Now Reading
[VIDEO] Fasih Betul Duta Besar Baru Amerika Syarikat Bertutur Bahasa Melayu. Terkejut Netizen!

[VIDEO] Fasih Betul Duta Besar Baru Amerika Syarikat Bertutur Bahasa Melayu. Terkejut Netizen!

Brian D. McFeeters sebelum ini juga pernah ditugaskan di beberapa kedutaan A.S. lain seperti di Jakarta (Indonesia), Baghdad (Iraq), dan juga Seoul (Korea Selatan).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada Selasa lalu (15 Jun), sebuah klip video Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia telah mula tular di media sosial. Video tersebut pada mulanya dimuat naik oleh US Embassy Kuala Lumpur melalui akaun Facebook Rasmi mereka.

Konteks video tersebut adalah berkaitan dengan bantuan tambahan Covid-19 bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia seperti vaksin, set PPE, pelitup muka, cecair sanitasi serta peralatan komputer.

Hari ini dengan sukacitanya saya mengumumkan bantuan tambahan Covid-19 oleh Kedutaan A.S. kepada Malaysia. Awal bulan ini kami menyampaikan bekalan bantuan Covid-19 kepada NADMA iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara termasuk PPE seperti pelitup muka dan cecair sanitasi untuk barisan hadapan, dan peralatan komputer yang akan digunakan oleh NADMA untuk membantu barisan hadapan berkenaan Covid-19 di Malaysia. Ini merupakan bahagian kedua bantuan yang diberikan oleh Kedutaan A.S. pada awal tahun ini berjumlah dua ratus lima puluh ribu dolar.

Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, melalui video yang dimuat naik oleh US Embassy Kuala Lumpur.

Menurut beliau lagi, Amerika Syarikat juga akan bekerjasama dengan COVAX bagi menyumbangkan 80 juta dos vaksin tambahan untuk program vaksin Covid-19 global yang dikendalikan oleh GAVI dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

BACA JUGA: Jepun Dijangka Bakal Sumbang Vaksin AZ Kepada Malaysia

Petah berbahasa Melayu, warganet beri pujian

Namun, setelah kefasihan Brian berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia, video tersebut kini kian tular dimuat naik oleh warganet di pelbagai platform media sosial.

Malahan, ada juga segelintir warganet yang mengatakan bahawa penguasan bahasa beliau adalah lebih baik daripada sesetengah rakyat kelahiran Malaysia.

Kredit: Facebook/US Embassy Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan anda, sebelum beliau berkhidmat sebagai Duta Besar di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2021, beliau pernah dihantar bertugas sebagai seorang diplomat di beberapa kedutaan A.S. lain seperti di Jakarta (Indonesia), Baghdad (Iraq), dan juga Seoul (Korea Selatan).

Oleh itu, tidak hairanlah apabila beliau petah berbahasa Melayu, Indonesia, Perancis, Sepanyol, dan Jerman.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 − eight =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd