Now Reading
Tak Tahu Apa Makanan Yang Boleh Simpan Untuk Tempoh Lama? Ini Senarainya

Tak Tahu Apa Makanan Yang Boleh Simpan Untuk Tempoh Lama? Ini Senarainya

Makanan kecemasan adalah sangat penting khususnya apabila berada di situasi yang genting, makanan seperti disenaraikan ini secara tak langsung membantu anda untuk bersiap-sedia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kita sememangnya tidak dapat menjangkakan bila akan berdepandengan situasi genting seperti berlakunya banjir, bencana alam, ekonomi dan sebagainya yang menyebabkan seseorang perlu membuat persediaan keselamatan serta makanan.

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah barangan keselamatan yang diperlukan serta jenis makanan yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

Bukan hanya itu, anda juga perlu tahu cara penyimpanan yang betul, agar makanan yang disimpan tidak mudah rosak dan masih boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Yelah sebagai manusia, kita memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan kehidupan. Nak pula di saat berdepan kecemasan kita tidak lagi memikirkan makanan sedap sebaliknya makanan yang boleh memberikan tenaga.

Tanpa berlengah jom kami kongsikan 10 jenis makanan yang boleh disimpan untuk tempoh lama sekiranya disimpan dengan betul.

#1 Beras putih

Foto: Pexels

Kebanyakan rakyat di Asia khususnya Malaysia sememangnya menjadikan beras atau nasi sebagai makanan utama.

Beras merupakan salah satu jenis makanan yang boleh disimpan untuk tempoh lama, bahkan boleh mencecah sehingga 30 tahun serta masih mengekalkan kandungan nutrisi.

Namun ia perlulah disimpan dengan cara yang betul iaitu dalam bekas kedap udara di bawah suhu 40 darjah Celsius.

Bukan hanya itu alternatif lain yang boleh digunakan adalah anda simpan beras dalam plastik vakum.

Namun bagi beras perang (brown rice) pula, tempoh penyimpanan hanyalah enam bulan sahaja. Ini kerana, beras perang mempunyai minyak asli yang berada dalam lapisan ‘bran’.

#2 Makanan dalam tin

Foto: Pexels

Umum mengetahui di pasaraya kini sudah banyak menjual makanan di dalam tin seperti sardin, tuna dan sebagainya. Malah anda juga boleh mendapatkan beberapa jenis lauk atau makanan ‘ready to eat’ (RTE) dalam tin.

Makanan di dalam tin merupakan antara makanan yang sesuai untuk disimpan ketika kecemasan.

Ini kerana selain boleh disimpan untuk tempoh lama cara untuk menyimpannya juga tidak sukar.

Bahkan ia juga sudah diseal (dikedapkan) dengan baik agar tidak memudahkan makanan tercemar. Namun meskipun penjagaannya mudah, anda perlulah simpan ditempat yang selamat, kering agar tin tak mudah rosak.

#3 Buah-buahan kering

Foto: Pexels

Buah-buahan yang segar tidak mempunyai tempoh yang panjang dan mudah membusuk. Ini secara tidak langsung menjadikan ia makanan yang tidak sesuai untuk disimpan untuk kecemasan.

Namun untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan makanan sihat, alternatif untuk menyimpan buah-buahan kering adalah pilihan yang baik.

Buah-buahan yang kering merupakan snek yang sihat kerana kaya dengan vitamin, mineral serta serat dan sesuai untuk tempoh simpanan lama, lapor Sinar Harian.

Antara jenis buah-buahan kering yang boleh disimpan seperti:

  • Buah Tin
  • Buah Kurma
  • Kismis
  • Aprikot
  • Prun dan banyak lagi

Menurut Pakar Antioksidan, Dr Suri Roowi meskipun vitamin C dalam buah kering rendah namun ia mempunya bahan berkhasiat yang lain seperti polifenol yang jauh lebih tinggi, lapor Harian Metro.

Manfaat polifenol seperti:

  • Bertindak balas sebagai antibarah
  • Antidiabetes
  • Antidarah tinggi
  • Boleh elakkan masalah jantung

Untuk penyimpanannya pula, anda boleh menyimpan dalam bekas kedap udara atau plastik vakum.

#4 Kekacang

Sama seperti buah kering, kacang juga merupakan bahan makanan yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama serta mempunyai khasiat yang banyak seperti protein, vitamin E dan B6 dan sebagainya.

Sebaiknya kekacang ini juga disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik vakum bagi mengekalkan kesegarannya.

#5 Pasta dan tepung

Foto: Pexels

Selain beras, pasta dan tepung juga merupakan salah satu makanan berasaskan karbohidrat yang boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

Namun bagi mengekalkan kesegarannya agar tidak mudah rosak seperti berkutu, ia perlu disimpan dengan cara yang betul.

Menurut Mingguan Wanita, pasta kering boleh disimpan untuk tempoh sehingga 10 ke 15 tahun.

Memetik Myresipi, antara cara untuk menyimpan tepung gandum agar dapat bertahan lebih lama adalah:

  • Tepung yang dibeli dimasukkan dalam freezer atau peti sejuk beku selama dua minggu. Tepung tidak akan membeku, namun cara ini akan membunuh segala kutu mahupun telur ulat tepung yang mungkin berada dalam bahan berkenaan.
  • Keluarkan tepung dah biarkan pada suhu bilik sehingga hilang keadaan sejuk dan wap
  • Lap kering bungkusan tepung dan simpan di dalam beg zip.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan bekas makanan kedap udara atau plastik vakum.

#6 Minuman 3 in 1

foto: Pexels

Minuman 3 in 1 merupakan salah satu bentuk makanan atau minuman yang mudah untuk disimpan.

Bukan sahaja boleh bertahan lama, tetapi minuman seperti ini sudah lengkap dengan gula dan apa yang diperlukan hanyalah air untuk membuat bancuhan.

Ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam memberikan tenaga di waktu kecemasan.

#7 Garam, gula dan rempah ratus

Selain berfungsi sebagai perasa, garam, gula dan rempah ratus juga merupakan antara jenis makanan yang perlu berada dalam senarai makanan kecemasan anda.

Bahan perisa ini mempunyai fungsi tersendiri sebagai contoh garam boleh berfungsi untuk mengawet makanan manakala rempah ratus pula baik dalam memanaskan badan seseorang.

Namun ia perlu disimpan di kawasan yang kering dan gelap serta elakkan daripada tempat yang lembap.

#8 Susu tepung

Foto: Freepik

Susu segar merupakan salah satu bahan minuman yang tidak boleh disimpan untuk tempoh jangka masa yang lama.

Oleh itu, susu tepung merupakan alternatif pilihan yang tepat. Meskipun mempunyai rasa yang kurang enak berbanding susu segar atau susu yang berada dalam kotak.

Selain itu, susu segar juga mudah rosak jika ia tak disimpan dengan cara yang baik.

Maka susu tepung boleh digunakan sebagai pengganti asalkan disimpan dengan cara yang baik.

#9 Makanan segera

Foto: Pexels

Ya makanan segera sememangnya kurang baik atau tidak berkhasiat. Namun di waktu kecemasan makanan segera sedikit sebanyak dapat membantu seseorang untuk menghilangkan rasa lapar dan mendapatkan tenaga.

Maka makanan segera juga boleh dijadikan sebagai makanan kecemasan di waktu yang memerlukan.

#10 Madu

Foto: Pexels

Madu merupakan makanan yang mempunyai khasiat yang bagus untuk badan. Selain boleh memberikan tenaga, madu juga merupakan jenis makanan yang boleh bertahan untuk tempoh yang lama.

Bahkan madu juga boleh disimpan dalam suhu bilik tanpa memerlukan peti sejuk. Namun ia perlu disimpan di tempat yang kering sama ada menggunakan bekas kaca atau plastik.

Pastikan juga ia tidak terdedah pada cahaya matahari kerana ia boleh menjejaskan kualiti madu berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 5 Kelengkapan Wajib Ada Sebagai Persediaan Tiada Bekalan Elektrik Di Rumah

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Semua Patut Ada! Kenali ‘Bug Out Bag’, Beg Dilengkapi Barang Kecemasan Sebagai Persediaan Sebelum Bencana


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd