Now Reading
Elak Speech Delay, Coach Parenting Kongsi Tips Ajar Si Kecil Pandai Bercakap

Elak Speech Delay, Coach Parenting Kongsi Tips Ajar Si Kecil Pandai Bercakap

Ibu ayah perlulah melatih anak-anak kecil mereka untuk bercakap meskipun dalam satu ayat pendek bagi mengelakkan masalah kelewatan pertuturan (speech delay).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melatih anak kecil yang baru sahaja mahu mengenali dunia bukan satu tugasan yang mudah terutamanya buat golongan ibu ayah. Sebagai contoh, mungkin ada di antara anda yang agak bimbang melihat perkembangan laju dan drastik anak lain.

Bukannya mahu membandingkan, tetapi risau si kecil jauh ketinggalan. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang masih sukar untuk menulis meskipun sudah masuk alam persekolahan.

Namun dalam situasi ini, ibu bapa memainkan peranan utama untuk melatih mereka sehingga berjaya. Yang paling penting, harus banyakkan bersabar dan jangan putus asa.

Baca Artikel Berkaitan: “Mereka Nak Perhatian” – Coach Parenting Kongsi Tanda-tanda Perkembangan Anak Yang Normal

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!

Tips Elak Anak Alami Masalah Speech Delay

Baru-baru ini, seorang coach parenting dikenali sebagai Zuraida Shahime telah berkongsi tips buat ibu bapa di luar sana untuk mengajar si kecil bertutur dan pandai menggunakan kosa kata yang pelbagai.

Kebiasaannya, bayi akan mula berbicara perkataan ringkas seawal usia 10 hingga 15 bulan. Antara bunyi-bunyi yang selalu disebut adalah, papa, mama, bye, dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Sebagai penjaga, adalah penting untuk anda melatih anak tersebut agar mereka dapat menyebut satu ayat pendek dengan mudah pada masa akan datang.

“Kita tahu umur dua tahun anak dah boleh mula gabungkan (perkataan). Dia cuma boleh gabungkan kalau dia dah tahu banyak perkataan. Tapi kalau dia tak tahu banyak perkataan, macam mana dia nak gabungkan (perkataan itu), sebab dia tahu satu-satu je,” ulas Zuraida.

Cara bagi mengatasi masalah berkenaan adalah ibu bapa atau orang sekeliling perlu mengulang balik perkataan yang disebut si kecil dan kemudian menambahkan perkataan lain di belakangnya sehingga menjadi satu ayat.

Dalam erti kata mudah panjangkan sahaja perkataan itu.

Contoh Mudah Untuk Panjangkan Sebutan Si Kecil

Contoh 1:

  • Sebutan bayi: “Cing.”
  • Respon ibu bapa atau orang sekeliling: “Ohh kucing. Kucing bunyi meow. Kucing putih. Kucing ni warna putih. Kucing nak main bola.”

Contoh 2:

  • Sebutan bayi: “Papa.”
  • Respon ibu bapa atau orang sekeliling: “Ohh papa balik. Papa nak tidur.”

Tips ini akan membuatkan si kecil beranggapan bahawa kita memahami perkataan yang disebutkan itu.

“Kita tunjukkan dekat dia yang kita faham apa yang cuba disampaikan. Jadi dia lebih yakin dan suka bercakap. Lepas tu kita panjangkan ayat dia. Jangan panjang sangat, ikut kesesuaian dengan umur anak. Kita tambah sekurang-kurang satu lagi perkataan selepas tu,” ujar Zuraida di akhir perkongsian.

@zuraida.shahime #onthisday #speechtherapytips ♬ Inspirational – neozilla

Tonton video penuh [DI SINI].

Kenapa Anak Lewat Bercakap?

Memetik Hello Doktor, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun mampu menyebut sehingga 50 perkataan dan berkomunikasi dalam ayat yang mengandungi 2-3 patah perkataan.

Perbendaharaan kata mereka pula akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan ketika mencecah umur 3 tahun. Jika anak masih belum mencapai perkembangan tersebut, mereka mungkin mengalami masalah keadaan speech delay.

Sumber: Pexels

Ia boleh berlaku disebabkan gangguan pendengaran, neurologi mahupun perkembangan.

Namun perlu diingatkan, sekiranya anak tidak memberi respon terhadap suara atau bunyi, ia adalah petanda untuk anda membawa mereka melakukan pemeriksaan bersama pakar.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Tips Latih Anak Menulis Dengan Baik, Ibu Ayah Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd