Beetroot Ada Banyak Khasiat Tapi Rasa Macam Tanah? Wanita Ini Kongsi Tips Atasinya
Rasa tanah pada ubi bit merah (beetroot) ini adalah disebabkan oleh kompaun organik geosmin yang dihasilkan oleh sejenis actinobacteria digelar sebagai Streptomyces.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mungkin tidak menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia, namun ubi bit merah mempunyai banyak kandungan nutrisi yang penting untuk kesihatan.
Lebih dikenali sebagai beetroot, ubi ini mempunyai warna merah dan ungu gelap yang dihasilkan oleh pigmen betalain, khususnya red-violet betacyanins.
Walaupun tinggi khasiat, namun beetroot juga mempunyai rasa tanah, membuatkan ubi itu kurang digemari oleh ramai orang.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental
Baca Artikel Berkaitan: “Daun Ketumbar Anti-Anxiety”- Pakar Dedah Boleh Bantu Untuk Tenangkan Sel Otak
Wanita Kongsi Kebaikan Beetroot Untuk Kanak-Kanak
Menerusi hantaran di Threads (@yuehaayunus), seorang wanita telah berkongsi kebaikan beetroot untuk perkembangan kanak-kanak.
Katanya, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna gelap seperti beetroot adalah lebih tinggi kandungan antioksidan dan anti radang.
Ia juga mengandungi tinggi zat besi yang dapat mengelakkan anak daripada cepat menjadi letih, serta kaya serat menjadikannya mudah dicerna.
Tambahnya lagi, ubi bit juga bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak kerana merupakan sejenis ‘brain food’.
Selain itu, dia berkata ubi yang berwarna ungu kegelapan ini juga mempunyai banyak khasiat yang penting bagi kesihatan jantung.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Baru Belajar Makan? Dietitian Ingatkan Jangan Mulakan Dengan Bubur Kosong Sahaja!
Ini Kebaikan Beetroot Untuk Kesihatan Tubuh Badan
Menurut WebMD, pigmen betalain yang menghasilkan warna beetroot merupakan antioksidan yang dapat mengurangkan kerengsaan serta melindungi daripada kanser dan penyakit lain.
Dalam masa sama, ubi bit juga mempunyai pelbagai kebaikan lain buat kesihatan.
#1. Meningkatkan Stamina
Makan ubi bit atau minum jusnya dapat membantu jantung dan paru-paru berfungsi dengan lebih baik ketika bersenam. Sesuatu yang turut diamalkan oleh sesetengah atlet.
Ini kerana kandungan nitrik oksida dalam beetroot meningkatkan aliran darah kepada otot termasuk organ.
#2. Mengelakkan Penyakit Jantung & Strok
Ubi bit juga kaya dengan vitamin B9 atau folat yang membantu sel berkembang dan berfungsi.
Folat penting dalam mengawal kerosakan pada pembuluh darah, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi penyakit jantung dan strok.
#3. Menurunkan Tekanan Darah
Bagi mereka dengan tekanan darah tinggi, mengambil ubi bit dapat membantu mengurangkan masalah ini.
Kandungan nitrik oksida yang meningkatkan aliran darah juga dapat mengendur dan meluaskan pembuluh darah, sekali gus menurunkan tekanan darah.
#4. Meningkatkan Sistem Imun
Selain itu, kandungan serat tinggi dalam ubi bit dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut.
Keadaan ini seterusnya akan membantu sistem pencernaan untuk melawat penyakit dan meningkatkan sistem imun.
Malah serat juga dapat meningkatkan pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit.
#5. Baik Untuk Kesihatan Kulit
Kajian mendapati bahawa minum jus ubi bit juga dapat mengurangkan masalah kerengsaan dan meningkatkan aliran darah.
Kedua-dua ini penting bagi kulit yang sihat serta dapat mengurangkan masalah kosmetik seperti jerawat.

Wanita Kongsi Tips Kurangkan Rasa Tanah Pada Beetroot
Sewaktu anda makan ubi bit buat pertama kali, mesti terkejut dengan rasanya kan? Mana tidaknya, ia mempunyai rasa payau yang seakan-akan tanah.
Ini kerana ubi itu mengandungi kompaun organik geosmin yang dihasilkan oleh sejenis actinobacteria digelar sebagai Streptomyces.
Namun rasanya mungkin berbeza bagi setiap orang dan juga berlainan mengikut jenis ubi bit.
Wanita itu berkata rasa yang digelar sebagai ‘earthy’ ini sebenarnya boleh dikurangkan menerusi cara masakan yang betul. Antaranya:
- Mengukus berbanding merebus ubi kerana akan menguatkan lagi rasa tanah.
- Memasak ubi bit dengan pemanis semula jadi seperti lobak merah, labu dan epal.
- Memanggang ubi bit di dalam ketuhar.
- Memerahkan sedikit lemon pada ubi bit untuk tingkatkan rasa ‘fresh’.
- Mencampur ubi bit dengan susu agar lebih berkrim dan menutupi rasa tanah.
Resepi Guna Beetroot Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak & Dewasa
Di samping itu, dia turut berkongsi beberapa menu beetroot yang mudah dan boleh dicuba oleh orang ramai.
Bubur ayam
Reneh beras, ayam, suku beetroot dan lobak merah/labu/ubi keledek sehingga lembut.
Sup beetroot
Reneh ayam bersama beetroot, lobak merah dan saderi. Boleh dimakan bersama nasi atau mi.
Nasi beetroot
Potong beetroot dalam bentuk dadu kecil dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak nasi seperti biasa.

Pancake beetroot
Hancurkan beetroot menjadi puree atau serbuk. Campurkan bersama sebiji telur, 2-3 sudu tepung gandum/oat dan 2-3 sudu susu. Masak seperti biasa.
Sekadar info, memakan ubi bit dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan najis bertukar menjadi warna kemerahan. Jadi jangan terkejut pula!
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Amalkan 4 Makanan Ini Setiap Hari, Dapat Bantu Kurangkan Risiko Kanser Kolon
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Dedah Cara Paling Tepat Untuk Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.