Now Reading
Anak Masih Liat Nak Makan Sayur? Ini Petua Tarik Selera Si Manja Dengan Hidangan Sihat

Anak Masih Liat Nak Makan Sayur? Ini Petua Tarik Selera Si Manja Dengan Hidangan Sihat

Ibu ayah perlulah memastikan anak-anak mendapat nutrisi mencukupi daripada sayur-sayuran yang bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga vitamin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar ibu bapa, ia merupakan tanggungjawab anda bagi memastikan anak kecil di rumah mendapat nutirisi secukupnya bagi proses tumbesaran.

Namun antara cabaran terbesar untuk melakukan perkara tersebut adalah apabila si manja terlalu memilih, lebih-lebih lagi makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran. Istilah yang selalu digunakan adalah ‘picky eater’.

Ramai juga anak kecil yang anti sayur kerana rasanya yang dikatakan sedikit pahit mengikut selera mereka. Oleh disebabkan itu, segelintir penjaga akan mengalah dengan memberikan kanak-kanak ini makanan yang kurang berkhasiat sebagai contoh makanan berproses seperti nuget atau sosej.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Dah Masuk Fasa Makan Makanan Pejal? Ini Panduan Penting Buat Ibu Ayah Di Luar Sana

Tips Galakkan Anak Kecil Suka Makan Sayur-Sayuran

Seperti semua sedia maklum, sayur-sayuran ini berfungsi membekalkan tenaga buat anak anda.

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi vitamin, antioksidan, serat dan air yang membantu melindungi si kecil daripada penyakit kronik pada masa hadapan, termasuk penyakit jantung, strok serta beberapa jenis kanser.

Sumber: Freepik

Memetik Raising Children, Garis Panduan Pemakanan Australia menyarankan kanak-kanak mengambil sayur setiap hari mengikut kumpulan umur:

  • 4–8 tahun: 4½ hidangan sayur sehari
  • 1–2 tahun: 2–3 hidangan sayur sehari
  • 2–3 tahun: 2½ hidangan sayur sehari

Kepada ibu ayah di luar sana yang pening kepala memikirkan cara untuk membuatkan si kecil sukakan sayur-sayuran, di sini kami kongsikan tips anda boleh cuba. Antaranya:

Sumber: Pexels
#1. Ibu Ayah Perlu Tunjukkan Contoh Makan Sayur Depan Anak

Tips yang pertama bagi menggalakkan anak kecil makan sayur adalah bermula dengan aksi ibu ayah sendiri. Penjaga perlulah memaikan peranan dengan makan sayur di hadapan si kecil.

Waktu makan bersama keluarga adalah masa yang sesuai untuk mengajar anak tentang pemakanan sihat, termasuk sayur-sayuran.

Menu dimasak seperti tumisan, kari, panggang dan pasta semuanya lebih sedap jika ditambah dengan sayur. Semangkuk salad juga merupakan pilihan yang cepat dan menyelerakan buat si kecil.

Jika nak lebih menarik, tambahkan juga sedikit protein seperti ayam atau hirisan keju.

Sumber: Pexels
#2. Jangan Cepat Mengalah Apabila Nak Biasakan Anak Dengan Sayur

Segelintir ibu bapa cepat mengalah apabila beberapa kali tidak berjaya memberikan anak sayur-sayuran. Kadangkala, ada si kecil yang terus menolak pinggan mangkuk di depan mata selepas melihat sayur di dalamnya, meskipun ia hanyalah cebisan kecil.

Namun perlu diingatkan bahawa anak-anak ini masih dalam proses membesar. Oleh disebabkan itu, mereka perlukan masa yang lebih lama untuk menerima sayuran dalam diet harian.

Jika anak tidak suka kubis misalnya, anda boleh cuba bagi sayuran lain seperti brokoli dalam kuantiti kecil. Jangan putus asa, terus galakkan anak cuba dan nikmati sayur.

Sumber: Pexels
#3. Puji Anak Lepas Berjaya Makan Sayur

Lumrah sebagai seorang manusia, kita akan rasa senang hati apabila orang sekeliling menghargai sesuatu pencapaian. Buat kanak-kanak, sayur mungkin sesuatu yang mereka ‘geruni’. Nampak sahaja bahan berwarna hijau dalam pinggan, boleh terus merengek.

Kalau anda memuji anak setiap kali makan sayur, besar kemungkinan dia akan mahu mencubanya lagi.

Pujian ini juga lebih berkesan jika anda beritahu dengan jelas apa yang anda kagumi itu. Sebagai contoh, “Ibu suka cara kamu berani makan labu dan brokoli tu!”

Sumber: Pexels
#4. Sediakan Hidangan Sayur Bersama Anak

Sekiranya anak terlibat dalam proses memasak, mereka akan lebih cenderung menunjukkan minat untuk mencuba sendiri makanan yang disediakan.

Contoh situasi anda boleh cuba adalah:

  • Tanam sayur atau herba di rumah, sekolah atau kebun komuniti bersama si kecil
  • Biarkan anak pilih sayur untuk makan malam semasa membeli-belah
  • Izinkan anak meletak sayur yang sudah dipotong ke dalam pengukus atau periuk sebelum dimasak
  • Si manja susun hirisan lada benggala, tomato dan cendawan atas roti piza
  • Anak membasuh dan gaul daun salad dalam mangkuk
  • Biarkan anak bantu parut atau potong sayur apabila mereka sudah boleh menggunakan alatan dapur dengan selamat
Sumber: Freepik

Untuk membuatkan anak lebih tertarik, jangan guna sayuran berwarna hijau sahaja tetapi mempelbagaikan sayuran berwarna-warni di dalam pinggan mereka.

Petua lain dilakukan ramai ibu ayah di luar sana adalah menggunakan kreativiti bagi menghasilkan sepinggan menu sayur-sayuran yang menyeronokkan, sebagai contoh membuat gambaran muka manusia menggunakan hirisan sayur.

Sumber: Freepik
#5. Sediakan Sayur Sebagai Snek Si Kecil

Kebiasaannya, menu sayur ini akan dihidangkan bersama hidangan berat sama ada semasa waktu makan tengahari atau makan malam.

Pun begitu, sayur-sayuran juga sebenarnya boleh disediakan sebagai kudapan dan boleh dijadikan sebagai alternatif kepada snek yang tidak sihat.

Berikut kami kongsikan beberapa idea snek sayur yang ibu dan ayah boleh cuba:

  • Simpan bekas berisi sayur yang sudah dipotong seperti timun, lobak merah atau lada benggala dalam peti sejuk
  • Sajikan kacang pis sejuk beku, tomato ceri, kacang kuda panggang atau edamame untuk kanak-kanak yang sudah mampu makan dengan sendiri
  • Hidangkan batang sayur bersama celupan (dipping) yogurt asli, keju, falafel atau roti pita bijirin penuh
Sumber: Pexels

Selamat mencuba semua!

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Makanan Healthy Dijual Terlalu Mahal? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Jadi Penyakit Kalau Tak Jaga” – Ramai Bimbang Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Cecah Berat 26KG

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd