Now Reading
[Video] Wanita Kongsi Tentang MHexplorer, Tawaran Oleh Malaysia Airlines Buat Pelajar

[Video] Wanita Kongsi Tentang MHexplorer, Tawaran Oleh Malaysia Airlines Buat Pelajar

Menerusi program MHexplorer, pelajar berusia 13 ke 26 tahun boleh mendapatkan potongan diskaun tiket penerbangan sehingga 30%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berkunjung ke luar negara sememangnya memakan kos yang banyak, lebih-lebih lagi di lokasi dengan nilai mata wang lebih tinggi.

Apatah lagi sebagai pelajar yang masih belum memiliki pendapatan sendiri, tiket penerbangan sahaja pun sudah cukup membebankan.

Jadi para pelajar diingatkan agar mengambil peluang terhadap setiap diskaun yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Tour Percuma Di Istanbul Dengan Turkish Airlines Ketika Transit

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Risiko Beli Tiket Penerbangan Guna 3rd Party

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Perlu Diambil Jika Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air

Wanita Kongsi Tentang Program MHexplorer, Diskaun Tiket Penerbangan Hingga 30%

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi hantaran di TikTok (@alumnizz), Irene berkata syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan tiket pada harga diskaun buat para pelajar.

Menerusi program MHexplorer, pelajar berusia antara 13 ke 26 tahun boleh menikmati potongan diskaun sehingga 30% bagi pembelian tiket penerbangan domestik mahupun antarabangsa bagi MAS dan Firefly Airlines.

Tambah Irene lagi, diskaun itu turut terpakai bagi penerbangan pergi dan pulang, serta tiada tarikh yang ditetapkan.

Antara faedah lain yang ditawarkan MHexplorer adalah:

  • Had bagasi sehingga 45kg.
  • Satu penukaran tarikh penerbangan percuma.
  • Faedah dan keistimewaan Enrich.
  • Diskaun sehingga 10% bagi produk terpilih di kedai dalam talian Temptations dan Firefly.

Bukan itu sahaja, malah ahli keluarga dan rakan-rakan juga dapat menikmati faedah menerusi empat kod promo tiket penerbangan yang ditawarkan setiap tahun.

Bagi ahli di Malaysia, MHexplorer turut menawarkan potongan 20% bagi kargo Firefly Air dengan penghantaran dilakukan pada hari sama.

Pelajar 18-26 Tahun Perlu Sediakan ID Pelajar Atau Surat Tawaran Universiti

Untuk mendaftar di bawah program MHexplorer, pelajar berusia 18 ke 26 tahun perlu mengemukakan ID pelajar atau surat tawaran universiti.

Manakala mereka yang berusia 13 ke 17 tahun, kebiasaannya pelajar sekolah menengah, tidak perlu memaparkan sebarang dokumen.

Berdasarkan panduan pengguna MHexplorer, penumpang yang menggunakan tawaran ini perlu memaparkan ID pelajar atau surat tawaran bagi tujuan pengesahan di kaunter check-in.

Jika dokumen berkenaan tidak disediakan, tamat tempoh atau tidak sah, penumpang perlu membayar perbezaan harga tiket berdasarkan harga standard.

Langkah Untuk Daftar MHexplorer

Dalam masa sama, Irene turut berkongsi langkah-langkah untuk berdaftar di bawah program MHexplorer.

#1. Layari Laman Web Malaysia Airlines

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi page MHexplorer [DI SINI] atau lakukan sahaja carian ‘MHexplorer’.

#2. Isi Maklumat Dengan Tepat Ketika ‘Sign Up’

Klik pada bahagian ‘Sign Up’ dan isi maklumat yang diperlukan dengan tepat. Pastikan juga nama diisi dengan betul mengikut maklumat pada kad pengenalan atau pasport.

#3. Muat Naik Dokumen Pengesahan

Di ruangan seterusnya, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi mengesahkan status sebagai pelajar.

Selain ID pelajar atau surat tawaran, Irene berkata dia telah mengemukakan surat pengesahan pelajar sebagai dokumen sokongan kerana mengandungi maklumat yang lebih tepat.

#4. Tunggu Pengesahan Dokumen Dilakukan

Selepas itu, anda hanya perlu menunggu dokumen yang dimuat naik disahkan oleh pihak Malaysia Airlines.

Irene berkata dia yang telah mendaftar di bawah program itu sekitar tiga tahun lalu perlu menunggu tiga ke tujuh hari bagi tujuan pengesahan dokumen. Namun rakannya yang baru sahaja mendaftar boleh mendapatkan tawaran tersebut serta-merta.

Sebagai info, ahli Enrich yang layak juga boleh mendaftar dengan program MHexplorer.

@alumnizz Replying to @Amin Aizuddin Nah nah jangan marah i dah. Pergi sign up and buy tickets now! #mhexplorer #studentprice #travel #traveltiktok #masairlines ♬ original sound – irenez

Tonton video penuh [DI SINI].

Cara Beli Tiket Di Bawah MHexplorer & Dapatkan Harga Lebih Murah

Di samping itu, Irene menjelaskan bagaimana untuk membeli tiket penerbangan pada harga diskaun tersebut.

Menerusi aplikasi Malaysia Airlines, klik pada butang menu pada bahagian atas kiri. Tatal ke bahagian ‘Loyalty & Services’ dan klik pada MHexplorer.

Sumber: TikTok @alumnizz

Selepas log masuk, carian bagi penerbangan boleh terus dilakukan dan anda akan terus menerima harga diskaun.

Malah dia turut berkongsi tips yang boleh digunakan bagi mendapatkan harga yang lebih murah ketika melakukan tempahan tiket.

Tanpa masuk ke bahagian MHexplorer, terus klik pada ‘Book Flight’ dan masukkan maklumat penerbangan.

Sewaktu memilih tarikh, harga akan dipaparkan pada kalendar bagi setiap tarikh, dengan harga murah berwarna hijau.

Selepas kenal pasti tarikh bagi harga tiket yang lebih murah, masuk semula ke MHexplorer dan buat penempahan bagi tarikh tersebut.

@alumnizz Replying to @user1234567890 Here you go! Selamat bercuti!! #studentprice #masflight #malaysiaairlines #traveltok #mhexplorer ♬ original sound – irenez

Tonton video penuh [DI SINI].

Pelajar IPTA Yang Layak Boleh Dapatkan Subsidi Flysiswa RM400

Selain program MHexplorer, para pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang layak juga boleh menikmati tawaran Flysiswa.

Menerusi inisiatif oleh Kementerian Pengangkutan ini, pelajar IPTA dapat memohon subsidi RM400 bagi penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Di bawah MHexplorer, pelajar juga boleh menikmati diskaun sehingga 30% bagi penerbangan tersebut.

Semak kelayakan bagi Flysiswa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan IPTA [DI SINI].

Untuk info, permohonan bagi Flysiswa dibuka sehingga 30 November 2025, manakala penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2025.

Baca Artikel Berkaitan: Dari Darat Ke Udara, Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Dengan Team All-Women

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bawa Bayi Naik Kapal Terbang? Ini 5 Tips Mudahkan Perjalanan Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd