Now Reading
Pakar Pediatrik Jelaskan Kenapa Budak Sayang Bantal Busuk & Kongsi Tips Pisahkan Mereka

Pakar Pediatrik Jelaskan Kenapa Budak Sayang Bantal Busuk & Kongsi Tips Pisahkan Mereka

Pegawai Perubatan Pediatrik Dr Redza Zainol juga berkata bahawa kanak-kanak sepatutnya mula berenggang dengan bantal busuknya di usia sekitar dua ke lima tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan ramai kanak-kanak pasti mempunyai bantal busuk mereka sendiri sama ada dalam bentuk bantal, selimut mahupun patung soft toy. Kadangkala sampai ke besar pun masih simpan lagi!

Walaupun kelihatan remeh, namun bantal busuk sebenarnya membantu untuk beri ketenangan kepada kanak-kanak, apatah apabila berjauhan dengan ibu ayah.

Selalunya mereka pasti bawa bantal busuk tersebut ke merata-rata tempat. Rasa tak tenang kalau tak bawa bersama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kasut Jenis Getah Tak Sesuai Untuk Kanak-kanak, Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kanak-Kanak Lumpuh Akibat Bermain Trampolin, Ini Risiko Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Bahan Xenoestrogen Boleh Sebabkan Kanak-Kanak Mula Baligh Awal

Pakar Pediatrik Jelaskan Bantal Busuk Boleh Jadi Sarang Bakteria

Menerusi hantaran di Threads (@drredzazainol), Pegawai Perubatan Pediatrik Dr Redza Zainol berkata, bantal sebenarnya boleh menjadi sarang bakteria apabila sudah lama tidak dibasuh.

Dia menceritakan pengalamannya apabila seorang ibu memaklumkan bantal anaknya tidak pernah dibasuh sehingga sudah berubah menjadi warna coklat dan bercapuk.

“Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.

“Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk. Cuma kenalah basuh selalu,” jelasnya.

Anak Patut Ada Bantal Busuk Hingga Usia 5 Tahun Saja

Ramai kanak-kanak memiliki bantal busuk, tapi sebenarnya bilakah hubungan mereka dengan bantal itu mula ‘terjalin’?

Menurut Dr Radzi, kanak-kanak kebiasaannya mula mempunyai bantal busuk di antara umur lapan ke 12 bulan.

Namun, kebergantungan kepada bantal busuk itu sepatutnya hanya bersifat sementara dan mereka akan mula berenggang di usia sekitar dua ke lima tahun.

Mula-mula nampak bersih je bantal favourite anak.

Anak Rasa Lebih Selesa & Selamat Bersama Bantal Busuk

Dr Radzi menjelaskan bahawa anak-anak akan berasa tidak selesa dan gelisah ketika berjauhan dengan ibu ayah, yang menyebabkan mereka bergantung kepada bantal busuk.

Ini termasuklah apabila mereka dihantar ke tempat pengasuh dan dijaga penjaga baharu selama beberapa jam setiap hari.

“Bantal busuk ni sebenarnya mereka gunakan untuk kurangkan rasa tak selamat bila asyik berjauhan dari mak dan ayah. Bila dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus rasa tenang, selesa dan selamat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak berusia tiga tahun lebih cenderung memiliki bantal busuk jika duduk di rumah pengasuh seharian berbanding mereka yang dihantar ke sana hanya separuh hari.

View on Threads

Pakar Kongsi Tips Putuskan Anak Dengan Bantal Busuk

Seperti yang dinyatakan, kanak-kanak sepatutnya sudah berenggang dengan bantal busuk di usia lima tahun.

Namun jika anak anda masih tidak dapat dipisahkan dengan bantal busuknya, Dr Redza telah mencadangkan beberapa tips untuk dicuba.

#1. Peluk & beri perhatian pada anak

Katanya, memandangkan bantal peluk dapat memberi ketenangan, ibu ayah perlu sentiasa memeluk dan memberi perhatian penuh kepada anak agar mereka tidak lagi bergantung kepada objek itu.

#2. Tetapkan had guna bantal busuk

Menetapkan had penggunaan bantal busuk juga dapat mengurangkan kebergantungan mereka. Sebagai contoh, pujuk anak anda agar tinggalkan sahaja bantal busuk di rumah ketika keluar.

#3. Jangan paksa anak tinggalkan bantal busuk

Namun jika anak masih belum bersedia untuk keluar tanpa membawa bantal busuknya, jangan pula terlalu memaksa dia berbuat demikian kerana boleh menyebabkannya lebih tertekan.

#4. Basuh bantal busuk secara berkala

Di samping itu, ibu ayah perlu bersikap tegas untuk membasuh bantal busuk tersebut dan tidak dibiarkan kotor sepanjang masa.

#5. Jangan perlekehkan bantal busuk anak

Diingatkan juga agar anda tidak memperlekehkan bantal busuk anak dan menghormati perasaannya.

Ada kanak-kanak yang jadikan teddy bear sebagai bantal busuk.

Kotoran Pada Bantal Busuk Boleh Sebabkan Pelbagai Masalah Kesihatan

Memetik semula penerangan Dr Radzi bahawa bantal busuk boleh menjadi sarang bakteria, keadaan ini dapat menyebabkan pelbagai masalah kesihatan buat anak anda.

Berdasarkan artikel di laman web Hello Doktor, bantal busuk yang tidak dibasuh sekian lama boleh mengumpul pelbagai kotoran termasuk habuk, hama, kutu, kulat, kuman, bakteria, virus dan sisa organik (detritus).

Pengumpulan pelbagai benda asing pada bantal boleh menyebabkan masalah kesihatan antaranya:

  • Kutu mencetuskan alahan.
  • Kulat menyebabkan gangguan tidur, khususnya apnea tidur obstruktif.
  • Penyakit akut aspergillosis yang disebabkan kulat Aspergillus fumigatus.
  • Jangkitan pelbagai bakteria termasuk Staphylococcus aureus, Bacteroides, fusobacteriaceae dan neisseriaceae.
  • Habuk menyebabkan isu masalah kulit.
  • Penyakit dan jangkitan disebabkan peluh yang merebak melalui liang pori.

Malah, penggunaan bantal itu sendiri dikaitkan dengan risiko tinggi Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) dalam kalangan bayi.

Keadaan ini terjadi apabila bahagian muka tertindih atau terhempap dengan bantal, menyebabkan mereka tidak mampu bernafas.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tanda Bantal Anda Dah ‘Arwah’ – Sila Tukar Ya!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haniff Hamzah Kongsi Kisah Didiagnos Sleep Apnea, Tak Cukup Tidur Punca Utama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd