Now Reading
Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia

Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia

Pemilik kucing dapat kenal pasti sama ada si bulus dalam keadaan bahagia menerusi tindak-tanduk yang sering dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemilik kucing pasti mahukan yang terbaik buat anak bulus agar mereka sentiasa bahagia dan berada dalam keadaan sihat.

Kadangkala perbelanjaan untuk kucing boleh jadi lebih tinggi berbanding wang yang dikeluarkan untuk diri sendiri!

Tapi, macam mana nak tahu sama ada si bulus benar-benar bahagia dengan penjagaan yang anda berikan?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam

6 Tanda Kucing Anda Benar-Benar Bahagia

Sebenarnya, kebahagian si bulus akan tertera pada tindak-tanduk yang dilakukan olehnya sepanjang masa.

Berikut adalah enam tanda pada kucing yang dikongsikan di TikTok (@petparadise888888) yang anda boleh perhatikan untuk kenal pasti sama ada mereka betul-betul bahagia.

#1. Sering melakukan ‘parkour’

Pernah tak anda melihat kucing berlari bertempiaran di dalam rumah seolah-olah dikejar sesuatu? Inilah yang dikenali sebagai ‘zoomies’!

Jangan risau, perkara ini merupakan salah satu indikasi bahawa kucing anda berada dalam keadaan yang amat gembira.

Kucing akan melakukan aksi seperti ‘parkour’ di tempat yang dipercayainya sebagai selamat. Jadi jangan marah ya bila barang bersepah dilanggar kucing.

Sumber: GIPHY

#2. Tidur di merata-rata tempat dalam rumah

Walaupun anda menyediakan katil, rumah atau tempat tidur khas untuk kucing, kadangkala mereka akan bergelimpangan di mana-mana sahaja.

Sebenarnya, keadaan ini turut menandakan bahawa mereka mempercayai keadaan sekeliling dan pemiliknya.

Lebih-lebih lagi apabila kucing tidur terlentang sehingga menampakkan perutnya, tandanya mereka tidak merasa risau dengan sebarang bahaya.

Sumber gambar: Wani/ Sharifah TRP
#3. Menaikkan ekor dengan tinggi

Satu lagi tanda yang menunjukkan kucing berasa dalam keadaan gembira adalah apabila mereka menaikkan ekor dengan tinggi.

Ekornya pula akan sedikit melenggok, seolah-olah membentuk tanda tanya (?), jika si bulus berada dalam mood yang selesa dan ingin bermain.

Sebaliknya, ekor kucing yang jatuh ke bawah bermakna mereka dalam keadaan terganggu, marah atau berwaspada.

Bahasa isyarat ekor kucing. (Sumber: Scrumbles)
#4. Mempunyai perut yang gelebeh

Perut si bulus yang gelebeh merupakan salah satu lagi indikasi mereka berasa sangat gembira.

Digelar sebagai ‘primitive pouch’, perut yang terasa lembik apabila dipegang ini menyimpan nutrisi lebihan yang diambil oleh kucing.

Tapi jangan risau pula jika anda tak jumpa perut gelebeh ini pada kucing yang terlalu gemuk, sebab dia dah terlalu bulat!

Sumber gambar: Pexels
#5. Kerap ‘purring’

Di samping itu, kucing juga akan berdengkur (purr) apabila sedang dalam keadaan relaks dan bahagia. Lebih-lebih lagi bila diusap, makin kuat dengkurannya!

Dengkuran kucing juga berfungsi untuk membantu mereka menenangkan diri serta merupakan salah satu proses penyembuhan.

Merujuk kepada mStar, dengkuran kucing yang berfrekuensi rendah akan menyebabkan getaran di dalam tubuh, sekaligus dapat membantu menyembuhkan luka, menguatkan tulang, melancarkan pernafasan serta mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

#6. Berpersonaliti yang lemah-lembut

Kucing yang diberi makan secukupnya akan mempunyai mood yang baik dan tidak terlalu berwaspada dengan orang sekeliling.

Mereka juga akan kelihatan lebih jinak dan ramah walaupun pada orang tidak dikenali.

Namun perkara ini juga bergantung kepada kucing, kerana seperti manusia setiap daripada mereka mempunyai personaliti berbeza seperti pemalu ataupun memang tak suka orang ramai.

Sumber gambar: Pexels

Posisi ‘Cat Loaf’ Salah Satu Tanda Kucing Bahagia

Selain tingkah laku kucing yang dikongsikan di atas, pasti anda sering melihat si bulus duduk dalam posisi ‘cat loaf’ di mana kesemua kaki dan ekor terselit di bawah badan mereka.

Ini merupakan salah satu tanda bahawa kucing anda berada dalam selesa dan selamat, sekaligus menunjukkan bahawa mereka berasa bahagia.

Si bulus juga duduk dalam posisi ini bagi mengekalkan suhu badan dan menyimpan tenaga yang digunakan untuk ‘memburu’ pada waktu malam.

Namun diingatkan juga bahawa posisi ‘cat loaf’ boleh menjadi indikasi kucing anda berada dalam kesakitan, terutamanya jika duduk dalam keadaan kepala tertunduk, telinga jatuh dan mata separa tertutup.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Sebab Busuk” – Rupanya Ini Alasan Kucing Suka Bau Kaki Manusia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd