[Video] Dah Apply UPU? Ini Tips Untuk Calon Yang Terima Keputusan SPM Hari Ini
Mungkin ada segelintir calon SPM 2025 yang masih keliru dan tidak tahu apa langkah seterusnya selepas menerima keputusan peperiksaan itu pada hari ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (31 Mac), momen yang paling ditunggu-tunggu oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 telah pun tiba apabila keputusan bagi peperiksaan tersebut akhirnya diumumkan.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, berbanding 13,827 calon pada 2024.
Keputusan ini dalam masa sama mencatatkan pencapaian lebih baik bagi Gred Purata Kebangsaan (GPK) iaitu 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Belajar Di UK? Lelaki Ini Kongsi Tips Bagi Yang Berminat Atau Sedang Buat Persiapan Untuk Intake Januari 2024
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD
Selepas Terima Keputusan SPM Perlu Buat Apa?
Menerusi semakan kami, ramai pelajar dilihat berkongsi momen menerima slip keputusan SPM di platform media sosial. Segelintir mungkin tidak mendapat keputusan yang diharapkan. Namun ramai juga berasa lega dan syukur apabila usaha mereka menunjukkan hasil. Alhamdulillah.
Jadi selepas dah dapat keputusan SPM, apa langkah seterusnya?
Mungkin ramai di antara calon yang berdepan masalah tersebut apabila mereka keliru dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas menerima keputusan masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing
Checklist Untuk Pelajar Lepasan SPM Yang Ingin Sambung Pelajaran
Namun jangan risau, baru-baru ini, seorang guru kaunseling dan juga pempengaruh pendidikan UPU dikenali sebagai Cikgu Haziq Azree ada berkongsi beberapa perkara yang perlu calon SPM ambil tahu selepas menerima keputusan bagi menentukan hala tuju masa depan selepas ini.
Buat anda yang berniat untuk menyambung pelajaran, jangan lupa take note semua panduan dikongsikan. Antaranya:
#1. Kira Markah Merit Mengikut Keputusan SPM
Menurut Cikgu Haziq, pihak UPUOnline akan mengambil masa tiga hari untuk menyemak markah merit setiap calon yang membuat permohonan. Jadi dalam tempoh itu, calon harus mengira markah merit berdasarkan keputusan SPM yang sebenar.
Meskipun calon diberi 12 pilihan jurusan bagi mengisi permohonan UPUOnline, namun perlu diingatkan bahawa kesemua bidang yang dipilih itu mestilah melepasi markah merit mininum yang ditetapkan.
Kalau markah merit tidak mencukupi, maka anda dinasihatkan untuk mengemaskini permohonan tersebut.
Anda boleh melakukan pengiraan markah merit [DI SINI].
Untuk info, tempoh permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2026/2027 untuk Fasa Permohonan Lepasan SPM melalui UPUOnline dilanjutkan hingga 12 April ini, berbanding tarikh tutup sebelum ini pada 23 Mac.
Oleh disebabkan itu, calon pelajar masih mempunyai peluang untuk mengemaskini permohonan yang sudah diisi.
Baca Artikel Berkaitan: Permohonan UPU 2026 Dibuka Mulai 29 Januari, Ini Panduan & Langkah-langkah Untuk Apply
#2. Semak Semula Syarat Kelayakan Bagi Setiap Jurusan Di Universiti
Sekiranya tidak memenuhi syarat kelayakan bagi jurusan dipilih di sesebuah institusi pengajian, anda disarankan supaya tidak memasukkannya dalam 12 pilihan UPU kerana berkemungkinan besar tidak akan mendapat tawaran.
Jelas Cikgu Haziq, UPU lebih menititkberatkan dan menilai syarat kelayakan berbanding markah merit calon.
“Katakan markah merit kamu 70 tapi kamu nak cuba (mohon jurusan) yang (memerlukan markah merit) 75 masih lagi boleh. 80 nak cuba 85 masih lagi boleh kerana pihak UPU beri julat 5.
“Tapi untuk syarat khas tak lepas, memang tak boleh. Contoh kalau Universiti Teknologi MARA (UiTM) TESL dia nak A, tapi kamu tak dapat A, memang tak dapat (tawaran).”

#3. Susun 12 Pilihan UPU Secara Bijak
Seterusnya adalah menyusun 12 pilihan jurusan dan institusi pengajian mengikut minat masing-masing. Sekiranya anda mahu melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang perubatan, maka letakkannya di pilihan teratas.
Calon juga dinasihati untuk mengisi kesemua 12 pilihan tersebut dan jangan membiarkan ada ruangan yang kosong.
Jika mempunyai pilihan variasi seperti jurusan dari Sijil, Asasi, Diploma atau Kolej Komuniti, teliti institusi pengajian mana yang menjadi pilihan utama. Sekiranya markah merit melayakkan anda memohon Asasi, maka letakkannya di pilihan atas.

TIPS EXTRA: Jika calon masih buntu untuk membuat pilihan, anda boleh mendapatkan bantuan profesional bagi membimbing hala tuju kerjaya sebagai contoh dari guru kaunseling di sekolah.
@cikguhaziqazree Keputusan SPM diumumkan hari ini! Apa nak buat? #upuonline #spm #batch08 #edufluencerupuonline #fyp ♬ original sound – Cikgu Haziq Azree
Tonton video penuh [DI SINI].
Berikut kami kongsikan juga 13 pilihan laluan pendidikan dan kerjaya yang boleh dipertimbangkan oleh lepasan SPM:
- Matrikulasi
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Asasi
- Diploma
- A-Level
- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
- Terus bekerja
- Keusahawanan
- Menyertai badan beruniform
- SPA9 (bekerja di bawah agensi kerajaan)
- Insititut Pendidikan Guru (IPG)
- Ketenteraan & Akademi Laut Malaysia (ALAM)
- Kursus penerbangan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



