[Video] Doktor Kongsi Kepentingan Daging Lembu Buat Bayi, Boleh Diberi Seawal 6 Bulan
Doktor perubatan Dr Adli Hidayat turut menerangkan cara untuk menjadikan hidangan lebih berkalori tinggi buat si kecil dengan menambah mentega.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Salah satu peristiwa penting dalam membesarkan bayi adalah saat memberi makanan pepejal ketika usia mereka menjangkau enam bulan.
Dalam persediaan, ibu ayah pasti teruja untuk membeli pelbagai peralatan makanan yang comel-comel untuk si kecil.
Selain itu, ibu ayah juga perlu mendapatkan ilmu agar menyediakan makanan yang bersesuaian buat tumbesaran dan kesihatan bayi.
Baca Artikel Berkaitan: Bayi Dah Masuk Fasa Makan Makanan Pejal? Ini Panduan Penting Buat Ibu Ayah Di Luar Sana
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!
Daging Lembu Sumber Lemak, Protein & Zat Besi Untuk Bayi
Baru-baru ini, seorang doktor perubatan Dr Adli Hidayat, berkongsi bahawa dia telah memperkenalkan daging lembu kepada bayinya sejak berumur enam bulan lagi.
Dia menjelaskan bahawa susu badan dan susu formula mengandungi lemak, protein dan zat besi yang diperlukan bagi tumbesaran bayi.
Namun memandangkan tumbesaran mereka lebih drastik selepas usia enam bulan, khasiat yang terkandung di dalam susu adalah tidak mencukupi dan perlu ditampung menerusi makanan.
Katanya, salah satu makanan yang tinggi lemak, protein dan zat besi yang sesuai diberi kepada bayi ialah daging lembu.

Tambahkan Mentega Untuk Jadikan Hidangan ‘Calorie-Dense’
Tambah Dr Adli lagi, mentega pula merupakan sumber lemak yang sangat bagus untuk menyediakan hidangan ‘calorie-dense’.
Hidangan calorie-dense bermaksud ia mengandungi tahap kalori tinggi apabila dibandingkan dengan berat atau isipadunya.
“Kalau anak makan sikit, tak makan habis pun, kita tahu anak makan kalori yang banyak,” jelasnya lagi.
Namun pastikan mentega yang digunakan adalah mentega tulen (pure butter) tanpa tambahan garam.
Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat dia menyediakan daging lembu buat bayinya. Daging yang telah direbus dilenyek menggunakan lesung batu bersama-sama air rebusan, nasi dan mentega.
@dradlihidayat Bagi baby makan daging lembu seawal umur 6 bulan untuk menampung pembesaran anak yang lebih drastik. Daging lembu adalah sumber lemak, protein dan zat besi yang sangat baik. Boleh cuba. p/s kalau nak cek perkembangan baby lambat ke tak, boleh dapatkan ebook checklist perkembangan baby di bio saya #baby #6months #solid #daging #makan ♬ original sound – Dr Adli Hidayat
Bayi Perlu Hidangan Kalori Tinggi Kerana Saiz Perut Kecil
Sebagai info, hidangan calorie-dense penting kerana mempunyai jumlah tenaga dan nutrien tinggi yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Hidangan sedemikian penting memandangkan saiz perut bayi yang kecil membuatkan mereka hanya dapat makan dalam kuantiti kecil.
Antara hidangan berkalori tinggi yang sesuai buat bayi berusia enam bulan termasuk:
- Avokado
- Kekacang
- Telur
- Pisang
- Mangga
- Yogurt penuh krim
- Kentang/ keledek lenyek
Selain hidangan di atas, ibu ayah juga boleh menambahkan bahan yang bersesuaian bagi meningkatkan kalori seperti mentega yang digunakan oleh Dr Adli. Antaranya:
- Minyak dengan lemak penting seperti canola, walnut dan bunga matahari.
- Krim pekat
- Keju
- Keju krim
- Flaxseed hancur
- Chia seed hancur
- Krim masam
- Tepung susu
Berdasarkan UW Health, hidangan bayi yang disediakan sendiri kebiasaannya lebih tinggi kalori berbanding yang ditawarkan di pasaran.
Dalam masa sama, ibu ayah juga perlu elak berikan minuman seperti jus lebih daripada 1/4 cawan sehari kerana tidak mengandungi nutrisi yang mencukupi.

Sumber gambar: CanvaKekurangan Lemak Boleh Beri Kesan Buruk Pada Tumbesaran Bayi
Walaupun lemak disifatkan sebagai makanan yang tidak sihat, namun ia sebenarnya diet penting bagi bayi dan kanak-kanak kecil kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak dan mempunyai kapasiti diet terhad.
Kekurangan asid lemak tertentu ketika kecil boleh memberi kesan kepada kematangan sistem saraf pusat, termasuk perkembangan visual dan kecerdasan otak.
Di samping itu, kajian mendapati bahawa kanak-kanak kecil yang mengambil diet dengan lemak kurang 30% mungkin tidak mendapatkan keperluan diet tenusu yang disarankan.
Menurut Healthline, bayi dan kanak-kanak kecil perlu mendapatkan separuh daripada kalori harian mereka daripada lemak, kira-kira 500 kalori bagi bayi berusia satu tahun.

Baca Artikel Berkaitan:Â Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan
Baca Artikel Berkaitan:Â Ibu Ayah Risau Anak Asyik Nak Makanan Yang Sama? Ini Penjelasan Pakar Pediatrik
Baca Artikel Berkaitan: Berat Badan Anak Tak Naik-Naik? Ini Tips Berguna Untuk Ibu Ayah Praktik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â



