Now Reading
Bakal Sambut Cahaya Mata Baharu? Ini Tips Ibu Ayah Kenalkan Newborn Pada Si Kecil

Bakal Sambut Cahaya Mata Baharu? Ini Tips Ibu Ayah Kenalkan Newborn Pada Si Kecil

Ibu ayah perlu melakukan persediaan untuk memperkenalkan si kecil dengan adik baharu sebelum kelahiran bayi lagi.

In Brief
  • Apabila memperkenalkan bayi baharu, bercakap dengan si kecil dahulu dan berikan tumpuan kepada mereka, bukan bayi.
  • Elakkan memegang bayi ketika pertama kali bertemu si kecil agar mereka tidak rasa perlu 'merebut' pelukan ibu ayah.
  • Ingatkan si kecil bahawa mereka tetap disayangi dan kehadiran adik baharu tidak menggantikan tempat mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menyambut kelahiran cahaya mata sememangnya suatu peristiwa yang amat besar buat sesebuah keluarga.

Di sebalik kekecohan ibu ayah melakukan persiapan sebelum kelahiran bayi, anak-anak lain juga perlu bersiap-sedia.

Hakikatnya, mereka juga bakal melalui perubahan yang cukup besar dengan kehadiran adik baharu.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Mandikan Newborn Yang Betul, Ibu Ayah Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Tular Gambar Sufian Suhaimi & Bayi Newborn, Ini Kebaikan Skin-to-Skin Buat Bapa

Baca Artikel Berkaitan: First Time Jadi Ibu Bapa? Ini 6 Kondisi ‘Aneh’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Sebenarnya Normal

Ini Tips Untuk Ibu Ayah Kenalkan Anak Dengan Adik Baharu

Penting untuk ibu ayah memperkenalkan bayi newborn kepada adik-beradik yang lain, terutamanya mereka yang masih kecil, dengan cara yang betul.

Ini adalah demi menjaga dan menghormati perasaan mereka, di samping membantu mereka memahami perubahan yang bakal berlaku dengan kehadiran adik baharu.

Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh pempengaruh motherhood Jessica Bodmer, yang ibu ayah boleh praktikkan ketika pertama kali memperkenalkan si kecil dengan bayi.

#1. Bercakap Dengan Si Kecil Dahulu

Apabila membawa abang atau kakak bertemu adik baharu di hospital, pastikan ibu ayah bercakap dengan mereka terlebih dahulu.

Berikan fokus kepada si kecil dan bukanlah bayi dahulu. Mungkin boleh tanyakan tentang hari mereka atau apa yang mereka lakukan di rumah.

Jangan paksa anak-anak terus berjumpa bayi untuk mengambil gambar dan sebagainya agar mereka tidak terasa begitu terkejut dengan perubahan yang berlaku.

Foto: Pexels
#2. Jangan Pegang Bayi Ketika Pertama Kali Bertemu Si Kecil

Ya, ibu ayah pasti teruja untuk sentiasa memegang bayi baharu di pangkuan kan?

Tetapi apabila memperkenalkan bayi baru lahir kepada adik-beradik lain, lebih baik jika biarkan sahaja bayi di atas katil atau bassinet.

Menurut Jessica, ini adalah nasihat yang diberikan oleh beberapa orang pakar yang menjelaskan bahawa tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan si kecil rasa mereka perlu ‘merebut’ pelukan ibu ayah.

#3. Berikan Masa Kepada Anak Untuk Mengenali Adik Baharu

Selepas anak-anak bertemu dengan adik baharu mereka, mungkin ada yang teruja dah mahu terus memegang dan mencium bayi.

Namun ada juga yang memerlukan sedikit lagi masa dan hanya mahu memerhatikan sahaja bayi tersebut.

Kedua-duanya merupakan reaksi yang normal, jadi ibu ayah tak perlu paksa anak untuk terus melayan dan menyayangi adik mereka.

Foto: Pexels
#4. Beri ‘Tugasan’ Pada Si Kecil

Bagi abang atau kakak yang sudah cukup besar, ibu ayah boleh ajak mereka lakukan tugasan mudah seperti memilih pakaian bayi, mengambil lampin dan menyusukan bayi.

Perkara ini bukan sahaja dapat membentuk ikatan antara kedua beradik itu, tetapi juga akan membuatkan si kecil rasa penting dan dapat turut serta dalam menjaga bayi.

Lama kelamaan, mungkin mereka sendiri yang akan volunteer untuk tolong jaga adik!

#5. Tegaskan Bahawa Kakak/Abang Tetap Disayangi

Kehadiran adik baharu mungkin boleh membuatkan si kakak atau abang berasa mereka kurang mendapat kasih sayang ibu ayah.

Bukan apa, mereka juga masih kecil dan tidak memahami sepenuhnya perasaan sendiri.

Jadi ibu ayah perlu kerap ingatkan pada si kecil bahawa mereka masih disayangi dan tiada siapapun yang boleh mengganti tempat mereka.

Foto: Pexels
#6. Sediakan Hadiah Dari Newborn Untuk Abang Atau Kakak

Selain itu, ibu ayah juga boleh menyediakan hadiah dari bayi baru lahir untuk anak-anak yang lain.

Jessica berkata perkara ini dapat mewujudkan hubungan yang positif antara kakak atau abang dengan adik baharu sejak mula lagi.

Tidak perlu hadiah yang mahal, tetapi utamakan apa yang diminati oleh si kecil.

Lakukan Persediaan Sebelum Bayi Lahir Lagi

Sebenarnya, persediaan untuk memperkenalkan si kecil dengan adik baharu perlu dilakukan sebelum kelahiran bayi lagi.

Ini bertujuan untuk mengelakkan anak daripada berasa terlalu terkejut dengan perubahan yang berlaku.

Antara persediaan awal yang boleh dilakukan sejak ibu hamil ialah:

  • Memperkenalkan bayi dalam kandungan kepada si kecil.
  • Terangkan perubahan yang bakal berlaku. Boleh bacakan buku atau tonton video tentang bayi baru lahir bersama anak.
  • Luangkan masa bersama anak secukupnya sebelum menyambut ketibaan cahaya mata baharu.
  • Ingatkan si kecil bahawa bayi bukan sebagai ‘pengganti’, tetapi ahli baharu yang lebih melengkapkan sesebuah keluarga.

Yang paling penting, fahami perasaan si kecil. Sama ada mereka berasa sedih, takut, gembira ataupun teruja, kesemua perasaan itu adalah sebahagian daripada diri mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Untuk Bersih & Tanam Uri Bayi. Para Ayah Perlu Tahu!

Baca Artikel Berkaitan: Bingung Berapa Kerap Kena Tukar Lampin Bayi? Pakar Pediatrik Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Bila Ibu Ayah Boleh Berhenti Kejut Bayi Bangun Malam Untuk Menyusu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd