pun, ianya lebih membawa kebaikan daripada kemudaratan.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Bermula awal bulan ini, ramai yang telah berpusu-pusu mendaftar untuk divaksin selepas kerajaan membenarkan rakyat yang berada di Lembah Klang untuk menjadi sukarelawan bagi penerimaan vaksin AstraZeneca.
Oleh itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh FMT, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin, berkata program sukarela untuk vaksin AstraZeneca ini akan segera dibuka ke seluruh negara.
Jika anda ingin mendaftar, terus ikuti saluran rasmi @Khairykj dan @JKJAVMY di Twitter untuk maklumat terkini. Anda juga boleh mendaftar di laman web rasmi program apabila slot dibuka.
Jenis vaksin & kesan sampingan yang diterima oleh rakyat yang telah disuntik
Seorang pengguna Twitter, Ad-Dien baru-baru ini telah memuat naik satu tweet di mana dia menyuruh orang ramai yang telah disuntik untuk berkongsikan pengalaman mereka. Ianya bertujuan untuk ‘educate’ segelintir rakyat yang masih ragu-ragu tentang vaksin ini.
Tweet tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih lebih 4,761 retweets ketika artikel ini ditulis.
Siapa yang dah ambil suntikan vaksin? Boleh share jenis vaksin, side effect dan pengalaman korang tak sepanjang suntikan pertama dan kedua. Ramai yang tertanya-tanya, so kalau dapat kumpulkan pengalaman korang kat sini boleh educate ramai orang. Guna hashtag #PengalamanVaksin ✨
— Ad-Dien (@AdDien90) May 3, 2021
Sebelum itu, ada juga yang membalas dan memberi tips sebelum pergi ke pusat vaksin untuk memudahkan kerja serta mempercepatkan lagi proses.
Salam, nak mintak semua yang bakal pergi pusat Vaksin buat benda ni sebelum ke pusat.
— 🔥🌶 Chokinetto 🇲🇾✨ (@chokinetto) May 4, 2021
1. Print borang & isi siap2
2. Tolong bawa pen sendiri & jangan kasi orang lain pinjam
3. Nanti maklum je kat staff nurse yang korang dah siap print sendiri
(1/2) #PengalamanVaksin
Apps Mysejahtera dah bantu kita untuk kurangkan contact. Benda ni pun untuk bantu eldery nak isi form takdalah terkapai-kapai nak isi (kesian tengok dorang)
— 🔥🌶 Chokinetto 🇲🇾✨ (@chokinetto) May 4, 2021
– Ikhlas, Staff KKM (saya tolong sampaikan je)
(2/2)#PengalamanVaksin
Kat mana nak print? pic.twitter.com/OlWBtkgNlD
— 🔥🌶 Chokinetto 🇲🇾✨ (@chokinetto) May 4, 2021
#PengalamanVaksin
1st dose lengan just lenguh and demam tak teruk, masih bole bkerja.
— 🧞♀️ (@octopus3004) May 4, 2021
2nd dose badan sakit2 and demam teruk. esoknya terus Mc😥#PengalamanVaksin pic.twitter.com/Lrp7GJnMfg
I amek pfizer, 1st dose ok je, lepas inject, after few hours baru rasa lenguh tangan, mengantuk
— achu ismail 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@dihaismail85) May 4, 2021
2nd dose, tak sampai sejam, tangan rasa lenguh sangat n tak boleh angkat, malam da start sakit badan, demam, just amek panadol, rehat n tidur, setel #PengalamanVaksin
done dua2 dose Pfizer, 1st dose x rsa apa, 2nd dose je rsa teruk skit, few hours lepas 2nd dose start pening, lepas tu rsa nak demam sampailah ari kedua, tempat inject rsa sengal2, ari ke tiga dah okay n xde rsa apa.. #PengalamanVaksin
— 🌺🇲🇾Tuah Muzzammil 🇲🇾🌺 (@MuzzPlhiv) May 3, 2021
Pengalaman saya sebagai orang yg menerima vaksin dan pemberi vaksin (Vaccinator) tak nafikan mmg kebanyakan kita klu terima vaksin akan ada side effect walaupon sekecik2 side effect iaitu lenguh tgn. Its normal. Jgn takot sbb vaksin ni lebih bnyk kebaikan dia dari kemudaratan.
— MA Kg. Pisang (@mtbgaaa) May 4, 2021
1 month plus post second dose vaccine siap ada close contact with positive covid (family member) feedback
— ümmü aydın (@fTertweet) May 4, 2021
1st dose : sakit sikit je kt tempat injection
2nd dose : 12Hrs post injection, sengal otot + sakit kt tmpt injection.mkn panadol setel.
11 april close contact. 2 swabs -ve pic.twitter.com/Duoho0TQoD
AstraZenica 1st dose: 6 jam sblm inject dah mkn panadol.lepas kena inject.. ok takde rasa apa lg. Tp slow2 rasa sengal2 kat tempat inject tu. Mlm tu start mcm seram sejuk nk demam. Terus mkn panadol. Esoknya ok. Sengal kat tangan tu jela 3-4 hari juga bru ok. #pengalamanvaksin
— Noorazuramsobri🇲🇾 (@noorazuramsobri) May 4, 2021
I ada masalah jantung. Lepas cucuk tangan rasa lenguh,dizziness tapi x teruk.
— LynnScarf ®️ (@lynnscarf__) May 4, 2021
Day2 vaccine, tangan i x blh angkt lenguh, palpitation and fever. Whole day tidur
Day3, tangan da boleh angkat, x sakit. Palpitation pun okey. After 3 days, da kembali okey sihat Alhamdulilahhh 🥰
Anda sudah menerima suntikan vaksin? Boleh kongsikan pengalaman anda di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.