“Jangan Jaga Beg Orang” – Lelaki Kongsi Tips Keselamatan Ketika Berada Di Airport
Bukan sahaja buat golongan beginner, malah orang yang selalu melancong juga kerap membuat kesilapan sama ketika berada di lapangan terbang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila mahu melancong ke mana-mana tidak kira dalam atau luar negara, sudah tentu anda mengharapkan setiap perkara berjalan lancar seperti mana ditetapkan.
Bagaimanapun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Buat sesetengah individu, mereka berdepan dengan cabaran sebaik tiba di lapangan terbang. Belum sampai ke destinasi pun lagi.
Sebagai contoh barangan peribadi tercicir, kehilangan dokumen penting dan banyak lagi. Memang boleh buat anda hilang mood.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Anak Muda ‘Sangkut’ Imigresen Di London, Ini Tips Anda Perlu Tahu
9 Tips Keselamatan Ketika Berada Di Lapangan Terbang
Baru-baru ini, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Am telah berkongsi beberapa petua keselamatan semasa berada di lapangan terbang. Jelasnya, masih ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang tentang perkara ini.
Antaranya:
#1. Jangan Check-in Barang Orang Lain
Seperti yang kita tahu, setiap penerbangan menetapkan jumlah berat kilogram tertentu bagi setiap bagasi penumpang. Namun antara situasi yang kita selalu lihat berlaku semasa daftar masuk (check-in) adalah bagasi sudah pun melebihi had ditetapkan.

Jika perkara sebegini berlaku, jangan sesekali tawarkan diri untuk menyimpan barang orang tidak dikenali di dalam bagasi anda. Hal ini kerana sebarang risiko akan ditanggung oleh pemilik bagasi dan bukannya pemilik sebenar barangan tersebut.
Kita tidak tahu apa niat sebenar orang lain, boleh jadi barangan itu berbahaya dan tidak sepatutnya disimpan dalam bagasi.

#2. Ambil Bagasi Yang Betul Selepas Mendarat Dari Penerbangan
Seterusnya adalah jangan sesekali tersalah ambil beg atau barang yang bukan milik anda di tali sawat bagasi (luggage belt), lapangan terbang.
Kesilapan tersebut boleh berlaku apabila dua individu atau lebih mempunyai bentuk rupa beg atau bagasi yang sama. Oleh disebabkan itu, jangan lupa letak tag nama.
“Kalau tersalah ambil, itu dikira mencuri dan boleh kena saman atau kena tahan oleh pihak berkuasa. Pastikan periksa tag dan nama betul-betul,” kata Am.

#3. Jangan Jaga Beg Orang Lain
Memang tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia ini terkenal dengan sikap baik hati. Bagaimanapun jangan mudah ‘terpancing’ dengan permintaan individu yang meminta anda untuk menjaga barangan atau beg sementara mereka pergi ke tandas.
Walaupun tidak semua orang berniat jahat, tetapi ada kes di mana penjenayah menyeludup dadah merentasi sempadan negara. Bagi melepaskan diri daripada tertangkap, mereka akan menghulurkan bahan terlarang itu kepada individu lain.
“Banyak kes ‘drug mule’ tanpa sedar. Orang suruh jaga beg, dalam tu ada barang terlarang. Akhirnya kau yang kena tahan, bukan dia,” nasihat Am.

#4. Rakam Keadaan Bagasi Sebelum Check-in
Sebelum proses check-in bagasi di kaunter atau secara layan diri di lapangan terbang, jangan lupa merakam setiap sudut beg anda itu. Rakaman tersebut boleh dijadikan bukti untuk proses tuntutan sekiranya beg hilang atau rosak.
Ambil gambar luar beg, tag dan juga setiap barangan yang dibawa.

#5. Simpan Dokumen Dalam Satu Beg Kecil
Sediakan satu beg kecil yang mudah diakses bagi menyimpan dokumen penting seperti pasport, tiket penerbangan, insurans, itinerary (jadual perjalanan) dan sedikit wang.
Elak meletakkan perkara-perkara penting ini di tempat yang berbeza. Bukan sahaja memudahkan tetapi menghindari barangan anda itu daripada hilang.

#6. Jangan Beri Orang Tidak Dikenali Akses Untuk Periksa Beg Anda
Seterusnya adalah dengan tidak membenarkan orang lain memeriksa barangan peribadi anda termasuk beg atau bagasi melainkan mereka pegawai rasmi lapangan terbang.
Jika ada orang lain yang mencurigakan, mereka tidak mempunyai hak untuk melakukan perkara sebegitu.

#7. Sediakan Wang Kecemasan
Untuk keselamatan anda, asingkan sejumlah wang tunai lebih kurang RM100-RM200 dan jangan campurkannya sekali dengan dompet biasa.
Sekiranya dompet tercicir, wang itulah yang menjadi penyelamat sementara bagi menanggung kos makan dan minum atau pengangkutan.
Selain itu, berhati-hati juga jika anda berehat dan tidur di lapangan terbang. Hal ini kerana, di situ juga ada golongan penyeluk saku. Jika sudah tidak dapat menahan mata, ikat beg pada tangan ataupun kaki.

Baca Artikel Berkaitan: Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi
Baca Artikel Berkaitan: Bagasi ‘Lesap’ Selama 3 Tahun Kini Ditemui Kembali. Ajaib!
#8. Simpan Salinan Dokumen Penting Dalam Bentuk Digital
Seperti yang kita tahu, pasport melambangkan identiti kita sebagai warganegara Malaysia ketika melancong ke luar negara. Jadi jangan sesekali hilangkannya.
Namun malang tidak berbau. Oleh itu, penting untuk anda menyediakan salinan dokumen penting dalam bentuk digital iaitu:
- Pasport
- Visa
- Tiket penerbangan
- Insurans
Sekiranya pasport hilang, inilah penyelamat.

Baca Artikel Berkaitan: Pasport Malaysia Kini Di Ranking Ke-3 Dunia, Akses Tanpa Visa Ke 174 Negara!
#9. Sediakan Set Baju & Barang Keperluan Dalam Hand Carry
Antara perkara yang biasa terjadi adalah penerbangan tertangguh akibat cuaca, isu teknikal dan sebagainya. Justeru, jangan lupa menyediakan set baju extra, ubat, pengecas peranti, alatan kebersihan diri di dalam bag tangan (hand carry).
Elak letak semuanya dalam bagasi check-in!

View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips Termasuk Do’s & Don’t Buat Yang Mahu Bercuti Ke Thailand
Baca Artikel Berkaitan: “Jujur Tu Budaya Dekat Sana” – Wanita Tak Sangka Jumpa Semula iPad Tercicir Di Jepun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



