Now Reading
[Video] Guru Kongsi Prinsip 5P Ketika Mengajar Kanak-kanak Berpendidikan Khas

[Video] Guru Kongsi Prinsip 5P Ketika Mengajar Kanak-kanak Berpendidikan Khas

Lima prinsip tersebut adalah Positif, Penghibur, Pemudah cara, Penyayang dan Penyabar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menjadi seorang pendidik ini bukanlah satu tugas yang mudah.

Nampak macam senang tapi hanya mereka sahaja tahu betapa banyaknya cabaran yang perlu dihadapi sebagai seorang pendidik.

Nak jadi tenaga pengajar perlu ada tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana ada pelbagai ragam murid di sekolah.

Ada yang suka buat bising, lambat memberi respon ketika bertanya, suka kacau orang lain dan macam-macam lagilah.

Tetapi, cabarannya akan lebih berganda jika bergelar guru pendidikan khas.

Nak membina komunikasi yang baik dengan golongan istimewa ini pun sudah susah, apatah lagi nak mengajar mereka.

Guru pendidikan khas guna prinsip 5P dalam pengajaran

Menerusi video dimuat naik oleh Azura Yusop yang merupakan seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Lepar, Pahang, dia telah berkongsi prinsip 5P yang diamalkan ketika mengajar kanak-kanak berpendidikan khas.

Lima prinsip tersebut adalah seperti berikut:

  • Positif
  • Penghibur
  • Pemudah cara
  • Penyayang
  • Penyabar

Di dalam video tersebut, guru itu dilihat sedang mengajar anak muridnya membaling bola kecil ke arah susunan blok yang diletakkan di hadapan.

Memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi nak mengajar kanak-kanak istimewa itu.

Lega hati ibu bapa kalau dapat cikgu yang baik macam ni di sekolah.

https://www.tiktok.com/@azura_nurazura/video/7018120198150425882?referer_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fguna-prinsip-5p-memiliki-kesabaran-yang-kental-netizen-kagum-lihat-cikgu-sabar-layan-murid-istimewa%2F&referer_video_id=7018120198150425882&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen puji cara cikgu itu mengajar dengan penuh sabar. Tabiklah!

Perkongsian video itu mendapat banyak reaksi positif daripada netizen yang memuji tahap kesabaran dimiliki oleh guru tersebut.

Bukan semua orang mampu nak mengajar kanak-kanak istimewa ni tau.

Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar usaha guru tersebut untuk mengajar mereka dipermudahkan dan diberi ganjaran pahala.

Kredit: TikTok @azura_nurazura
Kredit: TikTok @azura_nurazura
Kredit: TikTok @azura_nurazura

Nak jadi cikgu biasa pun kena banyak bersabar, apatah lagi yang mengajar murid istimewa ini.

Memang tabiklah!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd