Now Reading
Asyik Salah Faham & Bermasam Muka? Wanita Ini Kongsi Tips Komunikasi Efektif Antara Suami Isteri

Asyik Salah Faham & Bermasam Muka? Wanita Ini Kongsi Tips Komunikasi Efektif Antara Suami Isteri

Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala isu kecil juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh besar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hubungan perkahwinan adalah proses saling belajar, memahami dan menerima kelemahan setiap pasangan pada setiap hari. Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya menyelesaikan konflik apabila berdepan sesuatu pertelingkahan.

Malah Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain baru-baru ini turut mendedahkan bahawa antara punca utama suami isteri di Selangor bercerai adalah disebabkan masalah komunikasi.

Langkah terakhir yang mereka persetujui adalah dengan membawa haluan masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Puas Hati, Jangan Bagi Silent Treatment” – Ini Antara Senarai Nasihat Perkahwinan Buat Bakal Pengantin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Lepas Tahu Rupanya Ada Kursus Pasca Perkahwinan Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

Tips Efektif Berkomunikasi Dengan Pasangan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Farina berkongsi tentang inti pati sebuah buku dibacanya mengenai rumah tangga yang berjudul, “The Seven Principles for Making Marriage Work.”

Buku tersebut mengetengahkan tentang hubungan suami isteri dan peranan masing-masing bagi menyelamatkan perkahwinan terutamanya yang sedang goyah. Karya ditulis John M. Gottman dan Nan Silver itu ada menjelaskan bahawa setiap pasangan perlu bercerita tentang hari atau masalah dilalui.

Sumber: Freepik

Bagi mengelakkan salah faham dan kekecewaan, kedua-dua suami isteri perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara tips yang dikongsi dalam buku terbabit adalah:

  • Ambil giliran untuk berkomunikasi

Seperti yang dipelajari sejak kecil, komunikasi efektif memerlukan seseorang untuk bercakap manakala yang lain mendengar. Oleh disebabkan itu, suami isteri perlulah mengambil giliran untuk berkata-kata.

“Sekurang-kurangnya luangkan 15 minit untuk seorang bercakap dan cerita.”

Sumber: Freepik
  • Jangan beri nasihat yang tidak diperlukan

Seterusnya adalah tidak memandai-mandai memberi nasihat apabila tidak diperlukan. Hal ini kerana golongan lelaki dan wanita mempunyai cara yang berbeza dalam mengendalikan masalah.

“Perempuan selalu bercerita untuk didengari je, lelaki pula jenis suka bagi solusi. Kadang-kadang kita bercerita hanya nak luahkan je bukan nak penyelesaian. Jadi jangan cuba buat sesuatu cukup hanya ada di sisi.”

  • Berbincang tentang pemahaman masing-masing

Jangan lupa juga untuk menjelaskan kepada pasangan bahawa anda memahami tentang setiap perkara yang dibincangkan. Tindakan itu menunjukkan bahawa anda memahami (validate) perasaan insan tercinta.

Antara contoh ayat adalah, “Patutlah awak rasa macam tu” atau “Kalau saya pun saya rasa macam tu.”

Sumber: Freepik
  • Menyebelahi pasangan dalam sesuatu isu

Antara perkara yang ramai terlepas pandang adalah apabila anda tidak menyebelahi pasangan dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh, anda menyalahkan isteri ketika dia sedang bergaduh dengan kenalannya.

Walaupun sebenarnya memang si isteri yang tersilap, namun perlu ingat bahawa waktu isteri meluahkan bukanlah masa sesuai untuk memberi nasihat.

“Kalau pasangan datang nak luah perasaan, jangan cepat nak menilai atau bagi arahan. Kadang-kadang cukup dengan tunjuk empati. Cakap je, ‘Kesian you’.”

Sumber: Pexels
  • Tunjukkan sikap ‘kita lawan dunia bersama’

Kalau pasangan rasa susah hati dan tertekan sama ada sebab kerja atau hal peribadi, pastikan dia tahu yang kamu berdua sedang hadapi semuanya bersama-sama, bukan secara berseorangan.

Sumber: Pexels
  • Tunjuk kasih sayang

Jangan pada awal percintaan sahaja nak sweet-sweet, tetapi tindakan menunjukkan kasih sayang semasa menjalani alam perkahwinan juga adalah penting bagi menaikkan semangat pasangan sewaktu mereka sedang kesedihan.

Malah ia juga boleh mengelakkan pasangan untuk berfikiran secara melampau (overthinking) tentang tingkah laku anda.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Kesan Pada Sistem Otak Jika Selalu Kena ‘Gaslighting’ Dengan Orang Sekeliling?

“Kemahiran mendengar dan bercerita ni penting ya. Sebab kadang-kadang manusia ni boleh jadi perempuan atau lelaki lebih selesa dengan orang yang dia boleh bercerita hari-hari.

“Bila dia rasa tak didengari, rasa macam tak ada mood dah nak bercerita. Nanti dia cari orang lain untuk cerita pula. Masa ni lah bermulanya ‘tercurang’ tanpa sengaja,” kata Farina di akhir perkongsian.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Sunnah Rasulullah SAW Bersama Isteri Yang Suami Boleh Amalkan

Baca Artikel Berkaitan: Suami Pukul Isteri Dengan Tujuan Untuk Mendidik, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Jaga Aib Pasangan Setiap Kali Berdepan Isu Rumah Tangga

Dalam masa sama, jangan pula anda ceritakan hal rumah tangga anda di khalayak umum khususnya di platform media sosial. Segelintir individu dengan sengaja menguar-uarkan keburukan dan kekurangan pasangan sendiri dengan alasan ingin mendapatkan pendapat atau nasihat.

Perkara ini sebenarnya hanya mendedahkan aib dan membuka ruang kepada orang ramai untuk merendah-rendahkan pasangan.

Sumber: Pexels

Bincang masalah perkahwinan sesama sendiri, selain berdoa kepada Allah SWT untuk diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan. Kalau rasa perlukan pendapat pihak ketiga, cuba hadiri sesi kaunseling bersama pasangan anda.

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Sebar Konflik Rumah Tangga Sendiri Di Media Sosial? Ini Penjelasan Mufti WP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd