Now Reading
Ini 10 Hak Pengguna Jalan Raya Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Ini 10 Hak Pengguna Jalan Raya Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Antara hak bagi pengguna jalan raya di Malaysia adalah mendapatkan saman sah, membuat tuntutan akibat kerosakan jalan raya dan menggunakan servis ‘roadside assist’ di lebuh raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjadi pengguna jalan raya boleh mendedahkan seseorang kepada pelbagai risiko, terutamanya kemalangan jalan raya dan penahanan oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, penting untuk rakyat Malaysia mengetahui hak masing-masing agar tidak diambil kesempatan oleh sebarang pihak sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Sama ada sebagai pemandu mahupun pejalan kaki, setiap daripada kita mempunyai hak tersendiri ketika menggunakan jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Kenderaan Mikromobiliti Haram Atas Jalan Raya, JPJ Maklum Akan Ambil Tindakan Tegas

Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Dedah Fungsi Garisan Zigzag Di Jalan Raya, Ramai Rupanya Yang Baru Tahu!

Ini 10 Hak Pengguna Jalan Raya Di Malaysia

Platform dalam talian automotif, Klinikar, menerusi hantaran di Instagram menerangkan tentang 10 hak utama buat pengguna jalan raya.

Hak-hak yang disenaraikan bukan hanya tertakluk kepadap pemandu kenderaan, tetapi juga bagi pejalan kaki.

#1. Roadblock dilakukan secara bersebab

Jika biasa memandu di sekitar ibu kota, sudah tentu anda pernah tersangkut dalam kesesakan yang disebabkan oleh operasi sekatan jalan raya, malah mungkin turut diarahkan untuk berhenti.

Sebenarnya apabila ini berlaku, anda boleh bertanyakan mengapakah sekatan jalan raya itu dilakukan.

Dalam situasi anda ditahan oleh anggota polis yang tidak memakai uniform, minta agar mereka menunjukkan kad identiti. Kad yang sah adalah berwarna biru, manakala kad merah bermakna anggota sedang digantung.

Sumber gambar: Malay Mail
#2. Polis wajib maklumkan alasan penahanan

Dalam kes anda ditahan oleh pihak polis ketika memandu, jangan rasa takut jika yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Diingatkan bahawa anggota perlu memaklumkan apakah kesalahan yang anda lakukan sehingga menyebabkan penahanan tersebut.

Anda juga mempunyai hak untuk menghubungi pihak keluarga dan peguam bagi memaklumkan tentang situasi tersebut.

Ingat, anda tidak boleh ditahan selama lebih 24 jam tanpa arahan reman daripada pihak majistret.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Info Penting Tentang Hak Individu Jika Ditahan Pihak Polis. Kena Cakna, Penting Ya!

#3. Pemeriksaan tubuh wanita hanya oleh anggota perempuan

Bagi kaum hawa, jika pihak polis mahu melakukan pemeriksaan tubuh, pastikan ia hanya dijalankan oleh anggota wanita secara profesional dan dengan sopan.

Klinikar menegaskan bahawa wanita berhak menolak pemeriksaan tubuh oleh mana-mana anggota lelaki.

#4. Merakam video bukan satu kesalahan

Apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, ramai yang mengambil keputusan untuk merakamkan situasi tersebut sebagai bukti pada masa akan datang.

Namun ada juga yang berasa risau jika orang awam sebenarnya tidak boleh merakam anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya.

Menurut Klinikar, tiada sebarang undang-undang yang menghalang anda daripada merakam video. Namun pastikan ia tidaklah sehingga mengganggu tugas pihak berkuasa.

#5. Dapatkan saman sah & jangan bayar ‘duit kopi’

Mesti anda pernah dengar istilah ‘duit kopi’ kan? Sebenarnya ia tiada beza dengan rasuah.

Jadi walaupun seorang anggota meminta bayaran itu bagi mengelakkan saman daripada dikeluarkan, anda boleh menolaknya dan meminta saman yang sah.

Catatkan juga nama anggota, serta masa dan tempat kejadian jika berdepan keadaan sedemikian.

Sumber gambar: Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: “Jika Ditawar RM1 Juta, Dapat RM1 Juta” – SPRM Beri Ganjaran Jika Penjawat Awam Lapor Kes Rasuah

#6. Laporkan kemalangan untuk tuntut insurans & pampasan

Malang tidak berbau dan kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Namun ini tidak bermakna anda akan kehilangan segala-galanya.

Laporkan sebarang kemalangan dalam tempoh 24 jam kepada pihak polis. Menerusi laporan ini, anda mempunyai hak untuk membuat tuntutan insurans dan menuntut pampasan daripada pihak terlibat.

Klinikar juga mengingatkan individu yang tercedera akibat kemalangan agar mengutamakan pemeriksaan dan rawatan terlebih dahulu.

#7. Tak wajib terima ‘tow truck’ yang tiba-tiba muncul

Baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya dan trak tunda tiba-tiba muncul? Anda mempunyai hak untuk menolak perkhidmatannya.

Sebaliknya, anda boleh memaklumkan tentang kemalangan tersebut kepada pihak insurans dan meminta mereka menghantar trak tunda, yang selalunya tidak dikenakan sebarang bayaran.

“Kereta anda, pilihan anda. Tunggu trak tunda dari syarikat insurans kalau nak,” katanya.

#8. Boleh claim kalau kereta rosak akibat kerosakan jalan raya

Salah satu isu yang sering wujud di Malaysia adalah terlalu banyak lubang pada jalan raya sehingga merisikokan kenderaan.

Menurut Klinikar, anda boleh membuat tuntutan dari pihak bertanggungjawab seperti Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kenderaan dipandu terlanggar lubang sehingga berlaku kerosakan.

Pastikan anda mengambil gambar lubang tersebut dan kerosakan pada kenderaan, serta simpan resit pembaikan bagi tuntutan.

Sumber gambar: Malay Mail
#9. Lebuh raya sediakan ‘roadside assist’ percuma

Pembayaran tol yang perlu dilakukan di sesetengah lebuh raya bukan sekadar suka-suka.

Sebaliknya, pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan kerosakan atau kecemasan secara percuma.

Anda boleh menghubungi nombor hotline lebuh raya atau menggunakan telefon kecemasan yang disediakan di tepi jalan untuk meminta bantuan.

Sebagai contoh, PLUS Ronda bertanggungjawab memberi perkhidmatan ini bagi lebuhraya di bawah kendalian pihak PLUS selama 24 jam setiap hari.

#10. Hormati lintasan pejalan kaki

Lintasan pejalan kaki atau ‘zebra crossing’ digunakan oleh pengguna jalan raya untuk melintas jalan raya yang sibuk. Pun begitu, ada sesetengah pemandu bersikap tidak bertimbang rasa dan enggan menghentikan kenderaan mereka.

Namun pemandu sebenarnya perlu mengutamakan pejalan kaki di kawasan lintasan ini.

Mengabaikan lintasan ini tanpa memberi laluan kepada pejalan kaki boleh menyebabkan pemandu dikenakan saman.

Baca Artikel Berkaitan: “Hormati Zebra Crossing” – Rider Ingatkan Orang Ramai Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd