Now Reading
“Result Titration Ke Ni?” – Kuah Cuka Bawang Penuh Air, Ramai Samakan Dengan Bahan Uji Kaji Sains

“Result Titration Ke Ni?” – Kuah Cuka Bawang Penuh Air, Ramai Samakan Dengan Bahan Uji Kaji Sains

Menerusi perkongsian tersebut, cuka bawang berkenaan hanya ada dua hiris bawang dan selebihnya adalah cecair dipercayai cuka cair semata-mata.

In Brief
  • A woman's watery pink cuka bawang with only two onion slices went viral, with netizens hilariously comparing it to a titration experiment.
  • Dishonest Ramadan bazaar traders are a growing concern, with buyers urged to report substandard food to BKKM or via WhatsApp at 012-8484378.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Murtabak merupakan salah satu menu pilihan utama di bulan Ramadan. Ia kebiasaannya didatangkan sekali dengan kuah gulai ataupun cuka bawang.

Namun cuka bawang dan murtabak lebih menjadi pilihan kerana kombinasinya memberikan rasa ‘umph’. Rasa seakan-akan jeruk, masam dan manisnya pasti menambah selera di setiap gigitan.

Walau bagaimanapun, satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi lucu apabila cuka bawang yang diterima pembeli ini lebih kelihatan seperti bahan ujikaji makmal berbanding makanan.

Baca Artikel Berkaitan: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!

Wanita Kecewa Cuka Bawang Penuh Air

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman TikTok (@fthh1112), cuka bawang yang dibeli wanita ini hanya dipenuhi cecair dipercayai cuka berwarna merah jambu yang cair.

Kelihatan di dalamnya juga hanya terdapat dua hirisan bawang yang terapung.

Cuka bawang tersebut sememangnya kelihatan berbeza dengan cuka bawang yang biasanya tersedia pada murtabak lain.

“Asal boleh je, bawang dua helai,” tulis si pembeli di kapsyen video.

Pemilik video juga menyindir lelaki dipercayai suaminya yang tidak memeriksa terlebih dahulu kualiti makanan yang dibelinya menerusi penulisannya dalam perkongsian itu.

“Bila kau harap lelaki beli makanan di bazar,” tulisnya ringkas.

https://www.tiktok.com/@fthh1112/video/7478511271407521032?_r=1&_t=ZS-8uSsTwIB2Tn
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Lihat Cuka Bawang Cair, Samakan Dengan Bahan Uji Kaji Sains

Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur melihat keadaan tidak bermaya cuka bawang berkenaan.

Ramai yang menyamakan cukanya yang cair dengan bahan uji kaji sains.

“Ni result titration ke?” komen seorang pengguna TikTok.

Ini kerana cuka tersebut kelihatan sama seperti hasil eksperimen peneutralan melalui kaedah pentritatan yang biasanya diajar dalam subjek kimia.

Sumber: TikTok @fthh1112
Sumber: TikTok @fthh1112
Sumber: TikTok @fthh1112

Ada juga yang menyatakan bahawa pengunjung bazar Ramadan tahun ini seolah-olah menjadi ‘bahan eksperimen’ peniaga baru.

Sumber: TikTok @fthh1112

Peniaga Berlaku Kurang Jujur Dalam Berniaga

Bukan kali pertama peniaga bazar Ramadan didakwa berlaku tidak jujur.

Terdahulu, tular kes seorang wanita kecewa apabila tauhu bergedel yang dibeli sebenarnya berinti kentang dan kari, bukan daging seperti kebiasaannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Letak Kari Kenapa?” – Wanita Kecewa Peniaga Bazar Ramadan Jual Tauhu Bergedel Inti Karipap

Situasi sebegini membuatkan ramai lebih berhati-hati dalam memilih makanan ketika membeli di bazar Ramadan.

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.

  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Facebook BKKMHQ.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Selain itu, pihak KKM turut memperkenalkan inisiatif baharu, WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan iaitu platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.

Baca Artikel Berkaitan: “Ujian Ramadan Ke-3” – 8 Air Balang Jatuh, Peniaga Terpaksa Tanggung Kerugian RM2,000

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Beli Pulut Panggang Tapi Keras Macam Kayu Api [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd