Ini Cara Mandikan Newborn Yang Betul, Ibu Ayah Take Note!
Bayi yang baru dilahirkan cukup sekadar dimandikan dua ke tiga kali seminggu, selama lima ke 10 minit setiap sesi.
- Bayi baru lahir cukup dimandikan dua hingga tiga kali seminggu sahaja, menggunakan sabun lembut dan bebas bahan kimia kuat.
- Gunakan air suam bagi mandi bayi, dengan suhu sekitar 38℃ untuk elakkan melecur atau hipotermia.
- Jangan tinggalkan bayi berseorangan semasa mandi, dan tunggu 30 minit selepas menyusu sebelum memandikannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menyambut ketibaan cahaya mata yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama memang menjadi satu momen yang indah buat ibu ayah.
Manakan tidak, selepas mengetahui kehadirannya dalam rahim ibu, pasangan perlu menunggu berbulan lamanya sebelum bertentang mata dengan si kecil.
Namun buat mereka yang pertama kali digelar ibu ayah, mungkin masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam menjaga dan membesarkan buah hati mereka itu.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Untuk Bersih & Tanam Uri Bayi. Para Ayah Perlu Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Bingung Berapa Kerap Kena Tukar Lampin Bayi? Pakar Pediatrik Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Bila Ibu Ayah Boleh Berhenti Kejut Bayi Bangun Malam Untuk Menyusu
Ini Cara Betul Untuk Mandikan Bayi Newborn
Ini termasuklah cara-cara yang betul untuk memandikan bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Mungkin ada ibu ayah yang fikir cara mandikan bayi sama sahaja seperti orang dewasa, namun sebenarnya ada ‘pantang larang’ tertentu yang kena ikut.
#1. Mandi Sekali Sehari Atau Selang Hari
Bayi baru lahir tidak perlu mandi sekerap kanak-kanak yang sudah besar dan orang dewasa.
Cukup sekadar memandikan bayi dua ke tiga kali seminggu, selama lima ke 10 minit setiap kali. Ini kerana bayi tidak banyak berpeluh dan kulitnya masih sangat sensitif.
Namun jika bayi anda sukakan air dan sudah cukup besar, boleh juga mandikannya sekali setiap hari.
Apa yang penting, gunakan sabun yang lembut dan bebas bau serta bahan kimia kuat.
Keringkan kulit bayi sebaik sahaja selesai mandi. Boleh juga gunakan krim pelembab jika kulit mereka terlalu kering atau mengalami masalah kulit seperti eczema.

#2. Mandi Guna Air Suam
Walaupun cuaca di Malaysia boleh jadi agak panas, namun bayi baru lahir masih perlu dimandikan menggunakan air suam.
Menurut Mayo Clinic, suhu air yang sesuai untuk bayi adalah sekitar 38℃. Rasa dahulu suhu air tersebut menggunakan pergelangan tangan atau siku untuk memastikan ia tidak terlalu panas sehingga boleh menyebabkan melecur.
Sebaliknya, air sejuk juga tidak sesuai untuk bayi kerana boleh menyebabkan suhu tubuhnya turun secara mengejut (hiportemia) kerana lapisan kulit yang masih nipis.
Bercakap kepada theAsianparent, Doktor Zubaidi berkata kesan suhu air yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan kemudaratan dan menjadi punca kematian bayi.

#3. Bersihkan Bahagian Pelipat
Apabila memandikan bayi, jangan lupa untuk bersihkan bahagian pelipat yang sentiasa tersembunyi.
Gunakan tuala atau kain lap (washcloth) basah bagi membersihkan bahagian-bahagian ini termasuk di celahan paha, kemaluan, ketiak dan leher.
Memandangkan bahagian ini sering terlipat, mudah untuk peluh atau lebihan susu (di leher) berkumpul dan boleh menyebabkan ruam sekiranya tidak dibersihkan.
Selepas dilap, keringkan betul-betul agar bahagian pelipat tidak lembap.
#4. Tunggu Seketika Selepas Menyusu Untuk Mandikan Bayi
Selain itu, ibu ayah juga diingatkan agar tidak memandikan bayi sejurus selepas menyusu, sebaliknya tunggu sekurang-kurangnya 30 minit.
Ini kerana perut si kecil sedang menghadamkan susu dan berisiko muntah jika berada dalam keadaan yang kurang selesa.
Dalam masa sama, jangan mandikan bayi ketika perut mereka terlalu kosong juga kerana boleh menyebabkan si kecil berasa cranky.

#5. Perhatikan Bayi Pada Setiap Masa
Ketika memandikan bayi di dalam tab, jangan sekali-sekali tinggalkan bayi berseorangan atau dengan kanak-kanak lain walau sesaat!
Ini kerana bayi mudah terjatuh dan berisiko lemas walaupun dalam air yang cetek.
Jika perlu mengambil sesuatu seperti sabun atau tuala bayi, angkat si kecil bersama anda.
Mandikan Bayi Dengan Span Sahaja Sebelum Tali Pusat Gugur
Menurut Mayo Clinic, American Academy of Pediatrics mencadangkan agar memandikan bayi menggunakan span atau kain lap sahaja sehingga tali pusat gugur, iaitu sekitar satu ke dua minggu selepas kelahirannya.
Unutk memandikan bayi dengan cara ini, anda boleh melakukannya di atas katil, tempat menyalin lampin atau mana-mana permukaan rata.
Basahkan kain dengan air suam tanpa sabun dan mulakan sapuan dari bahagian atas kepala. Pastikan anda membersihkan bahagian sekeliling mata, hidung dan telinga bayi.
Bagi bahagian badan lain, boleh masukkan beberapa titik sabun bayi.
Selepas selesai, keringkan badan bayi dengan betul terutamanya di bahagian lipatan kulit.

Baca Artikel Berkaitan: Cium Bayi Orang Lain Boleh Sebabkan Maut, Ini Penjelasan Pakar Pediatrik
Baca Artikel Berkaitan: Tular Gambar Sufian Suhaimi & Bayi Newborn, Ini Kebaikan Skin-to-Skin Buat Bapa
Baca Artikel Berkaitan: First Time Jadi Ibu Bapa? Ini 6 Kondisi ‘Aneh’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Sebenarnya Normal
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.