Demi Hormat Rakan-Rakan Yang Berpuasa, Pelajar Non-Muslim Ini Sanggup ‘Sorok’ Makanan
Sikap seperti ini sememangnya layak dicontohi dan diberi kepujian. Salute!


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Seorang pelajar berbangsa Cina baru-baru ini telah viral dan menjadi buah mulut orang ramai di media sosial. Ia berlaku selepas gurunya mengambil gambar ketika dia sedang makan secara ‘sembunyi-sembunyi’ untuk menghormati pelajar Islam lain yang berpuasa.
Mana tidaknya, cikgunya itu langsung tidak menyangka bahawa dia akan berbuat sedemikian demi untuk menghormati pelajar Islam yang lain.
Gambar dan posting tersebut telah dikongsi di laman Facebook oleh Syafiq Izwan Kassim pada 14 April, 2021.
Setiap pelajar dikehendaki untuk makan di meja masing-masing
Caption posting tersebut menunjukkan bahawa setiap pelajar disuruh untuk makan di meja belajar masing-masing di dalam kelas pada waktu rehat.
Peraturan ini merupakan satu langkah berjaga-jaga untuk membendung penyebaran virus Covid-19 di kalangan para pelajar dan guru-guru di sekolah.
Pelajar non-muslim tersebut dilihat menundukkan kepala sambil makan
Jika dilihat dalam gambar yang dikongsi oleh gurunya, pelajar tersebut turut menundukkan kepalanya sambil makan kerana tidak mahu makanannya itu dilihat oleh pelajar Islam yang lain.
Sikapnya itu membuatkan ibu bapa pelajar tersebut dipuji oleh orang ramai kerana mendidik anaknya untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa dan agama.
Mulia sungguh sikap adik ni. Memang layak diberi kepujian yang sangat tinggi.

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.