Now Reading
[Video] Anak Kerap Tonton Skrin? Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’

[Video] Anak Kerap Tonton Skrin? Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’

Masalah ‘brain rot’ boleh terjadi terhadap kanak-kanak yang mengalami ketagihan skrin serta sering menonton kandungan berkualiti rendah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan peranti berskrin seperti telefon pintar dan tablet dalam sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan orang ramai, termasuk juga kanak-kanak.

Pun begitu, penggunaan yang berlebihan terutamanya dalam menggunakan media sosial dan ‘doom scrolling’ boleh menyebabkan keadaan yang digelar sebagai ‘brain rot’.

Malah, anak-anak juga berisiko terdedah kepada kandungan yang tidak selamat seperti yang bersifat seksual.

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Jelaskan Mengapa Animasi ‘Skibidi Toilet’ Berbahaya Buat Kanak-Kanak

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game

Tonton Konten Kualiti Rendah Boleh Sebabkan Brain Rot

Menerusi hantaran di TikTok (@dodosentoso), pempengaruh yang dikenali sebagai Md No telah berkongsi mengenai masalah brain rot dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk info, brain rot merujuk kepada keadaan di mana keupayaan kognitif seseorang dilihat sebagai merosot akibat ketagihan skrin serta menonton kandungan berkualiti rendah.

Ia sering dianggap sebagai fokus yang semakin kurang, masalah daya ingatan dan ketidakacuhan emosi.

Masalah brain rot juga sering dikaitkan dengan menonton kandungan yang bergerak pantas atau ‘fast-paced’.

Ini 3 Tanda Anak Mengalami Brain Rot

Menurut Md No yang sering mengulas tentang hal berkaitan kesihatan kanak-kanak, terdapat tiga tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk kenal pasti sama ada anak mengalami masalah brain rot.

Katanya, mereka dengan masalah brain rot mempunyai jangka masa perhatian (attention span) yang pendek, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk fokus.

Ini terjadi apabila anak-anak sudah biasa didedahkan kepada kandungan ‘fast-paced’, iaitu perkara yang cepat berubah-ubah tanpa memberi masa secukupnya untuk mereka menghadam sesuatu.

Seterusnya, brain rot akan menyebabkan seorang kanak-kanak sukar untuk mengingati sesuatu, malah cepat melupakan perkara yang telah didedahkan kepadanya sebelum itu.

Md No berkata, perkara ini disebabkan mereka sudah terbiasa melihat kandungan ‘fast-paced’ di mana semua maklumat diberikan dalam tempoh masa singkat.

Anak juga mungkin akan mengalami kesukaran untuk membuat keputusan jika mengalami brain rot. Ini bukan sahaja mengganggu keputusan besar, tetapi juga sesuatu yang terlampau mudah.

@dodosentoso

3 tanda anak kita ada brain rot dek akibat banyaaak gila screentime + fast paced content.? Mdno highly suggest korang start guna @Duriooplus . Ada 7 hari free trial.! Kompon korang suka lah.!

♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria

Tonton video penuh [DI SINI].

Pempengaruh Kongsi 5 Punca Brain Rot Boleh Terjadi

Md No juga sebelum ini pernah menyenaraikan lima perkara yang boleh menyebabkan anak-anak mengalami brain rot.

Seperti yang dinyatakan di atas, punca utama brain rot adalah kerana penggunaan skrin secara berlebihan ataupun ketagihan skrin. Oleh itu, ibu ayah diingatkan agar mengawal penggunaan peranti skrin anak-anak.

Malah, penggunaan sosial media juga boleh menyebabkan masalah itu apabila anak ketagih dengan platform tertentu.

Selain punca secara terus di atas, Md No berkata kanak-kanak yang kurang melakukan aktiviti sosial seperti bergaul dengan orang ramai juga berisiko mengalami masalah brain rot.

Di samping itu, tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang bagus untuk merangsang kecerdasan minda turut boleh menyumbang kepada masalah brain rot dalam anak-anak.

Paling penting sekali, mereka juga tidak boleh dibiarkan tanpa tidur yang mencukupi kerana boleh menyebabkan fungsi otak merosot.

@dodosentoso

5 perkara yang boleh buat anak jadi brainrot/ otak tak function.!!

♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria

Tonton video penuh [DI SINI].

Ibu Ayah Perlu Pilih Kandungan Bersesuaian Untuk Anak

Ibu bapa perlulah mengawal penggunaan peranti berskrin agar anak-anak tidak menjadi ketagih atau menonton kandungan yang tidak sepatutnya, terutamanya di platform media sosial.

Memandangkan masalah brain rot boleh berlaku apabila anak dibiarkan menonton kandungan ‘fast-paced’, berikut merupakan rancangan yang bersesuaian buat kanak-kanak:

  • Trash Truck (Netflix)
  • Bluey (Disney+)
  • Little Bear (YouTube)
  • Sarah & Duck (Netflix)
  • Puffin Rock (Netflix)
  • Octonauts (Netflix)
  • Lucas The Spider (Netflix)
  • Kipper (YouTube)
  • Guess How Much I Love You (YouTube)

Rancangan yang disenarikan di atas disifatkan sebagai menenangkan dan kurang memberangsangkan, di samping mempunyai nilai-nilai murni yang sesuai didedahkan kepada si kecil.

Di samping itu, Md No turut mencadangkan ibu ayah menggunakan platform Durioo+ sebagai salah satu pilihan yang lebih berkualiti.

Puffin Rock mengandungi mesej penting tentang kekeluargaan dan penjagaan alam sekitar. (Sumber gambar: FB Puffin Rock Official)

Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Kawal Nafsu Termasuk Keinginan Seksual


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd