Now Reading
Dua Pelajar Malaysia Tajaan MyPAC Berjaya Cipta Nama Dalam Peperiksaan ACCA. Syabas!

Dua Pelajar Malaysia Tajaan MyPAC Berjaya Cipta Nama Dalam Peperiksaan ACCA. Syabas!

Ribuan tahniah kami ucapkan buat kedua-dua anak muda ini.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, Malaysia menerima beberapa berita yang membanggakan. Ada sahaja pencapaian anak muda yang berjaya mengharumkan nama negara.

Tidak dinafikan, setiap pencapaian dan anugerah yang diterima perlu diberikan penghargaan dan pengiktirafan sewajarnya. Apa pun, tahniah buat mereka yang berjaya mengharumkan nama Malaysia ke serata dunia.

Baru-baru ini pula, dua pelajar muda tanah air telah cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi Mac 2021.

Menurut sumber Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) dalam satu kenyataan berkata, Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid berjaya menempatkan diri dalam 10 Pemenang Terbaik Dunia bagi peperiksaan tersebut.

Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa. Malah, dengan iltizam dan bantuan serta bimbingan, pelajar-pelajar dari golongan B40 dan asnaf juga akan mampu serta boleh berjaya dengan cemerlang di peringkat global sekiranya mereka diberikan peluang.

Pelajar-pelajar di bawah seliaan MyPAC ini juga merupakan antara 92,000 orang calon dari serata dunia

Mereka berdua dikatakan telah berjaya meraih tempat ketujuh dan kesembilan di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) serta Audit & Assurance (AA).

Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).

Anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapanya di usia 11 tahun kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani, sementara ibunya merupakan seorang suri rumah tangga. Mengikuti pembelajaran dalam talian, Fatin juga berjaya lulus dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).

Siti Naziah pula merupakan seorang pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Dia telah berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA). Naziah yang merupakan anak sulung daripada dua beradik turut menghadapi cabaran selepas kerana kehilangan ayahnya pada tahun 2018 akibat kanser.

Walau bagaimanapun, MyPAC akan terus bekerjasama dengan pelbagai syarikat dan pihak zakat untuk membiayai pelajar yang layak dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kelayakan perakaunan profesional seperti ACCA dalam usaha meningkatkan jumlah akauntan profesional Bumiputera.

Akhir sekali, ribuan tahniah kami ucapkan buat Nurul Fatin Nabihah dan Siti Naziah Mohamad di atas pencapaian yang membanggakan ini.


BACA SINI: Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia

BACA SINI: These Two Young Malaysians Fighting For Undi18 Were Just Recognised By Forbes Asia 30 Under 30: Class of 2021

BACA SINI: Meet Malaysia’s Nobel Peace Prize Winner Who’s Working To Eliminate Chemical Weapon Use In The Syrian Civil War

BACA SINI: Malaysian Dr Amalina Featured On Vogue UK For Pulling Off A Wedding While Battling Pandemic As A Frontliner


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd