Kediaman Nampak Moden Tapi Banyak Masalah, Ini Antara Risiko Struktur Rumah ‘Modern Flat Roof’
Rumah moden dengan rekaan bumbung rata sering jadi pilihan, namun ia datang dengan beberapa risiko serius yang wajar dipertimbangkan dahulu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, ramai pemilik rumah masa kini memilih rekaan yang tampak moden dan minimalis. Tidak dinafikan, gaya sebegini memang kelihatan menarik serta mampu meningkatkan nilai estetika rumah secara keseluruhan.
Ada juga yang lebih cenderung memilih rumah dengan konsep terbuka dan struktur bumbung rata kerana dianggap lebih mengikuti trend dan sesuai dengan cuaca tropika. Dari luar, memang kelihatan kemas dan berprestij.
Namun tahukah anda, di sebalik kelebihan luaran tersebut, rekaan rumah bumbung rata sebenarnya menyimpan beberapa risiko tersembunyi yang boleh mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari?
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Skim Step Up Financing Dengan RM5 Bilion Diperuntuk Buat Anak Muda Beli Rumah Pertama
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat
4 Risiko Rumah Bumbung Rata Atau Modern Flat Roof
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@propertyinspectionmy), pihak mereka menjelaskan beberapa keburukan utama rumah moden berbumbung rata yang sering diabaikan pembeli.
Berikut adalah penjelasan penuh berdasarkan pemerhatian mereka:
#1. Risiko Rumah Bumbung Rata Atau Modern Flat Roof: Masalah Saliran Air
Rekaan bumbung rata tidak mempunyai cerun semula jadi yang mencukupi untuk menyalirkan air hujan dengan lancar.
Menurut pakar tersebut, kebiasaannya cerun yang dibenarkan oleh pereka hanyalah sekitar 3% atau bersamaan 0.78 darjah sahaja. Cerun yang terlalu kecil ini sukar dibentuk dengan tepat oleh tukang bina yang kurang mahir.
Hasilnya, air hujan akan bertakung di atas bumbung. Jika dibiarkan, ia akan mengeluarkan bau hapak dan menggalakkan pertumbuhan kulapuk. Siling dalaman juga boleh mula rosak akibat penyerapan kelembapan yang berpanjangan.
#2. Risiko Rumah Bumbung Rata Atau Modern Flat Roof: Terdedah Kepada Sinaran Panas Terus
Bumbung rata juga tidak mempunyai perlindungan daripada sinaran matahari secara langsung. Suhu panas yang berterusan menyebabkan lapisan ‘screeding’ di atas bumbung mudah merekah.
Bila terdapat rekahan, air bertakung tadi akan masuk melalui celahan tersebut. Ini seterusnya akan menyebabkan kebocoran pada struktur bumbung.
Menurut mereka, isu ini bukan sesuatu yang remeh kerana banyak kes yang mereka temui melibatkan kerosakan sama pada setiap projek yang diperiksa.
#3. Risiko Rumah Bumbung Rata Atau Modern Flat Roof: Ruang Siling Sempit, Rumah Jadi Lebih Panas
Dari sudut rekaan pula, bumbung rata hanya membenarkan ruang siling yang sangat sempit. Ini menyukarkan pemasangan bahan penebat haba. Tanpa penebat yang baik, haba daripada bumbung akan terus masuk ke ruang dalam rumah.
Ini menyebabkan suasana dalam rumah menjadi lebih panas, dan pengguna terpaksa menggunakan penghawa dingin secara berlebihan. Dalam jangka masa panjang, penggunaan elektrik pun akan meningkat dengan ketara.
#4. Risiko Rumah Bumbung Rata Atau Modern Flat Roof: Kos Penyelenggaraan Yang Tinggi
Satu lagi isu besar ialah kos penyelenggaraan yang tinggi. Kebanyakan pemaju tidak menetapkan polisi wajib untuk memasang sistem kalis air (waterproofing) pada bumbung jenis ini.
Disebabkan tiada perundangan mewajibkannya, banyak rumah dibina tanpa perlindungan tersebut. Apabila berlaku keretakan atau kebocoran, pemilik rumah sendiri terpaksa mencari kontraktor untuk membaiki bumbung.
Tambahan pula, jika waterproofing asal adalah lemah, kerosakan akan terus berlaku setiap kali hujan lebat.
@propertyinspectionmy Kalau korang beli rumah, Cuba elakkan beli rumah berbumbung rata (modern flat roof) GET YOUR HOUSE INSPECTED BY CERTIFIED INSPECTOR Contact us : Call / Whatsapp : 0122751920 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #newhomeowner #newproperty #owner #newresidence #property #malaysia #defect #defects #homeinspectionmalaysia #homeinspector #propertyinspectionmalaysia
♬ original sound – Property Inspection Malaysia – Property Inspection Malaysia
Dapatkan Nasihat Pakar Sebelum Buat Keputusan
Sekiranya anda bercadang membeli rumah moden dengan rekaan bumbung rata, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Jangan hanya terpengaruh dengan rupa bentuk luarannya yang moden.
Gunakan medium yang sahih dan pihak yang bertauliah untuk menilai kondisi rumah secara menyeluruh sebelum menandatangani apa-apa perjanjian pembelian.
Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai

Berbicara soal pemilihan jenis rumah yang ingin dibeli, ada yang lebih suka tinggal di kediaman atas tanah seperti rumah teres. Katanya senang sebab tak perlu naik tangga atau tunggu lif untuk sampai ke rumah.
Ada juga yang lebih gemar tinggal di rumah berstrata kerana boleh tengok pemandangan dari atas yang cantik.
Nak beli rumah macam mana sekalipun, terpulang kepada anda. Tetapi anda perlu pastikan kediaman yang dibeli itu mempunyai ciri-ciri yang baik. Berikut merupakan beberapa tips membeli kediaman yang sesuai.
- Semak Tahap Kemampuan Kewangan
Pastikan pinjaman rumah tidak melebihi satu pertiga gaji kasar. Gunakan kalkulator dalam talian seperti Affordability Calculator atau Home Loan Calculator untuk kira kelayakan. - Fahami Dokumen Pinjaman Perumahan
Periksa jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh bayaran. Ambil tahu juga tentang lock-in period, Base Lending Rate (BLR), cap rate, dan progressive billing jika beli rumah belum siap. - Pilih Unit Rumah Yang Sesuai
Elak unit bersebelahan lif atau di hujung blok. Rumah tingkat atas berisiko bocor, manakala rumah tingkat bawah pula mudah alami banjir jika berlaku paip tersumbat. - Fahami Dokumen Jual Beli Rumah
Yuran tempahan biasanya 2%–3%. Perhatikan dokumen seperti Letter of Offer to Purchase dan pastikan maklumat bayaran, tempoh bayar baki dan tarikh tandatangan SPA jelas dinyatakan.
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



