Now Reading
Ini Dia Cara Jana Wang ‘Extra’ Dengan Duit Syiling Celah Kusyen

Ini Dia Cara Jana Wang ‘Extra’ Dengan Duit Syiling Celah Kusyen

Peluang yang paling mudah untuk diambil. Dengan duit syiling yang ada, korang boleh dapat duit ‘extra’. Kan untung tu.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pernah tak bila korang kemas-kemas handbag, kotak-kotak, bawah katil, bawah meja kerja di rumah – lepas itu terjumpa banyak duit syiling bertaburan? Mana taknya, baki duit lepas beli barang mesti main campak je sampai berat beg. Bila dah sampai rumah, dicampak pula merata.

Untuk pengetahuan korang, duit syiling yang ‘dijumpai’ ini sebenarnya boleh memberikan peluang untuk korang jana duit lebih.

Ha, mesti tak tahu kan?

(Kredit GIF: Giphy)

Ya, betul.

Jumlah nilai duit syiling yang telah dihasilkan adalah dianggarkan kira-kira RM3.5 bilion tetapi masih terdapat kebanyakan orang tidak tahu akan nilai sebenar duit syiling yang bertaburan di dalam bilik, rumah dan beg tangan.

Untuk pengetahuan korang – Bank Negara Malaysia (BNM) menganggarkan sebanyak 30% duit syiling yang dikeluarkan setiap tahun dan akhirnya ‘dibiarkan’ merata-rata.

Malah, pada tahun 2020, BNM hanya mengumpul balik 9.1% syiling yang dihasilkan mereka.

(Kredit gambar: Envato)

Syiling ‘terbiar’ adalah masalah

Dalam pengurusan operasi mata wang, bank pusat mengatakan bahawa wang kertas adalah berbeza dengan wang syiling kerana ia tidak dapat mengedarkan syiling terpakai pada skala yang sama kerana orang ramai lebih cenderung untuk menyimpan lebihan syiling mereka dengan institusi kewangan.

BNM juga menunjukkan bahawa cabarannya adalah untuk membuat orang ramai mengedar semula lebih banyak wang syiling yang di simpan di rumah ketika membuat apa-apa transaksi runcit.

(Kredit gambar: Envato)

Apabila duit syiling tak cukup untuk beredar dalam ekonomi, ia akan menyebabkan kekurangan wang syiling dan sekaligus merugikan mereka yang hanya membayar dengan menggunakan wang tunai. Malah, perniagaan juga akan kehilangan pelanggan yang tidak boleh membayar dengan jumlah amaun yang tepat.

Turut diingatkan bahawa walaupun Malaysia mempunyai ketergantungan yang tinggi untuk mata wang, pandemik Covid-19 ini telah menunjukkan peningkatan transaksi online untuk pembayaran tanpa tunai.

Ini sebenarnya adalah peluang kepada kita semua untuk menggunakan semula ‘syiling terbiar’ seperti yang dinyatakan oleh syarikat pertukaran syiling, DAPAT Vista (M) Sdn Bhds MyPay.

Jana duit dengan duit

Aplikasi mudah alih MyPay yang dimiliki dan dikendalikan oleh DAPAT Vista ini membolehkan korang semua untuk mengakses transaksi dengan selamat, mudah, dan cepat dengan agensi kerajaan. Selain itu, boleh juga digunakan untuk memohon pembiayaan, pemeriksaan kesihatan dalam talian dan banyak lagi.

Ciri yang ada pada MyPay Coin Conversion ini bertujuan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh setiap orang di Malaysia ketika mereka cuba untuk memasukkan wang syiling ke dalam akaun bank mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif DAPAT Vista, Amanda Sabri turut menjelaskan bahawa dengan memfasilitasi syiling terbiar ini untuk kembali ke dalam peredaran ekonomi, ia juga dapat digunakan untuk pembayaran digital.

“Selain menyokong usaha Bank Negara Malaysia untuk ke arah cashless payment, projek ini juga akan memberikan peningkatan bagi tujuan pembayaran melalui MyPay.”

Bagaimana ia berfungsi?

Diaktifkan oleh satu ciri di MyPay, apa yang perlu dilakukan untuk menukar duit syiling dan dimasukkan ke dalam akaun adalah korang boleh kunjungi booth MyPay Coin Conversion di pintu utama, Level G, di Subang Parade, SS15 Subang Jaya, Selangor. Booth ini akan berada di sana bermula April hingga September 2021 dengan kolaborasi Hektar Property Services Sdn Bhd di mana ia turut mengendali pusat belah belah tersebut, ia juga merupakan sokongan untuk inisiatif masyarakat.

Letak duit syiling anda di booth tersebut dan ikuti arahan pada aplikasi tersebut untuk memasukkan wang syiling ke dalam akaun bank. Senang je bukan?

Ciri tersebut akan memberi peluang untuk peniaga berdekatan yang memerlukan pertukaran wang syiling di mana pengguna MyPay masih boleh menukar dan memasukkan wang syiling mereka ke dalam akaun bank.

DAPAT Vista, dengan kerjasama Hektar Group dan rakan-rakan lain, berhasrat untuk melancarkan ciri Penukaran Syiling MyPay di ribuan lokasi di seluruh negara agar wang syiling ‘berfungsi’ semula.

Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi MyPay melalui Google Playstore atau Applestore untuk ‘explore’ sendiri fungsi aplikasi ini.

Sebelum itu, anda juga boleh layari laman web www.dapat.com untuk mendaftar atau www.mypay.com.my untuk ketahui lebih info.


Kalau dah cuba, boleh kongsi bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × 5 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd