Now Reading
[Video] Lelaki Ini Sanggup Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar Gara-gara Berebut Pam Minyak

[Video] Lelaki Ini Sanggup Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar Gara-gara Berebut Pam Minyak

Lelaki tersebut telah menghentak kepala warga emas menggunakan topi keledar yang dipakainya sehingga menyebabkan mangsa rebah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (13 November) telah tularnya sebuah video rakaman CCTV memperlihatkan seorang lelaki bertindak memukul seorang warga emas menggunakan topi keledar.

Kejadian tersebut berlaku di Stesen Minyak Shell, Tol Jalan Duta.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh careta_malaysia, seorang warga emas itu dilihat bergerak seiringan untuk menuju ke pam minyak yang sama dengan penunggang motorsikal tersebut.

Setelah memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta, mangsa dihampiri oleh lelaki itu dan berlakunya pertengkaran pendek di antara mereka.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut bertindak memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar miliknya sehingga menyebabkan mangsa rebah di pam minyak itu.

Melarikan diri

Setelah bertindak sedemikian, lelaki itu dilihat melarikan diri dengan menunggang motorsikalnya dan beredar dari stesen minyak tersebut.

Betul-betul tak ada hati perut.

Tapi kalau dilihat kembali video rakaman CCTV, memang terang-terang kereta dapat dulu.

Menerusi Instagram, video tersebut kini telah berjaya meraih lebih 44,645 tontonan sejak dimuat naik kira-kira 11 jam lalu.

Kejadian yang berlaku turut mengundang kemarahan orang ramai yang ingin lelaki penunggang motorsikal itu diberkas oleh pihak berkuasa dan dikenakan hukuman setimpal.

Mana tidaknya, sanggup cederakan warga emas gara-gara tidak bersabar.

Bukannya terpaksa tunggu berjam-jam untuk mengisi minyak.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd