Now Reading
Ini Tips Penting Untuk Jaga MyKad, Boleh Elak Daripada Rosak

Ini Tips Penting Untuk Jaga MyKad, Boleh Elak Daripada Rosak

Untuk info, setiap individu perlu segera memohon kad pengenalan gantian sekiranya ia rosak atau musnah, ini termasuklah cip MyKad yang tidak dapat dibaca.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, kad pengenalan (IC) merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan untuk mengesahkan identiti seorang individu.

Kad ini digunakan untuk pelbagai jenis kepentingan dan urusan dalam kehidupan seharian sebagai contoh membuka akaun bank, mendaftar universiti, mendapatkan rawatan di hospital, membuat pembelian sesuatu barangan dan banyak lagi.

Oleh disebabkan itu, setiap individu perlu menjaga IC dengan baik bagi mengelakkan kes salah guna, kehilangan atau kerosakan.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon IC gantian.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] BUDI95: Tanpa App & Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dihukum Penjara, Rupanya Guna MyKad Palsu Untuk Jadi Guru Sejak 29 Tahun Lalu

Baca Artikel Berkaitan: 3 Ulat Foto Di KLCC Dikesan Guna MyKad Palsu, Tiada Rekod Dalam JPN

Bayaran Untuk Gantian Kad Pengenalan Rosak

Untuk info, individu perlu melakukan pembayaran bagi setiap permohonan gantian kad pengenalan rosak.

  • Warganegara: RM10
  • Bukan warganegara: RM40

Bagaimanapun, permohonan gantian kad pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah percuma.

Sumber: Malay Mail

Bagi mengelakkan anda tergolong di kalangan individu yang perlu melakukan permohonan gantian tersebut, di sini kami sertakan tips bagi menjaga MyKad daripada rosak seperti yang disarankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Antaranya:

#1. Elakkan MyKad Daripada Air

Yang pertama jauhkan kad pengenalan daripada air. Hal ini kerana cip elektronik yang berada dalam IC berpotensi gagal berfungsi dan menyukarkan proses pengesahan identiti.

Foto: Janaan AI

#2. Jangan Letak MyKad Pada Suhu Tinggi

Elak meletak atau menyimpan kad pengenalan di kawasan bersuhu tinggi seperti api dan sebagainya. Kad yang terdedah kepada suhu panas boleh menyebabkannya melengkung atau cair.

Malah lapisan kad juga boleh tertanggal.

Sumber: Edisi 9

#3. Jauhkan IC Daripada Sebarang Asid

Permukaan kad pengenalan boleh terhakis akibat bahan kimia seperti asid. Bukan sahaja boleh merosakkan cip, malah tulisan yang tertera dan juga gambar potret individu juga boleh luntur.

Sumber: Pexels

#4. Elakkan Sebarang Risiko Kad Bengkok

Sebaiknya, simpan IC di tempat yang selamat sebagai contoh dalam beg dompet atau beg tangan bagi wanita. Jika dibiarkan dan letak di merata tempat, ia berisiko bengkok dan rosak.

Lebih-lebih buat mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kanak-kanak di fasa itu mungkin masih belum dapat membezakan perkara yang boleh dimain dan sebaliknya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

#5. Elakkan Barangan Tajam Daripada Tersentuh Cip MyKad

Sekiranya permukaan kad rosak, maklumat individu boleh menjadi kabur atau sukar dibaca. Jadi ia sekaligus merumitkan urusan anda di mana-mana kaunter perkhidmatan.

Atau contoh lebih mudah, penulis sendiri berdepan dengan masalah kad pengenalan yang kadangkala susah disahkan semasa mengisi petrol BUDI95 di stesen minyak. Mungkin disebabkan permukaan cip yang mempunyai kesan calar.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail

#6. Elakkan Buat Aktiviti Yang Boleh Jejaskan Keselamatan MyKad

Memang penting untuk kita bawa MyKad ke mana-mana sahaja kita pergi sekiranya keluar dari rumah. Namun jangan pula dibawa sekali semasa anda melakukan aktiviti lasak sebagai contoh menyertai sukan air atau di padang semasa bermain ragbi misalnya.

Caranya mudah sahaja, letakkan kad pengenalan ke dalam beg dan simpankannya di peti simpanan di tempat tersebut. Atau meminta ahli keluarga yang datang bersama untuk menjaga kad terbabit buat sementara waktu.

NOTA: Jangan sesekali menggores, ketuk, atau gunting kad pengenalan.

Sumber: MyGovernment

Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Buat Gantian MyKad

Mungkin ada di antara anda yang membaca artikel ini sedang berdepan dengan masalah kad pengenalan rosak.

Buat mereka yang akan ke kaunter JPN bagi menyelesaikan isu tersebut, berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan bagi melakukan permohonan gantian IC rosak:

  • Dokumen Pemohon (asal)

Bawa sekali kad pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter atau semasa pengambilan kad pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.

  • Dokumen Sokongan (asal atau salinan yang disahkan)

Bagi pertukaran alamat, anda perlu mengemukakan bil elektrik, bil air, bil pembentungan, bil utiliti, cukai pintu, cukai taksiran, borang taksiran cukai pendapatan, perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah, dokumen sokongan dari Penghulu, Ketua Kampung, Tuai Rumah, ADUN, Ahli Parlimen, majikan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau seumpamanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd