Now Reading
Cuaca Kini Semakin Panas, Ini Tips Turunkan Suhu Dalam Kereta

Cuaca Kini Semakin Panas, Ini Tips Turunkan Suhu Dalam Kereta

Suhu di dalam kereta yang diparkir di tengah panas boleh mencecah sehingga 60 ke 70 darjah celcius.

In Brief
  • Set your air conditioning to an optimum temperature of 22°C to 25°C to avoid circulation problems and muscle strain.
  • Open all car doors before driving to release trapped hot air, or wind down windows slightly if it is unsafe to do so.
  • Use reflective sunshades on your windscreen and windows, and cover leather seats with a cloth to prevent heat build-up.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cuaca panas di Malaysia kian terasa apatah lagi dengan kehadiran Super El Nino yang berpotensi mening­katkan suhu maksimum harian sehingga 0.7 darjah Celsius berbanding suhu kebiasaan.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah awal untuk mengelakkan daripada jatuh sakit atau terkena strok haba akibat cuaca terlalu panas.

Ini termasuklah mengawal suhu ketika menaiki kenderaan agar tubuh badan tidak berasa terlalu panas.

Manakan tidak, suhu di dalam kereta yang diparkir di tengah panas boleh mencecah sehingga 60°C ke 70°C.

Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Malaysia Bakal Mencecah 39 Hingga 40 Darjah Celsius Akibat Fenomena Super El Nino

Memasang Penyaman Udara Pada Suhu Bersesuaian

Mungkin ada yang gemar terus memasang penyaman udara dengan kuat apabila menaiki kereta dengan harapan agar bahagian dalam kenderaan itu kekal sejuk.

Namun menurut laporan media, menetapkan suhu penyaman udara pada tahap paling rendah boleh menyebabkan masalah peredaran udara di dalam kereta. Sebaliknya, suhu optimum adalah sekitar 22°C ke 25°C.

Malah organisasi ujian di Jerman, GTÜ, memberi saranan agar menetapkan penyaman udara pada tahap lebih tinggi juga jika suhu di luar sangat panas.

Ini bertujuan untuk mengelakkan kejutan pada perubahan suhu apabila anda menaiki atau keluar daripada kereta.

Dalam masa sama, pasti ramai yang suka menujukan penyaman udara terus ke arah muka dan tubuh badan.

Pun begitu, perkara ini sebenarnya boleh menyebabkan tekanan kepada otot dan mengeringkan membran mukus anda, sekali gus meningkatkan risiko jauh sakit.

Foto: Pexels

Berikan Peredaran Udara Dengan Membuka Pintu Kereta

Apa yang penting sebelum memandu kereta, pastikan terdapat pengedaran udara terlebih dahulu untuk mengelakkan haba daripada terus terperangkap di dalam kenderaan.

Perkara ini boleh dilakukan dengan hanya membuka sahaja kesemua pintu kereta agar udara panas dapat dikeluarkan.

Namun pastikan anda berada di tempat yang selamat dan tidak keseorangan jika ingin melakukan perkara ini. Jika tidak, segera masuk sahaja ke dalam kereta dan boleh turunkan tingkap sedikit.

Kemudian buka penyaman udara dengan kuat buat sementara waktu untuk menurunkan sedikit suhu di dalam kereta. Tetapi jangan lupa untuk naikkan semula suhu penyaman udara selepas itu.

Gunakan Sunshade Pada Cermin Sisi & Depan

Penggunaan sunshade juga dapat mengelakkan sinaran matahari daripada masuk ke dalam kereta dan membuatkan kerusi serta bahagian lain terasa panas.

Jika anda meletakkan kenderaan di bawah cahaya matahari, pasangkan sunshade di bahagian cermin hadapan.

Gunakan sunshade jenis ‘reflective’ atau jaring pada bahagian cermin yang bersesuaian.

Apa yang lebih bagus adalah meletakkan kenderaan yang terlindung daripada sinaran matahari seperti di bawah teduhan pokok.

‘Leather Seat’ Boleh Jadi Penyimpan Haba, Tutup Dengan Kain

Bagi kenderaan yang menggunakan kerusi kulit, pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan haba kerusi turut meningkat.

Oleh itu, persatuan pemotoran Britain, RAC memberi cadangan agar menutup kerusi kulit menggunakan kain atau jaket apabila keluar dari kereta.

Sentiasa Bawa Air Minuman Bersama Untuk Elak Dehidrasi

Tidak dilupakan juga, penting untuk membawa botol air minuman setiap masa bersama anda, terutamanya dalam cuaca panas ekstrem.

“Dehidrasi boleh mengganggu tahap tumpuan dan kesedaran anda, seterusnya menjadi bahaya buat pemandu dalam cuaca panas,” kata RAC.

Foto: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Meragam Ketika Cuaca Panas? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Kecil Tapi Kesannya Besar” – Pakar Psikologi Kongsi Kesan Cuaca Panas Terhadap Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Pasang Penghawa Dingin! Isi Air Dalam Labu Sayong Dah Boleh Kurangkan Bahang Bilik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd