Nak Kahwin Dalam Masa Setahun Tapi Duit Tak Cukup? Ini Tips Dari Pakar Kewangan
Menurut pakar kewangan dikenali sebagai Dr Adam Zubir, sesetengah bakal pengantin mengimpikan majlis perkahwinan gah seperti selebriti hingga menyebabkan mereka terbeban membuat simpanan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, seorang Profesor Keusahawanan dan Perniagaan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata bahawa perbelanjaan perkahwinan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asean, dengan kos purata antara RM50,000 hingga RM200,000.
Oleh disebabkan isu ini, ramai anak muda khususnya menangguh majlis perkahwinan mereka.
Tanpa mengira budaya, kos perkahwinan yang semakin meningkat memberi kesan kepada semua masyarakat, menyebabkan ramai pasangan terpaksa berhutang untuk membiayai hari istimewa impian mereka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan
Baca Artikel Berkaitan: Budaya FOMO & YOLO Punca Belia Terbeban Dengan Hutang – Pakar Kewangan
Baca Artikel Berkaitan: Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di ASEAN, Ada Yang Sampai Berhutang
Ini Tips Kumpul Duit Kahwin Buat Mereka Yang Sudah Last Minute
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman YouTube, apabila seorang pakar kewangan Dr Adam Zubir mengulas tentang masalah masyarakat bagi membuat simpanan majlis perkahwinan.
Jelasnya, antara kesalahan terbesar bakal pengantin adalah membuat hutang hanya disebabkan mahu menampung majlis perkahwinan yang mencecah kos tinggi.

Ini juga dijadikan antara punca mengapa pernikahan terpaksa ditangguhkan kepada beberapa tahun akan datang akibat masalah kewangan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Dr Adam telah berkongsi beberapa tips bagi pasangan pengantin mengumpul duit majlis perkahwinan dalam masa setahun sahaja. Antaranya:
#1. Tetapkan Matlamat Yang Realistik
Tips pertama adalah menetapkan matlamat jelas tentang kos keseluruhan majlis berkenaan.
Ada yang mengimpikan majlis yang mencecah sehingga RM300,000 disebabkan perasaan FOMO (fear of missing out) selepas melihat kenduri gah oleh selebriti lain atau pempengaruh terkenal.

Menurut Dr Adam, keseluruhan kos perkahwinannya kira-kira RM5,000 sahaja. Penting bagi setiap pengantin untuk tidak menjadikan hutang sebagai satu pilihan bagi merialisasikan majlis perkahwinan tersebut.
“Rule of thumb, kalau nak kahwin ni janganlah (guna duit) gaji melebihi 1 tahun,” katanya.

#2. Tetapkan Rancangan Yang Realistik
Seterusnya adalah menetapkan rancangan untuk merealisasikan kenduri kahwin anda. Perkara utama perlu difikirkan adalah adakah kos yang ditetapkan itu boleh dikumpul dalam masa setahun atau pun sebaliknya.
Jika ia tidak mencukupi, anda perlu tampil dengan inisiatif lain iaitu mencari pekerjaan sambilan yang boleh dilakukan semasa waktu lapang.

Sebagai contoh selepas anda selesai kerja iaitu dengan menjadi seorang rider penghantar makanan, affiliate di platform TikTok Shop atau Shopee, melakukan bisnes kecil-kecilan dan sebagainya.
Dengan simpanan sedia ada pula, anda perlu meletakkan ia di tempat pelaburan berisiko rendah agar mendapat pulangan munasabah sebagai contoh ASB (Amanah Saham Nasional Berhad) dan Tabung Haji.
#3. Buat Simpanan Emas
Selain itu, Dr Adam turut menggalakkan orang ramai untuk membuat simpanan dalam bentuk emas kerana ia membawa pulangan yang tinggi. Harga emas juga semakin lama, semakin tinggi di pasaran.
Jelasnya, dia tidak menggunakan emas fizikal untuk urusan jual beli tetapi bagi tujuan simpanan sahaja. Dalam pada itu, emas juga boleh dijadikan sebagai hantaran berbanding menghulurkan wang tunai.

Yang penting jangan laburkan semua simpanan dalam bentuk emas, hanya setengah sahaja daripada pendapatan kerana harga emas boleh turun dan naik mengikut pasaran.
#4. Ambil Tindakan
Selepas meneliti semua tips di atas dan setiap rancangan sudah dikenal pasti, perkara utama bagi merealisasikan kenduri perkahwinan anda adalah mula mengambil tindakan dan bukan sekadar cakap kosong.
Paling penting, jangan terikut nafsu dan bazirkan semua simpanan yang ada untuk perkara tidak diperlukan. Bagi melihat perkara ini dengan lebih jelas, senaraikan setiap tindakan yang patut dilakukan.
Goodluck!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.