Nak Anak Berhenti Main Gajet? Ini Kaedah ‘Cold Turkey’ Untuk Ibu Ayah
Selepas dah berjaya dengan kaedah ‘cold turkey’ ini, ibu ayah perlu tetapkan had penggunaan gajet buat anak-anak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kanak-kanak pada masa kini telah didedahkan kepada gajet sejak kecil lagi.
Sama ada telefon pintar, televisyen mahupun tablet, sebenarnya terdapat kesan buruk kepada perkembangan kanak-kanak sekiranya mereka dibiarkan menggunakan gajet secara berterusan dan tanpa pemantauan.
Namun buat ibu ayah yang sudah terlanjur perkara ini, jangan risau. Ada caranya untuk didik anak hidup tanpa menggunakan gajet.
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kerap Tonton Skrin? Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Gangguan Mental” – Pakar Dedah Bahaya Anak Main Game Guna Gajet Tanpa Pantauan
Pisahkan Anak Dengan Gajet Secara ‘Cold Turkey’
Salah satu kaedah untuk pisahkan anak dengan gajet adalah secara cold turkey. Maknanya ibu ayah kena halang anak main gajet sepenuhnya dan tidak mengalah pada permintaan mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Threads (@pov_marhaen), walaupun cara ini agak kasar namun ia kebiasaannya lebih berkesan.
Namun dia berkata ibu ayah perlulah tegas dan terus menghentikan penggunaan gajet anak. Jangan berikan sebarang rundingan atau bagi gajet sekejap kononnya tak mahu anak menangis.

Anak Akan Mengamuk Pada Mulanya, Ibu Ayah Jangan Mengalah!
Katanya apabila anak tidak dibenarkan guna gajet, pada mulanya mereka pasti akan mengamuk.
Tantrum, menangis, marah. Semuanya tingkah laku biasa apabila anak tidak dibenarkan lagi membuat sesuatu yang dilakukan olehnya.
Ibu ayah juga perlu menyembunyikan gajet kerana mereka pasti akan mencari telefon pintar dan tablet untuk digunakan. Jangan tak tahu, ada kanak-kanak kecil yang sudah pandai sorok kesalahan dari mak ayahnya tau.
Corak tidur anak juga mungkin akan kelihatan sedikit pelik seperti sukar tidur, sering terjaga atau mengingau.
Namun katanya ini semua perkara normal sementara menjalankan kaedah cold turkey tersebut kerana otak anak sedang mencari stimulasi atau dopamin dari penggunaan gajet.
Jangan Beri Gajet Hanya Kerana Tantrum, Boleh Jadi Lagi Sukar Untuk Hentikan Penggunaanya
Walaupun si kecil tantrum, ibu ayah diingatkan agar jangan beri mereka gajet sama sekali.
“Ramai ibu ayah kalah kat sini. Hari kedua anak mengamuk, terus bagi balik gajet sebab kesian,” katanya.
Namun dia mengingatkan ibu ayah bahawa perkara ini akan membuatkan anak ‘belajar’ bahawa mereka boleh mendapatkan semula gajet hanya dengan tantrum, dan boleh menjadikan kaedah ini lebih sukar untuk berjaya.

Anak Akan Mula Ubah Tingkah Laku Selepas Beberapa Hari Tak Guna Gajet
Sebaliknya, ibu ayah perlu konsisten sebelum mula melihat perubahan dalam diri anak selepas beberapa hari.
Katanya, antara perubahan yang berlaku setelah anak tidak diberikan gajet termasuk:
- Mula bermain semula dengan mainan yang lama ditinggalkan.
- Lebih banyak berinteraksi dengan keluarga dan orang sekeliling.
- Lebih banyak meneroka dunia sebenar.
- Akan menjadi lebih berimaginasi.
- Corak tidur yang lebih berkualiti.
- Kurang merasa stimulasi yang berlebihan.
Namun dalam masa sama, janganlah dibiarkan sahaja si kecil setelah anda merampas gajet daripada mereka.
Selama ini sudah terlalu bergantung kepada gajet, tiba-tiba anda biarkan mereka tanpa sebarang hiburan. Sudah tentu si kecil akan berasa bosan!
Sebaliknya, gantikan dengan perkara lain seperti:
- Mainan blok atau Lego
- Peralatan mewarna
- Permainan sensori
- Aktiviti di luar rumah
- Pretend play
- Buku cerita
Boleh juga ajak anak untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah seperti meletakkan baju ke dalam mesin basuh, menyiram pokok bunga dan mengemas bilik.
Dalam masa sama, dia mengingatkan bahawa antara cabaran utama cold turkey bukanlah sikap anak semata-mata, tetapi juga tingkah laku ibu ayah.
Ibu ayah perlu lebih berinteraksi dengan anak-anak yang tidak lagi bergantung kepada gajet bagi hiburan.
Malah jika ibu ayah pun menggunakan gajet 24/7 di hadapan anak, sudah tentulah perkara itu akan menjadi ikutan.
View on Threads
Ibu Ayah Perlu Hadkan Penggunaan Gajet Buat Anak-Anak
Menurut artikel dalam Today’s Parent, seorang ibu berkongsi dia telah menghentikan anak-anaknya daripada menggunakan gajet secara cold turkey selama dua minggu.
Selepas perkara itu berjaya, dia kemudiannya meletakkan had penggunaan gajet untuk anak-anak yang mungkin boleh menjadi contoh buat ibu ayah di luar sana.
Bagi keluarganya, dia hanya membenarkan anak-anak menggunakan gajet satu jam selepas balik dari sekolah pada hari Jumaat, serta pada pagi Sabtu dan Ahad sehingga 10am sahaja.
Katanya, anak-anak tidak meminta gajet pada waktu lain kerana sudah memahami dengan peraturan yang ditetapkan.
Sediakan Peralatan Untuk Anak Apabila Keluar Untuk Elak Penggunaan Gajet
Selain di rumah, ibu ayah juga perlu bersiap sedia untuk mengisi kebosanan anak ketika bawa mereka keluar.
Seperti yang dikongsikan sebelum ini, ibu ayah boleh membawa peralatan agar anak menggunakannya, lebih-lebih lagi ketika tempoh menunggu seperti di kedai makan.
Bukan hanya mainan, antara perkara lain yang boleh dibawa termasuk buku cerita, alat tulis atau mewarna dan permainan papan yang mudah.
Tapi kalau ibu ayah terlupa bawa sesuatu, carilah topik ringkas untuk bersembang dengan mereka. Sama ada bertanya tentang sekolah, imaginasi mereka atau keadaan sekeliling, anak-anak pasti teruja untuk berkongsi POV mereka!
Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kebaikan Nintendo Switch Untuk Anak, Atasi Masalah Si Kecil Leka Dengan Telefon Pintar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



