Now Reading
[Video] Selebriti Chef Jamu Rider HappyFresh Dengan Menu & Air Tangan Sendiri

[Video] Selebriti Chef Jamu Rider HappyFresh Dengan Menu & Air Tangan Sendiri

Jarang-jarang selebriti chef sanggup masak untuk rider yang menghantar pesanan mereka. Terbaiklah Sherson Lian!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pekerjaan sebagai rider ini tidak dinafikan begitu berisiko.

Mana tidaknya, mereka terpaksa menempuhi lalu lintas dan kerenah pengguna jalan raya pada setiap hari demi menghantar pesanan yang dibuat oleh pelanggan.

Itu belum lagi dikira ketika cuaca tidak menentu.

Kadang kala terlalu panas, kadang kala hujan lebat selebatnya. Kasihan tengok rider-rider di atas jalan raya terpaksa berhenti untuk berteduh buat seketika. Nak teruskan perjalanan, tak kabur pula pandangan dengan hujan lebat.

Sumber: FMT

Tapi banyak juga kerenah abang-abang rider yang menghiburkan. Tak kiralah dari syarikat mana, sehinggakan ada yang merasakan golongan ini mempunyai bakat terpendam.

Selain menghantar makanan, kadang kala menghiburkan juga.

BACA SINI: [Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik

Macam-macam hal!


Chef Selebriti Terkenal Masak Untuk Rider HappyFresh

Selebriti Chef, Sherson Lian.
(Sumber: First Classe)

Baru-baru ini, seorang Chef Selebriti terkenal tanah air iaitu Sherson Lian dilihat telah melakukan sesuatu di luar jangkaan buat rider HappyFresh yang sering ditugaskan untuk menghantarkan setiap pesanan olehnya.

Pendek kata, regular rider/customer.

Nama pun chef, masakkan pasti ‘top-notch’. Jadi, Sherson membuat keputusan untuk mengenali rider HappyFresh dengan lebih rapat setelah bertahun-tahun berurusan dengannya.

Kalau sebelum ini dia hanya memesan secara online, rider hantar, itu sahaja.

Tapi kali ini Sherson masak sendiri untuk rider tersebut yang dikenali sebagai Syahir. Siap masakkan makanan tengahari untuk rider berkenaan.


“Lunch Surprise”

Setibanya Syahir di pintu masuk, dia kelihatan ‘blur’ bila nampak kamera kiri kanan. Tapi Sherson dengan selambanya suruh dia ‘buat dunno’ je.

Lepas itu mulalah kejutan buat Syahir iaitu masakan air tangan Sherson sendiri, Aglio Olio Duck Bacon with Prawn!

“Ice Breaking”

Bila dah duduk makan bersama, mulalah sesi mengenali sesama lain.

Walaupun dah bertahun-tahun menghantar pesanan buat Sherson, mereka berdua masih tak tahu yang kedua-dua mereka ini pernah tinggal di Kajang.

Topik paling menarik adalah tentang banjir yang melanda banyak kawasan di ibu kota, termasuklah Kajang iaitu tempat tinggal Syahir dan keluarga.

I was delighted when my company (HappyFresh) arranged donation for them (those in need) and assist them. I was lucky enough to participate in this kind of charity works.

Syahir, rider HappyFresh.

Bagus juga syarikat HappyFresh ini sebab turut ‘turun padang’ untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Tak semua syarikat ada inisiatif macam ini.

Apa pun, terbaiklah HappyFresh!

Tonton video penuh di sini:


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd