Gara-gara Instafamous Ini Hasilkan Konten Tanpa Pakai ‘Mask’, RM1,500 Melayang Macam Tu Je!
Pihak polis menjelaskan bahawa tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Seorang instafamous yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad telah dikompaun RM1,500 kerana dikatakan telah mengeluarkan konten di laman Instagram miliknya tanpa memakai pelitup muka (mask). Video adegan raya tersebut turut melibatkan anggota polis berpakaian seragam yang dipercayai sedang menjalankan tugas.
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada 3 Mei 2021.

Kredit: Hype MY
Tak dinafikan, memang video tersebut menjadi bahan ketawa warganet kerana alasan-alasan yang diberikan oleh orang ramai untuk tujuan merentas negeri kadang-kala tidak masuk akal.
Jadi, video tersebut dikatakan boleh ‘relate’ dengan situasi sekarang ini.
“Rentas Negeri Raya Corona”
Mengulas mengenai video tersebut, pihak polis mengesan ianya telah dimuat naik oleh Hafiz pada pukul 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3.
Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali.
Malah, Mohd Fadzil turut berkata bahawa Hafiz Mahamad dikatakan tidak memakai pelitup muka selain dilihat ‘mempersendakan’ alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan merentas negeri.
Dua anggota polis dan seorang anggota tentera sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP PKPP, IPD Putrajaya
Selain daripada itu, ramai juga turut mempersoalkan tentang kemunculan anggota polis dan anggota tentera sebenar di dalam video tersebut.
Ini kerana banyak proses yang perlukan dilakukan sebelum mendapat keizinan untuk mengeluarkan konten-konten yang melibatkan perkhidmatan anggota polis dalam mana-mana video penggambaran.
VCF 5994. 2 anggota polis. Sorg berpangkat koperal. Sorg lagi Lans Koperal. Ade kebenaran bertulis dari team PRO (disebut pee-are-o) PDRM tak untuk buat content ni? https://t.co/4UAUcuBGut
— Tan Serik Datuk Serik Jek and 786,786 others (@raoufarif) May 2, 2021
Ye betul. Kami team produksi kena justify setiap scene dlm storyboard dan skrip yg writer dh siapkan. Produksi ONE TWO JAGA pun hadap proses sama. Alhamdulillah PRO PDRM faham dan itu realitinya. Ni instafemes bangang senang je dapat.
— Tan Serik Datuk Serik Jek and 786,786 others (@raoufarif) May 2, 2021
Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali.
Apa pendapat anda mengenai isu ini?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.