Now Reading
Kolaborasi Lotus’s & Naelofar Hijab Sempena Ramadan Raya Tawar Harga Serendah RM59 Je!

Kolaborasi Lotus’s & Naelofar Hijab Sempena Ramadan Raya Tawar Harga Serendah RM59 Je!

Koleksi Naelofar Hijab terdapat dalam dua reka bentuk: Selendang Segera Lana dan Selendang Semi Maia Semi yang dijual pada harga RM59 sehelai.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) sedia membantu para pelanggan mencipta kenangan baru sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba melalui kempen ‘Raya Mesti Raya’.

BACA SINI: https://www.therakyatpost.com/2021/03/31/lotuss-officially-takes-over-tesco-stores-today-all-you-need-to-know/

Kredit: TRP

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, “Sambutan Ramadan dan Hari Raya Aildilfitri tahun lalu sangat hambar kerana pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Gerakan pertama. Setahun sudah berlalu dan kita masih hidup dalam situasi pandemik.

“Namun, kita kini dapat mengatasinya jauh lebih baik dari dahulu, dan inilah inti pati utama kempen ‘Raya Mesti Raya’ kami. Walaupun dihadapi pelbagai cabaran, setiap keluarga akan tetap meraikannya dengan cara mereka tersendiri,” jelasnya.

Lotus’s kini berkolaborasi dengan jenama tudung terkenal iaitu Naelofar Hijab untuk kempen Ramadan & Raya!

Lotus’s amat teruja untuk mengumumkan kolaborasi pertama dengan jenama pakaian Muslimah Naelofar pada musim Ramadan dan Raya ini. Koleksi tudung Naelofar terdapat dalam dua reka bentuk: Selendang Segera Lana dan Selendang Semi Maia Semi yang dijual pada harga RM59 sehelai.

Ia boleh didapati di 30 cawangan Lotus’s di seluruh negara iaitu Lotus’s Melaka, Seri Alam, Desa Tebrau, Semenyih, Melaka Cheng, Nilai, Mutiara Rini, Eco Tropics, Ampang, Kajang, Kepong, Rawang, Selayang, Cheras, Klang, Shah Alam, Setia Alam, Kuala Selangor, Bandar Bukit Puchong, Ipoh, Sg Petani, Kota Bharu, Taiping, Kampar, Ipoh Station 18, Sg Petani Selatan, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Jitra.

Kredit: Lotus’s Malaysia
Kredit: Lotus’s Malaysia

Kempen Lotus’s ‘Raya Mesti Raya’ akan berlangsung sehingga 2 Jun 2021 di semua 62 cawangan dan saluran dalam talian Lotus’s termasuk platform membeli-belah rumah runcitnya, Lazada dan Shopee.

Kami gembira dapat berkolaborasi dengan Naelofar pada bulan Ramadan dan Raya. Ini adalah kali pertama Naelofar bekerjasama dengan jenama pasar raya besar dan kami bangga dapat bekerjasama dengan mereka. Kerjasama dengan Naelofar membuktikan bahawa Lotus’s bukan sahaja destinasi untuk membeli-belah barangan runcit anda, tetapi juga untuk pembelian fesyen yang bergaya dan menggembirakan anda.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah.
Antara koleksi Naelofar Hijab yang ditawarkan di Lotus’s.
(Kredit: TRP)

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu Lotus’s untuk dapatkan Naelofar Hijab dengan harga yang berpatutan ini.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 + 19 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd