5 Sebab Kenapa Kucing Suka Lepak Dalam Kotak, Lebih Sempit Lagi Suka
Kalau anda perasan kebanyakan kucing suka duduk di dalam kotak meskipun pemiliknya sudah melabur duit yang banyak untuk membeli tempat tinggal dan tidur yang selesa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat pencinta kucing di luar sana, sudah tentu anda mahu memberikan yang terbaik buat haiwan peliharaan ini termasuklah makan dan minumnya. Bukan itu sahaja, adalah tanggungjawab anda sebagai pemilik untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa, bersih serta sesuai dengan si bulus.
Ramai juga individu yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membeli rumah kucing mewah dan cantik.
Siap buat simpanan dan tabung khas. Menerusi semakan kami, harga rumah kucing yang premium boleh mencecah ribuan ringgit.

Namun begitu, terkenal dengan sifatnya yang suka membuat setiap pemilik rasa geram, kebanyakan kucing tidak kiralah baka mahal atau kampung suka tidur di dalam kotak.
Walaupun sudah terkoyak dan usang, tetapi haiwan comel ini tetap memilih kotak terbiar yang ada di rumah sebagai pilihan utama.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
5 Faktor Kucing Anda Kerap Duduk Dalam Kotak
Kalau anda nak tahu, kucing bukanlah dengan sengaja memilih kotak tetapi ada sebab tertentu di sebaliknya.
Di sini kami kongsikan beberapa punca dan faktor mengapa kucing begitu suka duduk di dalam kotak. Untuk para ‘bibik’, take note. Antaranya:

#1. Tempat Perlindungan Yang Selamat
Kucing berasa selesa dan selamat dalam ruang tertutup. Itu merupakan punca utama mengapa mereka suka menghabiskan masa di dalam kotak kadbod. Kucing menggunakan kotak sebagai tempat persembunyian di mana pemangsa tidak boleh menyelinap ke arah mereka dari arah sisi atau belakang.

Jika kucing anda berada di dalam kotak, mana-mana ‘penceroboh’ seperti pemangsa, manusia atau haiwan peliharaan lain perlu datang terus ke arah penglihatan mereka sekaligus membuatkan kucing ini cakna dengan keadaan sekeliling.
Kucing dalam masa sama akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

#2. Bantu Kucing Sesuaikan Diri Dengan Persekitaran
Satu penyelidikan yang dijalankan University of Utrecht, Netherlands sebelum ini mendedahkan mengapa kucing meminati kotak. Kajian itu dilakukan ke atas sekumpulan kucing di tempat perlindungan, dan kira-kira separuh daripada mereka diberikan kotak dan setengah lagi tidak.

Hasil mendapati bahawa kucing yang duduk di dalam kotak dapat pulih dan menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan lebih cepat.
Ini menunjukkan bahawa kotak sangat bermanfaat untuk membantu kucing berdepan dengan perubahan di sekitarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam
#3. Kotak Adalah Penebat Haba Yang Baik
Seterusnya adalah kucing suka duduk di dalam kotak kerana habanya yang tinggi dan lebih hangat berbanding terbaring di atas lantai. Selain penebat haba yang baik, ruang kecil pada kotak juga menggalakkan kucing anda berehat dengan selesa.
Sekadar info, suhu yang sesuai untuk kucing adalah sekitar 37°C. Oleh disebabkan itu, anda akan perasan si bulus juga gemar duduk di atas perut tuannya.

#4. Sifat Tertanya-tanya
Kucing adalah makhluk yang terkenal dengan sifat ingin tahunya. Jadi tidak pelik apabila anda membeli sesuatu yang baharu, kucing akan dengan pantas mengelilingi dan memeriksanya.
Bukan sahaja ia bau lain dan berbeza, malah kucing juga ingin tahu apakah tujuan barangan itu berada di rumah mereka.
Sekiranya membeli sesuatu yang dibungkus di dalam kotak, jangan terkejut jika anda melihat kucing anda bergesel-gesel di sekelilingnya.

#5. Tempat Tidur Terbaik & Selesa
Tidak seperti manusia memerlukan 7-8 jam waktu tidur, kucing menghabiskan sehingga 18 jam setiap hari untuk berehat. Disebabkan itu, adalah penting bagi si bulus mencari tempat yang sesuai.

Bagi pandangan manusia, kotak kadbod adalah buruk dan terlalu simple, tetapi bagi kucing ia adalah tempat tidur yang paling mewah.
Kami mencadangkan agar anda menyimpan kotak-kotak bersaiz mini yang sesuai dijadikan tempat tidur mereka. Tak perlulah anda susah-susah keluarkan duit. Mudah dan jimat.

Baca Artikel Berkaitan: Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



