Now Reading
“Selamatkan Convent Bukit Nanas!” Tapi Kenapa? Ini Sebabnya

“Selamatkan Convent Bukit Nanas!” Tapi Kenapa? Ini Sebabnya

CBN telah menyambut ulang tahunnya yang ke-120 pada tahun 2019.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Rakyat Malaysia kini bersama-sama berkumpul untuk menyelamatkan sekolah Convent Bukit Nanas (CBN).

Petisyen atas talian yang dipanggil “Save SMK Convent Bukit Nanas” bermula dengan berita tentang penolakan kerajaan untuk memanjangkan pajakan tanah sekolah tersebut – yang akan berakhir pada 6 September 2021 – kepada pentadbiran sekolah yang dikendalikan oleh Lady Superior dari Persatuan Saint Maur.

Kredit: Change.org

Pihak sekolah tersebut dikatakan mencabar keputusan Kerajaan Persekutuan di mahkamah. Ramai mantan menteri seperti Tan Sri Rafidah Aziz, yang juga merupakan alumni CBN turut meminta institusi bersejarah itu, (yang telah menyambut ulang tahun ke-120 pada tahun 2019) supaya dihormati sebagai tapak warisan negara.

Manakala, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan bahawa sekolah itu harus dilestarikan sebagai tugu perwatakan negara.

Itu merupakan perkara yang mereka cuba untuk lakukan

Menurut Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), keputusan untuk tidak memperbaharui pajakan CBN ialah : bukan untuk merobohkan bangunan ikonik itu, tetapi untuk mengembalikannya kepada pemerintah untuk diwartakan sebagai sekolah kerajaan yang ditanggung sepenuhnya.

Pengarah PPTGWP, Datuk Muhammad Yasir, menjelaskan bahawa sekolah itu akan mendapat lebih banyak manfaat serta menjadi institusi yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan. Malah, pentadbiran sekolah itu juga mempunyai hak untuk membuat rayuan bagi mempertahankan haknya terhadap tanah tersebut.

Namun, jika pihak sekolah ingin terus mengendalikan sekolah itu, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang memiliki pajakan tanah tersebut. Namun, sekolah tersebut mungkin tidak dapat menikmati faedah sepenuhnya di mana sekolah itu juga akan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya.

Pengarah PPTGWP, Datuk Muhammad Yasir.

Sekolah di atas Bukit Nanas

CBN merupakan sebuah sekolah perempuan sahaja yang ditubuhkan pada tahun 1899 oleh tiga biarawati French Congregation of the Holy Infant Jesus, yang berasal dari Singapura.

Dengan seni bina klasik Inggeris-Gothic, sekolah ini telah diiktiraf sebagai salah satu institusi pendidikan terbaik di negara ini.

CBN bermula dengan beberapa orang pelajar sahaja dan turut beroperasi sebagai rumah anak yatim. Menjelang tahun 1911, CBN mempunyai lebih daripada 300 pelajar.

Sebilangan besar pelajar pada masa itu dikatakan anak-anak pendatang yang mencari rezeki di KL – dan mereka diajar mata pelajaran seperti menulis karangan, menjahit, muzik, seni dan beberapa “fesyen” pendidikan jasmani.

Kredit: Alumni CBN.

Terdahulu, kurikulum sekolah di Tanah Melayu lama masih berada di bawah bidang kuasa pemerintah kolonial Inggeris.

Menjelang tahun 1925, sekolah ini menerima guru tempatan pertama iaitu Miss Sobreen yang dikatakan sebagai anak perempuan ahli perniagaan dan dermawan legenda KL, Loke Chow Kit.

Kredit: Alumni CBN.

Paling menarik, sekolah ini juga dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara semasa pendudukan Jepun pada Perang Dunia II.

Tempat kecemerlangan

CBN dianggap salah satu sekolah berpencapaian paling tinggi di negara ini – sekolah ini turut mendapat penghormatan dalam senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan (KPM) dan mempunyai beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berprestasi di seluruh negara.

Kredit: Alumni CBN.

CBN juga terkenal dengan anugerah squad ‘cheerleading’, ‘school band’ dan alumninya yang dikenali ramai serta merangkumi wanita-wanita berjaya seperti; Tengku Permaisuri dari Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mantan Presiden Bar Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas gimnastik irama kebangsaan dan Dr Farrah-Hani Imran.

Kredit: Alumni CBN.

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd