[VIDEO] Kanak-kanak Berjoget Dengan Frontliners Di PKRC Ini Memang Mencuit Hati. Comel!
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kanak-kanak kecil dijaga dengan baik di PKRC. 🙂


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Satu klip video mencuit hati yang menunjukkan seorang kanak-kanak dan beberapa orang petugas barisan hadapan berpakaian PPE penuh telah tular baru-baru ini di media sosial.
Video berdurasi 0:18 saat itu dikatakan meraih perhatian warganet setelah kanak-kanak lelaki tersebut berjaya dihiburkan oleh beberapa orang petugas di PKRC.
Comel sangat. Tak percaya, tengok ni:
KETEPI SEMUAAAAAAAA!!!!!! VIDEO PALING COMEL SETAKAT NI!! pic.twitter.com/54NmLKV3Tr
— Tengok Pinned Tweet! (@OwToTheZie) June 30, 2021
Malah, tweet tersebut juga menerima reaksi warganet yang juga memberitahu bahawa terdapat sejumlah kanak-kanak di PKRC pada ketika ini.
Time aku kena kuarintin pun ade budak kecik. Dia yg positif ayah dia tak. Satu line katil melayan dia. 10hari tak dengar dia nangis langsung 🤣🤣 pic.twitter.com/VC8rYZqCVh
— Ibsam (@Ibsam_) June 30, 2021
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang positif Covid-19 juga diminta untuk pergi ke pusat kuarantin. Walau bagaimanapun, mereka mungkin akan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga (Walaupun mereka tidak positif Covid-19).
Video tersebut boleh menggembirakan hati pada saat yang menguji ini, namun ia juga patut dijadikan sebagai peringatan buat orang ramai bahawa Covid-19 boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang masih kecil.
Kanak-kanak tidak selamat
Walaupun suntikan vaksin telah dipersetujui untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas, masih ada segelintir yang masih belum menerima suntikan tersebut dan menjadikan mereka berisiko untuk dijangkiti virus.
Sebenarnya, jumlah kanak-kanak paling tinggi yang dijangkiti Covid-19 adalah dalam kategori berusia 7-12 tahun, diikuti oleh kanak-kanak yang lebih tua berusia 13-17 tahun. Paling membimbangkan, bayi di bawah umur 4 tahun telah dilihat menyumbang kepada sebilangan besar kes jangkitan.
Setakat 29 Jun 2021, Kementerian Kesihatan telah melaporkan jumlah jangkitan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun mencapai 116,378.
Kes jangkitan Covid-19 tertinggi:
– Remaja berumur 13-17: 37,205 (Purata 7,441 kes setiap umur)
– Kanak-kanak berumur 7-12: 38,206 (Purata 6,368 kes setiap umur)
– Kanak-kanak kecil berumur 5-6: 12,055 (Purata 6,028 kes setiap umur)
– Bayi berumur 0-4: 28,912 (Purata 5,782 kes setiap umur)
Dari 25 Januari 2020 hingga 29 Jun 2021, seramai 116,378 kanak-kanak berumur kurang 18 tahun dijangkiti COVID-19. #COVID19 #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/tjFi1qEjYM
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 30, 2021
Memang lega melihat anak-anak kecil dijaga dengan baik di PKRC, namun rakyat Malaysia masih perlu berjuang untuk menghentikan penularan virus Covid-19 ini daripada terus merebak dan menyerang diri serta ahli keluarga tersayang.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.