Now Reading
Ini Tujuh Tips Latih Anak Menulis Dengan Baik, Ibu Ayah Take Note!

Ini Tujuh Tips Latih Anak Menulis Dengan Baik, Ibu Ayah Take Note!

Untuk info, menulis dengan baik merupakan antara masalah pembelajaran yang dilalui oleh segelintir golongan kanak-kanak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, golongan anak berada di fasa yang baru sahaja mahu belajar tentang perkara-perkara dalam dunia ini.

Bermula dengan merangkak ketika bayi, sehinggalah menerokai nombor dan juga abjad ketika sudah melangkaui umur setahun. Antara kemahiran lain yang akan dipelajari oleh mereka sewaktu memasuki alam pra sekolah atau tadika adalah membaca dan menulis.

Namun, bukan semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk menulis dalam sekelip mata. Ada segelintir yang memerlukan perhatian lebih dari guru atau penjaga bagi memastikan si kecil ini dapat menulis dengan baik.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Power Nap’, Makanan Seimbang & 5 Lagi Tips Belajar Buat Murid Ketika Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Didik Anak Ilmu Kewangan Mengikut Peringkat Umur

Kepentingan Penglibatan Ibu Ayah Bagi Mengajar Anak Menulis

Ibu bapa perlu cakna bahawa penglibatan mereka adalah penting bagi meningkatkan kemahiran anak untuk menulis dengan baik.

Memetik Hello Doktor, menulis boleh menjadi subjek yang sukar untuk diajar dan dinilai. 

Sumber: Pexels

Hal ini kerana, ramai pelajar menghadapi masalah untuk menulis secara jelas serta kemas. Ia kemudiannya boleh menghalang mereka daripada menulis dengan baik. Galakan yang diberikan ibu bapa sekaligus memberi kesan positif sepanjang hayat kepada penulisannya.

Secara tidak langsung, ia mampu menjadikan penulisan sebagai satu proses yang lebih mudah dan menyeronokkan buat mereka.

Tips Asah Kemahiran Menulis Anak Kecil

Berikut kami kongsikan tujuh tips berguna buat ibu bapa untuk melatih anak-anak untuk menulis dengan baik, tidak kira di rumah atau di sekolah. Antaranya:

#1. Sediakan Tempat Yang Sesuai

Pertama sekali, ibu bapa perlu menyediakan ruangan atau tempat khusus untuk anak-anak belajar dan selesa menulis.

Sebagai contoh bilik belajar. Jika ruang di rumah adalah terhad, anda boleh membeli meja agar memudahkan aktiviti anak untuk menulis. Selain itu, ruangan untuk menulis itu mestilah permukaan licin dan rata.

Bukan itu sahaja, pencahayaan di ruangan menulis juga adalah penting.

Sumber: Freepik
#2. Sediakan Bahan

Untuk menulis, anak perlu mempunyai bahan dan perlatan yang secukupnya. Tidak semestinya pensel atau pen, anak-anak ini juga boleh diberikan krayon, pen marker dan pensel berwarna yang lebih menarik perhatian.

Sumber: Pexels
#3. Pilih Topik Menarik Untuk Ditulis

Ibu bapa perlu mengelak daripada berbincang tentang topik yang terlalu berat bersama anak. Sebaliknya, berbual tentang hobi diminati oleh si kecil.

Perkara yang diborakkan itu pula boleh ditulis dan dicatat atas satu kertas kosong. Secara amnya, individu akan lebih fokus jika melakukan sesuatu yang melibatkan minat masing-masing.

Jika si anak menggemari automotif, anda boleh memintanya menulis tentang perkara melibatkan kereta atau motosikal diminati.

#4. Biasakan Anak Menulis Nama Sendiri

Sebagai permulaan, menggalakkan anak untuk menulis nama sendiri adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah kanak-kanak yang bergelut bagi menulis dengan lancar.

Ibu bapa memainkan peranan bagi menunjukkan huruf dalam namanya apabila melihatnya di tempat lain seperti papan tanda, di kedai dan sebagainya.

Sumber: Family Education

Anak mungkin bermula dengan hanya menulis beberapa huruf pertama namanya, tetapi lama-kelamaan huruf yang lain akan menyusul. Yang penting harus usaha dan tawakal.

#5. Galakkan Anak Catat Nota

Tidak semestinya di rumah atau sekolah, menulis ini juga boleh dilatih sewaktu anak bersiar-siar atau berjalan bersama keluarga. Caranya mudah sahaja, ibu bapa perlu menyediakan buku nota kecil dan pensel apabila berada di luar rumah.

Sewaktu berada di pusat membeli-belah misalnya, beri anak buku nota tersebut dan minta untuk mencatat barangan yang dilihat di depan mata. Bukan sahaja meningkatkan kemahiran menulis tetapi daya tumpuan yang tinggi.

Sumber: Pexels
#6. Berikan Pujian Atau Ganjaran

Secara umumnya, setiap individu akan lebih positif dan gembira apabila usaha kecil dihargai orang sekeliling.

Perkara sama juga boleh dilakukan terhadap anak iaitu memuji atau memberikan mereka ganjaran setiap kali berjaya menulis sesuatu yang diminta. Dengan pujian tersebut, si anak akan lebih bersemangat untuk menulis selepas itu.

Bermula dengan 1-2 ayat, mungkin selepas ini penuh satu muka surat pula?

Sumber: Pexels
#7. Guna Bantuan Mainan

Anak dan mainan memang sukar untuk dipisahkan. Kalau anda perasan di pasaran pada ketika ini, sudah banyak jenis permainan kanak-kanak yang membantu bagi meningkatkan kemahiran menulis.

Sebagai contoh adalah ‘magnetic drawing board’. Selain melukis, si anak juga boleh menggunakan papan bersaiz mini itu untuk menulis apa-apa sahaja yang mereka mahu.

Sumber: Battat

Tanda Awal Masalah Pembelajaran Oleh Golongan Kanak-kanak

Selain menulis, terdapat beberapa masalah pembelajaran yang boleh dilalui oleh golongan kanak-kanak. Bagi mengelakkan ibu ayah terlepas pandang, berikut kami kongsikan antaranya:

Sumber: Emir Research
  • Keliru dengan nombor, huruf, tanda matematik dan arah
  • Sukar mengenali corak atau menyusun objek mengikut saiz atau bentuk
  • Sukar memahami atau mengikut arahan
  • Tidak mampu melakukan tugasan mudah seperti melukis dan mewarna
  • Sukar mengingati perkara yang baharu disebut atau dibaca
  • Kurang daya tumpuan
  • Masalah menyebut perkataan atau lewat bercakap dengan lancar

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Didik Anak Menurut Imam Hassan al-Banna

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 7 Tips Untuk Bantu Anak Mudah Hafal Quran, Yang Last Paling Banyak Buat Salah

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd