Emcee Kongsi Perkara Pengantin Perlu Prepare Untuk Tok Kadi Ketika Majlis Akad Nikah
Selain persiapan sebelum majlis pernikahan, terdapat beberapa perkara yang perlu pengantin tahu dan sediakan untuk jurunikah semasa proses ijab kabul nanti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menantikan hari pernikahan tiba memang satu momen yang mendebarkan. Yelah ada di antara kita yang membuat persiapan lebih setahun bagi merealisasikan hari bahagia itu secara teratur dan lancar.
Oleh disebabkan itu, pelbagai perancangan dilakukan sebelum majlis berlangsung termasuklah pemilihan pakaian pengantin, hiasan dewan, jemputan tetamu, katering, jurugambar, menempah MUA (artis solekan) dan banyak lagi.
Dalam masa sibuk menguruskan hal tersebut, ada juga segelintir pasangan yang terlupa tentang perkara-perkara yang perlu disediakan buat Tok Kadi (jurunikah) semasa majlis akad nikah.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah
Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Tips Persiapan Sebelum & Semasa Majlis Nikah: Pengantin Lelaki Edition!
Ini Perkara Anda Perlu Sediakan Untuk Tok Kadi Ketika Ijab Kabul
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pengacara majlis dikenali sebagai Emcee Redha Abu Samah berkongsi perkara yang pengantin perlu sediakan semasa proses ijab kabul.
Buat mereka yang akan bernikah tidak lama lagi, jangan lupa buat checklist! Antaranya:
- Sediakan mas kahwin yang sebenar sebagai contoh wang tunai yang akan diserahkan dari pihak lelaki kepada pengantin perempuan. Tiada masalah sekiranya anda membuat hiasan mas kahwin menggunakan duit palsu, tetapi sebaiknya mas kahwin yang sebenar diasingkan di dalam sampul misalnya untuk ditunjukkan kepada Tok Kadi.
- Bawa sekali kad pengenalan sebenar suami dan isteri.
- Sediakan pen untuk memudahkan Tok Kadi menandatangani dokumen rasmi nikah. Kebiasaannya, jurunikah akan membawa pen sendiri, tetapi tidak salah untuk membuat persediaan tambahan (backup).
- Dokumen penting yang berkaitan sebagai contoh borang permohonan nikah, surat kebenaran untuk mereka yang berpoligami, sijil kursus kahwin, maklumat saksi dan banyak lagi.
Emcee Redha dalam hantarannya turut menasihati para pengantin agar meminta seorang individu sahaja untuk menjaga kesemua dokumen dan barangan dinyatakan itu bagi mengelakkan kehilangan atau tercicir.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’
Soalan-soalan Ketika Akad Yang Selalu Ditanya Oleh Tok Kadi
Buat kaum Adam, sudah tentu mereka akan gementar ketika proses akad nikah. Tambah-tambah lagi jika Tok Kadi bertanya macam-macam soalan sebelum melafazkan akad.
Untuk yang sedang membuat persiapan, di sini kami kongsikan beberapa soalan popular berkaitan agama yang mungkin akan ditanya jurunikah kepada pengantin lelaki. Antaranya:
- Rukun Iman
- Rukun Islam
- Doa Qunut
- Bacaan Al-Fatihah
- Dua kalimah syahadah
- Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Rukun nikah
- Rukun solat
- Bacaan surah pendek
- Tanggungjawab suami
- Tanggungjawab isteri
Yang penting, buat persiapan awal dan hafal apa yang penting serta wajib.

Tips Susun Masa Untuk Realisasikan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam
Dah buat semakan tentang soalan-soalan ditanya Tok Kadi, kita beralih kepada persiapan majlis akad nikah pula.
Tidak dinafikan mungkin ramai juga di antara kita yang kesuntukan masa dan perlu menyelesaikan majlis dalam tempoh masa tertentu.
Buat mereka yang bercadang untuk menganjurkan majlis akad nikah dalam tempoh lima jam, di sini kami kongsikan tips susun masa yang dicadangkan oleh jurugambar dikenali sebagai Azyan Syazwani:

- Dua jam pertama: Masa untuk pengantin bersiap dan makeup. Dalam tempoh ini juga, jurugambar akan datang ke lokasi perkahwinan dan mula mengambil gambar persiapan sebelum akad seperti persalinan baju, cincin, kad dan lain-lain.
- Dua jam seterusnya: Majlis akad nikah berlangsung melibatkan upacara menyarung cincin, mengambil gambar bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
- Satu jam terakhir: Sesi mengambil foto bersama jurugambar sama ada secara indoor atau outdoor.
Baca Artikel Berkaitan: Jurugambar Ini Kongsi Tips Susun Masa Untuk Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam Je
Baca Artikel Berkaitan: Ini Prosedur Ujian HIV Di Klinik Kerajaan Untuk Nikah. Tak Sampai 1 Jam Boleh Siap!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Checklist Serta Prosedur Nikah PKP Buat Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



