[Video] Anak Muda Ulas Isu Pemberian Dana Tak Sama Rata
Menurutnya dalam video TikTok tersebut, reformasi segera perlu diinstitusikan bagi menjamin ketelusan, akauntabiliti serta peruntukan saksama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pernah dengar tentang Constituency Development Fund (CDF)?
Untuk rekod, Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) merupakan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen dan ADUN untuk menaiktaraf kawasan bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat, termasuk:
- Baik pulih jalan
- Naik taraf kemudahan awam
- Membantu golongan kurang berpendapatan
- Salurkan dana bagi aktiviti kemasyarakatan
- Dan banyak lagi.
Pendek kata, kalau nak baiki longkang atau jalan berlubang, boleh guna dana tu.
Anak muda lontar isu CDF tak sama rata
Seorang pemuda yang juga pengguna TikTok yang dikenali sebagai Iqbal telah mengeluarkan satu konten video di mana dia menjelaskan apa itu Constituency Development Fund.
Tonton video penuh di bawah:
Sementara Squid Game masih tgh trending, Pt 2: pic.twitter.com/tTempqgiA2
— Iqbal (@Iqtodabal) October 9, 2021
Menurutnya dalam video tersebut, salah satu penyebab kekecohan terjadi adalah kerana CDF ini telah diperlihatkan sebagai alat untuk membeli sokongan serta menyalahgunakannya.
Oleh itu, reformasi segera perlu diinstitusikan bagi menjamin ketelusan, akauntabiliti serta peruntukan saksama.
Berapa jumlah yang diterima?
Lihat rajah di bawah untuk mengetahui berapa peruntukan yang diterima oleh mereka:

Selain itu, wujud peruntukan lain di mana mereka akan mendapat tambahan RM300,000 setahun bagi perbelanjaan di pusat khidmat.
What do we do, next?
Selepas sekian lama berjuang, pihak kerajaan akhirnya berjanji untuk memberikan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) sama rata dalam tempoh empat bulan akan datang.
Tapi persoalannya, dana sama rata ini diumumkan untuk tahun ini bermula September sehingga Disember sahaja.
Meskipun ini adalah langkah yang baik dalam pembaharuan Parlimen, kita sebagai rakyat harus pastikan perkara ini tidak bersifat sementara!
Mahupun sekadar untuk menampakkan kerajaan berimej ‘baik’. Polisi tersebut sepatutnya dilembagakan sebagai undang-undang.
Game-changer!
Untuk pastikan rakyat Malaysia tidak dihukum berdasarkan siapa yang mereka undi, kerajaan digesa untuk mewujudkan Kesamarataan CDF dalam Undang-undang di Peringkat Persekutuan dan Negeri.

Oleh itu, satu petisyen ‘Peruntukan Wakil Rakyat Sama Rata Sekarang’ telah ditubuhkan di laman change.org.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0 telah memulakan petisyen ini dan berjaya meraih 8,000 sokongan selepas dua hari bermula.
Iqbal dalam video tersebut menyeru rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen ini bagi mewujudkan undang-undang kesamarataan CDF supaya mereka tak boleh sesuka hati mengamalkan peruntukan tidak adil lagi.

Setakat 8 Oktober, petisyen telah ditandatangani hampir 9,000 kalli dan mereka ingin memastikan 10,000 rakyat Malaysia mengambil tempat dalam petisyen ini untuk meraih reaksi kerajaan.
What are you waiting for? Turunkan tandatangan anda sekarang untuk memastikan ahli politik berhenti menyalahgunakan wang hasil titik peluh rakyat!
Klik sini untuk tandatangan petisyen ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.