Now Reading
Team TRP Cuba Pepsi Perisa Baru & Rasai Pengalaman Konsert AR Pertama Di Malaysia!

Team TRP Cuba Pepsi Perisa Baru & Rasai Pengalaman Konsert AR Pertama Di Malaysia!

Beli Pepsi Black Raspberi ni dan tonton konsert AR pertama di Malaysia sebulan bermula 16 April 2021, tidak kira di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pepsi kini mentransformasikan pengalaman muzik dengan konsert Augmented Reality (AR) yang pertama di Malaysia, ekslusif untuk semua peminat Pepsi ini pada 16 April 2021. Konsert ini juga mempersembahkan penyanyi popular tanah air iaitu Siti Nordiana.

Kredit: Adobo Magazine

Konsert yang diterajui oleh penyanyi yang dinobatkan sebagai artis wanita paling popular (Artis Top Top MeleTOP Wanita) menerusi undian para peminat muzik dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 ini memberikan peluang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan lagu terbarunya.

Selain itu, turut menampilkan penari berbakat, Bell, pemain bola sepak gaya bebas, Aidil, dan penyanyi, Syafeek. Dalam cabaran uji bakal #PepsiBoldTalent yang lepas, ketiga-tiga bakat tersebut telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan terbaik dari kalangan 3,000 video uji bakat yang dihantar.

Namun akhirnya, hanya video mereka yang muncul dan dinobatkan sebagai juara pertandingan #PepsiBoldTalent ini.

Kami tahu penggemar muzik di Malaysia sudah lebih setahun tidak dapat menghadiri konsert akibat pandemik Covid-19. Oleh itu, kami memutuskan untuk membawakan konsert AR yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia kepada semua. Sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia. Konsert ini mencerminkan personaliti kami yang berani dan suka mencuba sesuatu yang baru.

Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik PepsiCo, Salman Butt.

Bagaimana caranya untuk menyaksikan konsert ini?

Ha, chuppppp!

Sebelum tu, korang semua kena beli dulu Pepsi Black Raspberi. Barulah boleh tengok konsert AR pertama di Malaysia ini selama sebulan bermula 16 April 2021, tidak kira di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa.

Menarik bukan?

Ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah:

  • Dapatkan sebotol Pepsi Black Raspberi
  • Lawati laman sesawang pepsiARconcert.com
  • Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin telefon anda dan imbas botol berkenaan apabila diminta
  • Tunggu sementara AP botol Pepsi dimuat naik
  • Saksikan konsert ini yang ditayangkan di atas botol berkenaan

Mudah je. Team kami pun layan konsert tadi waktu lunch break. 😛

Team TRP dah cuba Pepsi Black Raspberi ni. Rasanya memang lain daripada yang lain!

Kredit: TRP
Kredit: TRP

Untuk penggemar Pepsi, anda pasti tertanya-tanya, “Apa yang membuatkan Pepsi Black Raspberi ini berbeza dengan yang lain?”

Semestinya rasa raspberi di hujung dan tanpa kalori. Rasa raspberi tu tak ‘strong’ mana pun, sangat natural dan ‘light’ je. Kalau masa dahaga, air ni memang melegakan tekak! Bolehlah cuba masa berbuka puasa nanti.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman media sosial Pepsi di Facebook Pepsi Malaysia, dan Instagram @pepsimy


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + 5 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd