Now Reading
Ini Tips Agar Anak Lebih Bijak Matematik, Kuatkan Konsep Asas Dahulu!

Ini Tips Agar Anak Lebih Bijak Matematik, Kuatkan Konsep Asas Dahulu!

Salah satu perkara penting yang perlu dilakukan adalah mendidik anak agar membayangkan jumlah sesuatu nombor terlebih dahulu.

In Brief
  • Visualkan nombor dengan objek fizikal dan kaitkan matematik dalam rutin harian agar anak faham konsep asas dengan mudah.
  • Jangan tergesa-gesa, kukuhkan konsep asas dahulu dan kenal pasti kekeliruan anak sebelum meneruskan pembelajaran matematik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Matematik sering dikatakan sebagai salah satu subjek yang paling sukar di sekolah, mahupun dalam kalangan orang dewasa.

Kadangkala ibu ayah sendiri bingung bagaimana untuk menyelesaikan tugasan matematik yang diterima oleh anak-anak.

Namun dengan mengamalkan teknik yang bersesuaian, penyelesaian matematik pasti lebih mudah buat ibu ayah mahupun si kecil.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Segelintir Kanak-Kanak ‘Struggle’ Dengan Matematik? Pakar Kongsi Antara Puncanya

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Cipta Sejarah! Semua Wakil Berjaya Rangkul Pingat Di Olimpiad Matematik Balkan

6 Tips Anak Lebih Mudah Faham Konsep & Bijak Matematik

Menerusi hantaran di Threads (@fereenalex), Fereen yang sering berkongsi tentang pendidikan kanak-kanak, mendedahkan bagaimana ibu ayah boleh bantu anak-anak agar lebih cepat memahami konsep matematik.

Katanya menerusi tips ini, si kecil tidak perlu lagi menghafal jalan penyelesaian matematik, tetapi akan pandai menyelesaikan masalah matematik melalui konsep yang difahami.

#1. Visualkan Jumlah Nombor

Antara perkara yang penting agar anak bijak matematik adalah mendidiknya untuk membayangkan jumlah nombor terlebih dahulu.

Bukan hanya melihat nombor sebagai simbol seperti ‘1’, ‘2’ dan ‘3’, tetapi bayangkan berapa banyakkah objek yang diwakili oleh nombor tersebut.

Di peringkat awal, ibu ayah boleh gunakan bahan-bahan kecil seperti guli atau mainan blok seperti Lego untuk menunjukkan jumlah nombor.

Bahan-bahan ini juga boleh digunakan bagi membantu si kecil menyelesaikan soalan matematik mudah yang membabitkan tambahan dan tolakan.

Foto: Pexels
#2. Main Game Anggaran

Selain itu, Fereen turut berkongsi agar mengajak anak-anak bermain permainan ‘Anggaran’ (estimation).

Permainan ini dapat membantu agar wujudnya pemikiran number sense, di mana anak boleh mengagak nilai sesuatu kuantiti tanpa mengira satu persatu.

Sebagai contoh, minta anak teka berapa banyakkah gula-gula yang ada dalam satu balang di hadapannya.

Fereen berkata membuat anggaran juga dapat melatih otak anak agar memahami logik sesuatu nombor.

#3. Ajar Anak Tentang Number Bond

Mungkin ramai yang meminta anak agar terus menghafal sahaja sifir, namun sebenarnya terdapat kaedah yang lebih efektif iaitu dengan memecahkan nombor.

Kaedah ini juga dikenali sebagai Number Bond, di mana dua atau lebih nombor yang kecil (parts) akan digabungkan menjadi satu nombor besar (whole).

Melalui kaedah ini, si kecil akan diajar agar mencari ‘kawan nombor’ atau nombor yang sepasang. Sebagai contoh, angka 7 merupakan gabungan nombor 5 dan 2, 6 dan 1, atau 4 dan 3.

Bagi nombor 10, boleh juga ajarkan teknik ‘make 10’, sekali gus dapat memudahkan kerja-kerja mengira dan menolak.

Sempoa juga boleh digunakan bagi mengajar anak tentang number bond bagi nilai 10. (Foto: Pexels)

Baca Artikel Berkaitan: Anak Susah Nak Selesaikan Masalah Tambah-Tolak? Ibu Ayah Boleh Ajar Teknik ‘Make 10’ Ini

#4. Kaitkan Matematik Dalam Rutin Harian

Walaupun ada yang menganggap matematik hanya sekadar subjek wajib di sekolah, namun sebenarnya ia banyak digunakan dalam rutin harian.

Didik perkara ini kepada anak dengan menunjukkan contoh-contoh dalam kehidupan sebenar.

Contohnya, apabila melipat stoking, minta anak kira berapa helai dan berapa pasang yang ada selepas dipadankan.

“Masa makan pizza, ‘Kalau potong 4, abang makan 1, tinggal berapa bahagian?'” Fereen memberi contoh lain.

Perkara ini juga secara tidak langsung dapat mendidik anak mengenai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

#5. Benarkan Anak Guna Aplikasi Matematik

Selepas anak mula memahami konsep asas nombor, jangan henti di situ sahaja.

Sebaliknya, ibu ayah boleh melatih dan menguji keupayaan mereka menerusi kuiz atau permainan interaktif di aplikasi dalam talian.

Fereen berkata meminta anak untuk menghafal sahaja sifir hanyalah sekadar pembelajaran pasif, manakala permainan kuiz digital merupakan pembelajaran aktif.

Salah satu aplikasi matematik yang boleh dimuat turun ialah Power Congak yang turut membenarkan ibu ayah menetapkan tahap bersesuaian dengan kebolehan si kecil.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mahu Kanak-Kanak Power Matematik, Pelakon Ungku Ismail Bangunkan Aplikasi Power Congak

#6. Jangan Terburu-Buru, Kukuhkan Konsep Asas Dahulu

Dalam pada itu, dia turut mengingatkan ibu ayah agar tidak menggesa anak supaya cepat pandai dalam matematik, tetapi mengukukuhkan konsep asas secara perlahan-lahan.

Jika anak menjawab soalan matematik dengan salah, tanya dahulu bagaimana mereka mendapat jawapan itu supaya ibu ayah boleh mengenal pasti di mana kekeliruan berlaku.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Fokus Belajar? Ibu Ayah Boleh Tukar Kepada Teknik Diamalkan Pelajar Cina Ini!

Baca Artikel Berkaitan: Belajar 25 Minit, Rehat 5 Minit. Ini Cara Teknik Pomodoro Bantu Pelajar Kekal Fokus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd