Wajib Bawa 6 Barang Ini Ketika Naik Flight Untuk Penerbangan Lebih Selesa
Antara yang paling penting untuk dibawa ketika penerbangan long-haul ialah produk mandian ringkas untuk membersihkan diri sebelum tiba di destinasi.
- Bawa headphone atau earphone dengan fungsi noise cancelling untuk elak bunyi bising dan gangguan semasa penerbangan panjang.
- Powerbank wajib dibawa dalam beg carry-on bagi memastikan telefon pintar tidak kehabisan bateri semasa perjalanan.
- Bawa penutup mata dan neck pillow untuk tidur lebih selesa, terutama pada penerbangan siang hari atau jarak jauh.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menaiki kapal terbang untuk ke destinasi di luar negara semestinya satu pengalaman yang sangat menerujakan!
Namun kadangkala perjalanan yang boleh mengambil masa sehingga berbelas jam lamanya memang agak memenatkan.
Apatah lagi tanpa persediaan yang mencukupi, apa yang sepatutnya menjadi trip of the year boleh mewujudkan rasa badmood pula walaupun belum sampai ke destinasi.
Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu
6 Barang Wajib Bawa Agar Penerbangan Lebih Selesa
Untuk menikmati penerbangan long-haul dengan selesa, penumpang harus membuat persediaan dengan lebih awal.
Bukan sahaja dari segi pakaian yang digayakan, tetapi juga barang-barang yang boleh dibawa untuk membantu anda menempuhi penerbangan selama berjam lamanya.
Berikut kami kongsikan enam barang yang anda wajib bawa untuk nikmati perjalanan yang selesa.
#1. Headphone Atau Earphone
Tidak dapat dinafikan, situasi di dalam penerbangan boleh menjadi agak bising, apatah lagi jika terdapat bayi atau kanak-kanak kecil yang tantrum.
Oleh itu, penggunaan headphone atau earphone dapat membantu untuk menenggelamkan bunyi-bunyi bising di sekeliling anda.
Lagi best jika peranti itu datang dengan fungsi ‘Noise Cancelling’ yang dapat memperlahankan bunyi latar.
Pakai headphone atau earphone juga boleh elak jiran sebelah daripada bersembang kosong dengan anda. Sesuai jika anda seorang introvert!

#2. Powerbank
Apabila mendarat di destinasi, telefon pintar menjadi satu peranti yang amat penting bagi tujuan komunikasi dan perjalanan.
Tidak guna jika telefon pintar kehabisan bateri kan? Jadi penyediaan powerbank juga penting terutamanya bagi perjalanan yang memakan masa sehingga hampir seharian.
Tapi ingat, powerbank wajib dibawa di dalam beg carry-on dan tidak boleh check-in dalam bagasi.
Pastikan juga anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh setiap syarikat penerbangan kerana ada juga yang melarang penggunaan powerbank untuk mengecas peranti ketika penerbangan.

#3. Peranti e-Book
Buat penumpang yang merupakan ulat buku, masa di dalam penerbangan pasti akan dihabiskan dengan membaca buku.
Penggunaan peranti e-book seperti Amazon Kindle dan Rakuten Kobo adalah lebih selesa kerana anda tidak perlu membawa banyak buku dengan tajuk berlainan demi mengisi masa lapang.
Jika tiada peranti ini, boleh juga download e-book dengan lebih awal di telefon pintar atau tablet.
Tapi kalau anda memang gemarkan buku fizikal dan sedang menghabiskan sesebuah karya, tak salah pun untuk bawa buku sebenar naik flight.

#4. Penutup Mata
Jika penerbangan mengambil masa yang sangat panjang, lebih bagus jika anda berehat dan tidur sebentar. Apatah lagi jika destinasi yang dituju mempunyai zon masa berbeza dengan negara kita.
Penggunaan penutup mata boleh membantu dalam mendapatkan tidur yang selesa dan berkualiti.
Lebih-lebih lagi jika penerbangan adalah pada siang hari, penutup mata berfungsi untuk menghalang cahaya daripada mengganggu tidur anda.
#5. Neck Pillow
Selain penutup mata, penggunaan neck pillow juga dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa.
Kusyen ini turut berfungsi untuk mengelakkan anda daripada sakit-sakit urat akibat kedudukan leher yang senget ketika tidur.
Boleh juga bawa selimut nipis atau jaket bersama sekiranya anda cepat terasa sejuk.
Sesetengah penerbangan juga menyediakan barang-barang ini untuk keselesaan para penumpangnya, jadi boleh tanyakan kepada kru kabin yang bertugas.

#6. Produk Mandian Ringkas
Apabila sudah terlalu lama dalam penerbangan, pasti muka mula terasa berminyak.
Ditambah pula jika anda tidur sementara tunggu tiba di destinasi, mulut pun mesti berbau!
Oleh itu jangan lupa bawa produk mandian ringkas yang termasuk berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka untuk freshen up sebelum turun dari penerbangan nanti.
Jangan lupa juga bawa losyen, krim tangan dan lip balm untuk melembutkan semula kulit yang sudah semakin kering akibat lama duduk di dalam kawasan yang dipasang penyaman udara.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’
Baca Artikel Berkaitan: Nak Bawa Bayi Naik Kapal Terbang? Ini 5 Tips Mudahkan Perjalanan Anda
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.