Now Reading
Muka Naik Jerawat Lepas Turun Flight? Ini Tips & Cara Mencegahnya

Muka Naik Jerawat Lepas Turun Flight? Ini Tips & Cara Mencegahnya

Untuk info, kelembapan di dalam pesawat yang rendah iaitu sekitar 10-20% mampu menyebabkan kulit muka dehidrasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas melancong dalam tempoh masa yang lama, sudah tentu badan akan berasa lesu lebih-lebih lagi jika percutian itu melibatkan banyak berjalan kaki.

Oleh disebabkan itu, waktu yang anda ada untuk berehat adalah semasa menaiki kapal terbang semasa pulang misalnya.

Namun lain pula masalah yang datang apabila segelintir individu berdepan dengan ‘airplane acne’, keadaan di mana jerawat mula muncul pada permukaan muka sejurus selepas mendarat. Tetapi kenapa muka naik jerawat selepas menaiki pesawat?

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Ada Jerawat Pada Kawasan ‘Danger Triangle’ Di Wajah? Jangan Picit!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anda Ada Masalah Jerawat Belakang Badan? Ini 4 Langkah Untuk Atasinya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya

Faktor Kenapa Muka Cepat Naik Jerawat Lepas Naik Kapal Terbang

Baru-baru ini, seorang doktor dermatologi, Dr Wina menerusi hantaran di laman TikTok (@doctorwina) ada menjelaskan kenapa muka akan breakout selepas menaiki pengangkutan udara itu.

Punca utama adalah kelembapan rendah di dalam pesawat sekitar 10-20% sahaja boleh membuatkan kulit muka dehidrasi.

Sumber: Pexels

Apabila kulit kehilangan kelembapan, kelenjar minyak akan bekerja lebih kuat untuk hasilkan sebum bagi melindungi kulit. Ia kemudiannya menyebabkan liang pori tersumbat dan membawa kepada pertumbuhan jerawat.

Jelas Dr Wina, apabila tubuh mengalami dehidrasi, risiko jerawat akan meningkat terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit cenderung berjerawat (acne-prone skin).

Kebanyakan syarikat penerbangan kini telah memasang penapis HEPA bagi mengekalkan udara bersih di dalam pesawat. Bagaimanapun, masih ramai yang menghadapi masalah kulit selepas menempuh penerbangan jarak jauh.

Tips Elak Muka Naik Jerawat Selepas Turun Pesawat

Namun buat anda yang bakal menaiki kapal terbang tidak lama lagi, usah risau. Terdapat tips bagi mengelakkan jerawat naik semasa menaiki kapal terbang, sebagai contoh memakai makser helaian (sheet mask) yang membantu menghalang kehilangan lembapan pada kulit wajah.

Jenis sheet mask yang terbaik adalah ‘super hydrating’ atau ‘hydrogel’.

Malah anda juga boleh menggunakan serum atau semburan muka (face mist) yang melembapkan (hydrating) untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit. Pilih produk yang diperkaya dengan asid hyaluronik, gliserin dan ceramide bagi memastikan kulit kekal segar.

Sumber: Pexels

Seterusnya, apabila berada di atas pesawat jangan ambil minuman sembarangan. Hal ini kerana minuman beralkohol, kopi dan soda akan membuatkan kulit menjadi kering dan mungkin menyebabkan breakout.

Sebaiknya adalah banyakkan minum air kosong sebelum dan selepas penerbangan.

Sumber: Freepik

Selain itu, anda juga boleh menggunakan topeng mata (eye mask) yang mengandungi kafein bagi mengurangkan bengkak bawah mata (eye bag) ketika penerbangan jarak jauh.

“Kafein bertindak sebagai vasokonstriktor yang membantu mengurangkan bengkak di bawah mata,” jelas Dr Wina.

Sumber: Pexels
@doctorwina This is a game changer for my in flight skincare routine #acne #jerawat #drwina ♬ original sound – ilham – starsham

Tonton video penuh [DI SINI].

Pakai Pelembap Selepas Mendarat

Sekiranya anda menuju ke destinasi dengan suhu yang lebih rendah berbanding Malaysia, anda disarankan untuk memakai pelembap (moisturizer) yang bersesuaian dengan jenis kulit muka masing-masing.

Tanpa kelembapan, kulit wajah akan mudah berasa kasar dan merekah. Pelembap ini juga mengurangkan risiko keradangan dan kegatalan yang merimaskan.

Sumber: Freepik

Sejurus selepas mendarat, anda dinasihati untuk mencuci muka dengan bersih supaya dapat menyingkirkan minyak, habuk dan bakteria yang terkumpul sepanjang penerbangan.

Baca Artikel Berkaitan: Kulit Kering Akibat Cuaca Panas? Ini Tips Pilih Jenis Pelembap Untuk Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Jangan Lupa SPF Walaupun Berada Di Dalam Kapal Terbang

Terbang pada ketinggian 35,000 kaki bermakna anda berada lebih dekat dengan matahari dan terdedah kepada lebih banyak sinaran UV terutamanya jika duduk di tepi tingkap.

Kalau anda nak tahu, sinaran UVA boleh menembusi kaca dan menyumbang kepada proses penuaan kulit serta peningkatan risiko kanser kulit.

Sumber: Pexels

Tips perlindungan:

  • Sapukan sunscreen SPF 30 ke atas sebelum menaiki pesawat
  • Ulang sapuan jika penerbangan anda panjang dan tempat duduk berhampiran tingkap
  • Tutup penutup tingkap (window blind) bagi mengurangkan pendedahan kepada sinaran UV

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Duduk Dalam Rumah Pun Kena Pakai Sunscreen Ke? Ini Kata Pakar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd