Now Reading
Anak Kecil Buat Salah? Ini Cara Tegur Mereka Dengan Pendekatan Lembut

Anak Kecil Buat Salah? Ini Cara Tegur Mereka Dengan Pendekatan Lembut

Menegur anak dengan cara yang tidak betul boleh menyebabkan mereka terus melakukan dan mengulangi suatu kesalahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjadi ibu ayah bukanlah satu tugas yang mudah dan didatangkan dengan tanggungjawab besar dalam mendidik anak-anak.

Namun sebagai manusia, apatah lagi anak kecil, sudah tentu mereka tidak terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Ibu ayah pula perlu memainkan peranan dalam menegur kesalahan anak-anak dan mendidik mereka agar tidak melakukan kesilapan serupa lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik ‘Melekat’ Dengan Ayah Sahaja & Bukan Ibu, Pakar Kongsi Ia Reaksi Normal

Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Meragam Ketika Cuaca Panas? Ini Penjelasannya

5 Cara Tegur Anak Kecil Apabila Melakukan Kesalahan

Pun begitu, ibu ayah perlulah menegur anak kecil dengan cara yang bersesuaian agar si kecil bukan sahaja lebih memahami, tetapi turut rasa disayangi dan dihormati.

Menerusi hantaran di TikTok (@queenbabybae), dia yang selalu berkongsi tentang tips menguruskan anak-anak menjelaskan lima cara untuk menegur si kecil di bawah tiga tahun.

Cara yang dikongsikan olehnya adalah mengikut kaedah psikologi kanak-kanak dan pendekatan lembut.

#1. Nada Suara Tenang & Muka Serius

Pemahaman anak kecil terhadap ucapan atau arahan bukanlah seperti kanak-kanak yang lebih besar dan remaja.

Sebaliknya mereka lebih responsif terhadap nada suara dan ekspresi muka yang dilakukan.

Ketika menegur mereka, gunakan nada suara yang tenang tetapi tegas, disertai wajah muka serius.

Dalam masa sama, ibu ayah diingatkan agar tidak meninggikan suara kepada si kecil kerana hanya akan menakutkan mereka berbanding membuat mereka faham.

Nak mendidik anak memang memerlukan kesabaran tinggi.
#2. Alih Perhatian Anak Agar Membuat Aktiviti Lain

Disebabkan oleh sifat ingin tahu mereka, anak-anak kecil kerap melakukan sesuatu perkara yang tidak bersesuaian, seperti membaling barang.

Ibu ayah janganlah terus memarahi mereka, sebaliknya cuba alih perhatian anak anda agar melakukan aktiviti lain.

Sebagai contoh, jika anak mahu membaling barang, tawarkan sesuatu yang lebih selamat seperti bola lembut.

Ini kerana otak mereka masih belum matang untuk memahami perkataan ‘jangan’ dan masih akan melakukan perkara yang dilarang.

#3. Guna Ayat Ringkas & Positif

Seperti yang dinyatakan di atas, elakkan daripada menggunakan perkataan ‘jangan’ mahupun ‘tidak boleh’.

Misalnya jangan larang anak anda apabila sedang berlari di tempat yang tidak bersesuaian, tetapi minta si kecil agar berjalan dengan perlahan dan berhati-hati.

Penggunaan ayat positif tanpa kata ‘jangan’ dan ‘tidak’ adalah lebih mudah difahami oleh otak si kecil.

Kadangkala bila cakap ‘jangan’, lagi dibuatnya!
#4. Ulang Dengan Konsisten & Sabar

Mungkin ada segelintir ibu ayah bingung mengapa anak kecil masih melakukan kesilapan walaupun setelah berkali-kali ditegur.

Sebenarnya, kanak-kanak khususnya yang berumur tiga tahun ke bawah perlu mendengar suatu arahan secara berulangan untuk memahaminya.

Jangan marah jika mereka masih melakukan kesalahan sama, tetapi ulang arahan itu dengan nada dan gaya yang sama.

Konsistensi penting agar anak boleh memahami suatu arahan atau peraturan yang dijelaskan kepadanya.

Ini juga terpakai ketika mengajar anak sesuatu.
#5. Peluk Anak Selepas Menegur Mereka

Walaupun ibu ayah menegur anak dengan nada yang tenang, mungkin mereka masih akan berasa sedih atau marah.

Jadi jangan lupa untuk peluk anak-anak lepas menegur mereka agar memahami bahawa teguran itu dilakukan kerana rasa sayang dan bukannya marah.

Terangkan juga mengapa anda melarang mereka melakukan sesuatu. Sebagai contoh, memukul seseorang akan menyebabkan mereka sakit dan sedih, sebaliknya ajar anak untuk menyayangi orang sekeliling.

Tips ini sebenarnya terpakai untuk anak tidak kira usia.

Ibu Ayah Elak Perkara Ini Agar Anak Tidak Menjadi Kasar

Sebelum ini, coach parenting Mohd Fhais Salim, telah berkongsi lima perkara yang perlu dielakkan oleh ibu bapa agar anak kecil tidak menjadi seorang yang kasar.

Katanya melakukan perkara ini akan membuatkan anak memendam perasaan, membuatkan mereka menjadi lebih agresif dan kerap tantrum.

Antara perkara yang perlu dielakkan adalah:

  • Menjerit kepada anak secara melampau.
  • Melakukan ugutan atau ancaman terhadap anak.
  • Berkeras hati atau terlalu tegas dengan anak.
  • Tidak memberi respon kepada anak.
  • Mengajar anak membalas dengan kekerasan.

“Percaya cakap saya, antara perkara yang susah kita nak buang adalah sifat kasar. Apabila anak yang pada mulanya baik, diajar untuk kasar, susah nak undur balik,” katanya.

Bagi anak yang sedang tantrum pula, Fhais turut berkongsi beberapa pantang larang seperti:

  • Jangan ‘reward’ tantrum anak.
  • Tanya kenapa mereka tantrum.
  • Jerit kepada anak ketika sedang tantrum.
  • Tinggalkan anak sendirian.
  • Menegur kesalahan anak ketika tantrum.
  • Terus memujuk anak.
  • Memaksa anak diam.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar

Baca Artikel Berkaitan: Si Kecil Tantrum Tanpa Sebab? Ini Pantang Larang Ketika Anak Meragam Ibu Ayah Perlu Take Note

Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd