KKM Terpaksa Tutup Ruangan Komen Lepas ‘Merayu’ Untuk Tidak Dicela Oleh Warganet
Akaun twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum membuka ruangan komen ketika artikel ini ditulis.
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya, telah menutup ruangan komen Twitter mereka setelah netizen dikatakan mengecam akaun tersebut gara-gara satu tweet yang dimuat naik oleh KKM.
Seorang pesakit #COVID19 di HSgB perlu ditiarapkan utk paru2 dapat lebih oksigen. Proses ni perlukan at least 7 org untuk mengalihkan pesakit ni dgn dlm keadaan PPE. Hargailah staff nurse dan doktor di icu. Kami xminta dicela sbb netizen xdpt balik raya.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 5, 2021
Twitter @ctsarahaishah pic.twitter.com/cI09cziz6g
Tweet yang dimuat naik pada 5 Mei 2021 itu menunjukkan satu klip video usaha yang diperlukan untuk memastikan pesakit Covid-19 menerima jumlah oksigen yang mencukupi. 7 pekerja kesihatan berpakaian seragam PPE dilihat cuba memusingkan pesakit di katil Hospital Sungai Buloh. Video itu diambil sendiri oleh doktor di hospital tersebut.
Hargailah staff nurse dan doktor di icu. Kami tak minta dicela sebab netizen tak dapat balik raya.
KKM Putrajaya.
Selepas setahun hidup dengan Covid-19, semua orang bakal terkesan
Tweet tersebut dikatakan telah melahirkan rasa kurang senang dan ramai juga turut salah faham dengan konteks yang ditulis.
Malah, segelintir warganet turut marah dengan tindakan KKM yang seolah-olah menganggap rakyat Malaysia tidak menghormati pihak barisan hadapan.
Nobody criticising them they worked their ass off during this pandemic get off your high horse and rempit behaviour kkm https://t.co/Aeia8BJZsP
— FIQ 🏴☠️ (@sooadlibs) May 5, 2021
First of all, none in my following list either in Twitter and Facebook has denigrated the medical frontliners; only to speak highly of them for their dedication and commitment throughout this pandemic. https://t.co/fvWvhfDekz
— Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) May 6, 2021
Bukan setakat itu sahaja, warganet turut tertanya-tanya siapa sebenarnya individu yang mengendalikan akaun Twitter tersebut dan juga yang memberikan kebenaran untuk memuat naik status yang dikatakan tidak profesional.
that song.
— fahmi (@mf_yamato) May 5, 2021
that spelling.
admin ni rempit ke? https://t.co/HyUhqCY1Ty
It’s the way they wrote “xminta” and “xdpt” for me. So very telling. Stop being a fan page for your fucking minister and his two non-functional deputy ministers. Enable reply function ffs. #KerajaanGagal #apamasalahsaudara https://t.co/gM3GAqbEAD
— Alif Ishak Ayob 🇲🇾🌺 (@AIAyob1) May 5, 2021
Namun begitu, komen-komen yang dilontarkan oleh warganet juga sebenarnya agak melampau sehingga ada yang mendoakan agar pasukan barisan hadapan dijangkiti Covid-19.
Kompilasi harassment ke atas kkm/frontliners
— fake luktur (@lilacfla) May 6, 2021
Sebab ada yang tak percaya kan
Sapa rajin tambah na. pic.twitter.com/2wgniwgYL6
Tutup ruangan komen akaun media sosial milik kerajaan
Tidak lama kemudian, akaun tersebut telah menutup ruangan komen di media sosial mereka. ‘Pakar pengkriktik’ walau bagaimanapun terus menggunakan tweet tersebut untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka dan mengatakan bahawa tindakan menutup ruangan komen ini menunjukkan betapa pihak kerajaan bersikap tidak profesional.
Ramai juga mengecam tindakan itu dengan menyuarakan bahawa sebagai badan kerajaan, pihak barisan hadapan sepatutnya lebih tahu cara untuk berkomunikasi dengan warganet lebih-lebih ketika berhadapan dengan pandemik ini.
Akaun twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum membuka ruangan komen ketika artikel ini ditulis.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.