Now Reading
[VIDEO] DSV Beri ‘Nasihat’, Jangan Jadi Pemalas Dan Harapkan #BenderaPutih

[VIDEO] DSV Beri ‘Nasihat’, Jangan Jadi Pemalas Dan Harapkan #BenderaPutih

Video berdurasi 0:45 saat tersebut telah dikongsikan di Twitter dan setakat ini menerima reaksi yang berbeza oleh netizen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Susulan penularan pandemik Covid-19 yang kian meningkat di Malaysia pada ketika ini, tidak dinafikan – banyak pihak dan golongan yang terjejas.

Oleh itu, rakyat Malaysia kini bersatu padu dan saling membantu dengan mengadakan gerakan Bendera Putih bagi menunjukkan solidariti untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka yang terkesan hanya perlu menaikkan bendera putih di rumah.

BACA SINI: “Bendera Putih” Movement Going Viral As Malaysians Try To Reach To Those In Need

Malah, topik #BenderaPutih juga kini telah trending di media sosial di mana rata-rata rakyat Malaysia menjelaskan bahawa inisiatif Bendera Putih adalah yang gerakan terbaik untuk orang ramai mengetahui siapa yang memerlukan bantuan pada ketika ini.

Syabas, rakyat Malaysia!

BACA JUGA: Ini Senarai Organisasi Untuk Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan #KitaJagaKita

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini dilihat segelintir individu dan ahli politik membantah gerakan Bendera Putih ini. Menurut mereka, ianya adalah ‘propaganda politik’.

“Jangan malas dan harapkan bantuan bendera putih je. Usaha juga.” – Datuk Seri Vida

Selepas kes bantahan segelintir ahli politik, datang pula satu lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Vida di mana dalam satu video dia mengatakan bahawa orang ramai yang terkesan seharusnya lebih berusaha dan bukan hanya mengharapkan bantuan.

Video berdurasi 0:45 saat tersebut telah dikongsikan di Twitter dan setakat ini menerima reaksi yang berbeza oleh netizen.

Ada yang setuju, dan sebaliknya.

Netizen mula berang dan bidas kenyataan DSV

Ada juga beberapa pengguna Twitter yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh DSV. Menurut mereka, ianya seolah-olah penghinaan buat mereka yang berada dalam kesusahan.

Tak pakai mask

Dalam pada itu, mungkin ramai yang lebih fokus kepada konten video yang dimuat naik tanpa menyedari bahawa DSV dilihat tidak memakai pelitup muka/mask di dalam video yang dirakam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd