Now Reading
Nama Hampir Sama, Kualiti Berlainan. Ini Cara Terbaik Untuk Pilih Makanan Buat Si Bulus

Nama Hampir Sama, Kualiti Berlainan. Ini Cara Terbaik Untuk Pilih Makanan Buat Si Bulus

Pemilik si bulus diingatkan agar meneliti label kandungan pada makanan kucing terlebih dahulu agar dapat membuat pilihan terbaik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam memelihara kucing, anda pasti mahukan yang terbaik buat mereka termasuk dari segi kualiti makanan kering (kibble) yang diberi setiap hari.

Namun dengan kewujudan terlalu banyak jenama dan jenis makanan kucing, pemilik si bulus mungkin bingung untuk memilih produk yang terbaik buat mereka.

Ada yang memilih untuk membeli makanan kucing dengan harga yang lebih mahal kerana merasakan ia lebih berkualiti, namun adakah perkara ini betul?

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Modal Tu” – Ramai Puji Lelaki Beli Hingga 30 Ketul Ayam Goreng Sehari Buat Kucing Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu

Bahan Pertama Pada Label Kandungan Makanan Kucing Paling Banyak Dalam Produk

Sebenarnya, jenama atau harga makanan kucing tidak menentukan kualitinya, sebaliknya ia bergantung kepada kandungan utama produk tersebut.

Buat mereka yang biasa membeli makanan kucing dan meneliti label bahan-bahan, pasti menyedari bahawa setiap jenama mempunyai kandungan yang berbeza.

Seperti yang dikongsikan di TikTok oleh satu kedai grooming kucing (@bestfrenz_4ever), bahan pertama yang dinyatakan pada bahagian label kandungan mempunyai kuantiti paling banyak di dalam produk tersebut.

Sumber: TikTok @bestfrenz_4ever

Jadi apabila memilih makanan kucing, tengok bahan yang pertama dahulu untuk membuat pilihan lebih sihat.

Sebagai contoh, pilih produk dengan protein sebagai bahan pertama berbanding jagung memandangkan kucing ialah haiwan karnivor.

Tahu Perbezaan Antara Protein, Meal & By-Product

Selain itu, pemilik si bulus juga perlu mengenali beberapa istilah protein yang sering digunakan dalam makanan kucing.

Walaupun namanya hampir sama, namun kualitinya berbeza dengan kandungan nutrisi yang berlainan.

Sumber: TikTok @bestfrenz_4ever
#1. Protein (Ayam/ Daging/ Ikan Segar)

Bagi protein yang dinyatakan pada label, ini bermaksud protein berada dalam bentuk asal seperti daging ayam yang segar, lembap dan sedap.

Ini adalah bahan terbaik memandangkan ia paling kurang diproses dan dapat memberi nilai nutrisi yang paling bagus buat si bulus.

Satu kajian mendapati kibble kucing yang diperbuat menggunakan daging segar mempunyai kandungan asid amino lebih tinggi.

Ia juga paling senang dihadam, membuatkan protein dalam bentuk ini pilihan terbaik bagi haiwan peliharaan yang mempunyai masalah penghadaman.

#2. Protein Meal

Protein meal merupakan bentuk protein yang telah dikeringkan menjadi serbuk dan sering digunakan dalam makanan kucing.

Ia diperbuat daripada daging segar serta tulang dan rawan yang tinggi nutrien, menjadikannya bahan yang bagus buat si bulus.

Namun pastikan anda memilih makanan kucing yang dinyatakan protein meal jenis apa sama ada ayam, daging, ikan dan sebagainya.

Elakkan protein meal yang tidak diketahui sumbernya (unnamed meat meals).

Sumber gambar: Pexels
#3. By-Product

Selain itu, terdapat juga bahan yang dihasilkan daripada produk sampingan haiwan yang digelar sebagai ‘by-product’.

Bahan ini merangkumi semua bahagian lain haiwan selain daging termasuk organ yang penuh nutrisi serta kaki dan kepala.

Namun memandangkan pelbagai bahagian haiwan ini mempunyai kualiti nutrisi berbeza, tidak dapat diketahui dengan benar sama ada by-product yang dihasilkan mempunyai jumlah khasiat tinggi.

Oleh itu, pastikan kuantiti bahan by-product dalam makanan kucing tidak terlalu banyak.

Elakkan Bahan Tidak Berkhasiat Dalam Makanan Kucing Seperti Garam & Pewarna

Selain bentuk protein seperti di atas, anda juga perlu memerhatikan label pada makanan kering kucing untuk mengelakkan bahan-bahan yang tidak berkhasiat.

Malah, sesetengah bahan juga boleh menjadi berbahaya buat si bulus, antaranya:

  • Pengawet kimia BHA/ BHT.
  • Pewarna tiruan.
  • Gula/ karamel.
  • Lemak haiwan yang tidak jelas sumbernya.
  • Pengawet sintetik lama ethoxyquin.
  • Jagung, gandum atau soya sekiranya bahan utama.
Sumber gambar: Pexels

Pemilik haiwan diingatkan bahawa seperti manusia, kucing mempunyai risiko menghidap penyakit berbahaya termasuk diabetes, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung.

Oleh itu pemilihan makanan yang bersesuaian penting bagi memastikan kesihatan si bulus terjamin.

Anda juga diingatkan agar memilih makanan kucing yang berbeza mengikut umur si bulus kerana kandungan nutrisinya berlainan.

Selain daripada pemberian kibble, anda boleh juga memilih wet food kerana mempunyai kandungan air yang lebih tinggi.

Namun pastikan anda membersihkan gigi si bulus selepas itu untuk menyingkirkan sebarang makanan yang terlekat dan mengelak daripada mengalami masalah gigi.

Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd