[Video] Nasi Cepat Lembik & Berbau? Ini Petua Terbaik Anda Boleh Praktik
Seorang wanita sebelum ini meluahkan rasa hampa selepas melihat nasi yang dimasaknya pada setiap hari kerap rosak dan basi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat anda yang sentiasa berada di dapur, khususnya suri rumah sudah tentu pelbagai cabaran dilalui setiap kali mahu memasak sesuatu hidangan. Lebih-lebih lagi buat mereka yang pertama kali mahu belajar memasak.
Sebagai contoh rasa pijar cili yang melekat pada tangan, sayur-sayuran cepat layu kerana penyimpanan tidak betul, bahan masakan terhangit di dalam kuali dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, penyediaan menu utama seperti nasi putih juga berdepan dengan pelbagai masalah jika ia tidak ditanak dengan betul.
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Pijar Cili Menyengat Pada Tangan? Ini Antara Petua Untuk Hilangkannya
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Simpan Sayur Yang Berbeza Dalam Peti Sejuk. Senang Je!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jangan Buang Sayur Yang Telah Layu, Ikut Tips Ini Agar Ia Segar Semula
Wanita Kecewa Lihat Nasi Putih Basi Pada Setiap Hari
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita berkongsi keadaan nasi putih yang dimasaknya di dalam periuk.
Jelasnya, dia sudah melakukan pelbagai cara malah menukar pelbagai jenis jenama nasi bagi mengelakkan nasi cepat rosak dan lembik. Namun perkara tersebut masih berlaku.
“Korang macam mana nak buat eh kalau nasi cepat basi? Aku masak pagi petang dah basi aku dah tukar periuk, tukar beras basmati tiga jenis dah, aku dah panaskan periuk ni atas api, rendam air garam apa semua.
“Air aku letak satu pot:1.5 bekas air. Mana silapnya sayang hari-hari buang nasi sebab anak jenis kuat makan. Sebelum ni okay je sampai dua hari nasi ni🥲. Korang pakai beras apa tolong kasi cadangan,” kata wanita terbabit.
Menerusi video perkongsian, kelihatan nasi putih yang dimasak dalam keadaan lembik, berair dan hancur.
View on Threads
Tanda-tanda Nasi Sudah Rosak & Tips Mencegahnya
Menerusi carian kami, terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan bagi mengelakkan nasi putih dimasak tidak cepat rosak.
Memetik Hello Doktor, terdapat beberapa punca mengapa nasi cepat basi antaranya disebabkan suhu ruang, periuk nasi yang kurang bersih atau kualiti beras yang digunakan.
Tanda-tanda nasi anda rosak adalah seperti berikut:
- Tekstur nasi lendir dan lembik. Jika ia dipegang, nasi tersebut mudah hancur.
- Nasi berbau masam atau busuk.
- Nasi terlampau kering dan keras. Kebiasaannya, ia berlaku selepas nasi disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk.
- Nasi bertukar warna kekuningan.

Antara tips yang anda boleh cuba adalah:
#1. Basuh Periuk Dengan Bersih
Kadangkala, periuk yang digunakan merupakan punca utama mengapa nasi ditanak cepat rosak. Segelintir individu tidak perasan terdapat kerak nasi yang masih melekat semasa proses mencuci periuk di dalam singki.
Ia kemudiannya menyebabkan bakteria mula merebak sehingga merosakkan nasi. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah mencuci periuk menggunakan asam keping.

Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Basuh periuk seperti biasa menggunakan sabun pencuci pinggan dan membilasnya.
- Kemudian, masukkan tiga genggam garam kasar berserta beberapa keping asam gelugur (asam keping). Jangan lupa tambahkan air di dalam periuk berkenaan agar ia terendam.
- Sental periuk menggunakan bahan-bahan tersebut menggunakan tangan.
- Cuci periuk dengan bersih kemudian isi air di dalam periuk yang sama dan didihkannya selama 15 minit.

#2. Basuh Beras Berkali-kali Sebelum Tanak Nasi
Seterusnya adalah dengan membasuh beras sekurang-kurangnya tiga kali atau lebih atau sehingga warna sudah lagi tidak keruh. Langkah itu dapat membantu nasi yang ditanak tahan lebih lama.
Perbuatan ini dalam masa sama membuatkan nasi dimasak lebih sihat kerana dapat menyingkiran kanji lebihan. Setelah beras dicuci dengan bersih, masak nasi menggunakan air bertapis.

#3. Keluarkan Wap Selepas Nasi Masak
Tips lain yang anda boleh cuba adalah mengangkat penutup periuk nasi elektrik selepas nasi selesai dimasak.
Hal ini kerana wap yang terkumpul dalam periuk akan air menitis ke atas nasi sekaligus menyebabkannya lembik serta basi.
Malah ia juga boleh berbau dan berlendir sekiranya wap terperangkap terlampau lama. Sebaiknya lap periuk menggunakan kain atau tisu sebelum bertindak menutupnya semula.

#4. Panaskan Periuk Atas Api
Pasti ada di antara anda yang terlupa membasuh periuk nasi di rumah sehingga menyebabkan perkakas itu meninggalkan bau busuk serta bakteria.
Walaupun sudah dibasuh banyak kali, namun tidak mustahil bakteria masih membiak dalam periuk berkenaan. Cara mudah bagi membasmi kuman itu adalah dengan meletakkan periuk secara terbalik di atas dapur lalu membuka api selama beberapa minit.
Haba yang tinggi itu mampu menyingkirkan bakteria degil yang menjadi punca nasi anda cepat rosak.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Petua Nak Bagi Nasi Putih Dimasak Elok & Tak Mentah, Barulah Berselera!
Baca Artikel Berkaitan: Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Nasi Dengan Betul, Boleh Elak Gemuk!
Baca Artikel Berkaitan: “Letak Garam & Butter” – Minah Saleh Masak Nasi Seperti Pasta, Dakwa Ini Cara Yang Sebenar [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.